Bloggers

Friday, March 14, 2014

Dinner di Mr Steak House

Last weekend kami terjah satu restoran kat Seksyen 13 Shah Alam..dah lama duk aim restoran ni sebenarnya..kebetulan kepingin nak makan lamb..jadinya saya ngajak la En Hubby makan kat Mr Steak House..ada sape pernah makan kat sini tak?

Masa kitorang sampai tu lebih kurang pukul 8 lebih malam..orang takde la ramai sangat..ada la 5 meja kot..kami amik meja kat belakang sikit sebab restoran ni tepi jalan takut jugak anak anak saya yang sopan santun ni main tepi jalan..huhuhu..
Bila tengok menu..boleh tahan banyak gak la pilihan makanan yang ada..dari western, sizzling, burger, nasi goreng pun ada..
Oleh kerana tekak ni nak mencekik kambing makanya kami oder mix lamb chop, mix steak dan morocco chicken rice untuk anak anak..yang bagusnya servis diorang memang cepat..tak sampai 10 minit order makanan dan minuman pun sampai..overall rasa makanan boleh tahan dan mengenyangkan..nasi ayam tu ingatkan macam nasi ayam ala morocco ke ape..tapi macam nasi goreng butter dan ada 1/4 grilled chicken..rasa pun boleh tahan sedap lah..


Sementara kami makan tu pelanggan yang datang pun makin ramai sampai ada yang sanggup berdiri sekitar tu untuk tunggu ada meja kosong..kami pun plan nak repeat makan kat sini..nak terai menu lain pulak..ok la jumpa lagi di entry yang akan datang..selamat berhujung minggu semua..



Terima kasih kerana sudi singgah sini

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...