Bloggers

Monday, March 24, 2014

Aqil 3 tahun sudah

Tik tok tik tok dah genap 3 tahun anak ibu..cepat sangat rasanya Aqil membesar..macam tak puas tengok masa dia baby..sebenarnya birthday Aqil 22hb, Sabtu hari tu tp hari ni baru sempat nak up entry..bz la kenkonon kan..tak celebrate pun cuma plan nak beli kek nanti skali dengan birthday Adam sebab birthday dekat..so jimat beli sebiji kek je kan..hari Ahad dah pegi makan makan sempena birthday Aqil..later saya story mory..
Ni lah birthday boy yang buchuk tu..petah bercakap, bijak dan panjang akal..macam macam benda dah dia blaja sepanjang 3 tahun ni..dia jugak dalam proses free diaper..

Sebenarnya dah tak pakai pun pampers kecuali time tido sebab dia memang takleh control kalo nak terkucil..dia minum susu banyak korang dan lagi satu time nak beyak..dia still takmo beyak kat tandas duduk tu..siap nangis bagai walaupun saya pegang dia..

Aqil kira cepat jugak la free diaper sb Adam pun dah masuk 3 tahun lebih jugak baru saya ajar..takpe lah..take ur time ye adik..

Gambar Aqil dari baby till umur setahun lebih..notti je muka dia kan..hihihihi

Ibu dan baba sentiasa doakan yang terbaik untuk kejayaan dan kebahagiaan adik..semoga adik membesar dengan sihat, jadi anak yang soleh dan berjaya dunia akhirat..aminn

Ibu, baba dan along sayang adik ketat ketat..muaachhhh 

Terima kasih kerana sudi singgah sini

Wednesday, March 19, 2014

Practice makes perfect

Anak bujang saya yang sulung ni sekarang kemain rajin lagi sejak dah sekolah ni kan.. rajin tu dalam bab menulis dan melukis..lukis pun stail budak umur 5 tahun la kan. Banyak perubahan yang boleh nampak sejak dia start tadika ni..semakin bijak, berdikari, petah tapi manja tetap dia no 1..hihihihi

Moh tengok apa yang Adam suka lukis di waktu terluang dia..hihihihi
Satu malam kat kedai mamak..baru je beli drawing pad tu kat kedai buku sebelah restoran mamak ni..dan dan tu jugak la dia nak menulis..siap bawa marker pen tu dari rumah sb dia dh tau nak beli kertas lukisan..terus prektis tulis Abc..tulisan pun dah makin kemas..


Selain dari menulis Adam suka gak prektis melukis dan mewarna..yang dia paling suka lukis tu gambar yang atas tu..kononnya karekter kartun minions yang dia minat tu..saya pun tak tau tang mana yang dia lukis sama dengan minions tu..hihihi..lagi satu dia suka tulis nama dia kat setiap kertas lukisan yang dia lukis  dah terbiasa kot kat sekolah cikgu suruh tulis nama..kalo dulu bila saya suruh dia tulis..asyik cakap tak nak, tak pandai..sekarang ni tak payah suruh..kadang tu saya yang tak larat melayan..hehehehe


Haaa..yang ni pulak dia lukis gambar muka..katanya gambar atas sekali tu muka ibu, yang bawah muka baba..sabo jelah..hahahaha
Panjang bebeno mulut ibu di lukis nya..dia dh pandai guna imaginasi dia untuk lukis apa yg dia nak..Alhamdulillah Adam membesar dengan sihat..bila tanya dia Adam tau tak nape kena pegi sekolah..dia jawab sebab nak belajar nak jadi pandai..nanti dah keje nak beli kete, rumah dan lain lain..hihihi..


Terima kasih kerana sudi singgah sini

Sunday, March 16, 2014

Bacaan IPU jerebu pada tahap sederhana

Alhamdulillah bacaan IPU jerebu kat kawasan Shah Alam dan beberapa tempat lain dah turun ke tahap sederhana berbanding semalam..berkat hujan rahmat yang turun semalam dan hari ni keadaan jerebu semakin baik..dan semoga bertambah baik untuk hari hari mendatang..
hujan lebat di Alam Budiman petang semalam



Sumber bacaan IPU : Jabatan Alam Sekitar


Terima kasih kerana sudi singgah sini

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...