Bloggers

Wednesday, March 19, 2014

Practice makes perfect

Anak bujang saya yang sulung ni sekarang kemain rajin lagi sejak dah sekolah ni kan.. rajin tu dalam bab menulis dan melukis..lukis pun stail budak umur 5 tahun la kan. Banyak perubahan yang boleh nampak sejak dia start tadika ni..semakin bijak, berdikari, petah tapi manja tetap dia no 1..hihihihi

Moh tengok apa yang Adam suka lukis di waktu terluang dia..hihihihi
Satu malam kat kedai mamak..baru je beli drawing pad tu kat kedai buku sebelah restoran mamak ni..dan dan tu jugak la dia nak menulis..siap bawa marker pen tu dari rumah sb dia dh tau nak beli kertas lukisan..terus prektis tulis Abc..tulisan pun dah makin kemas..


Selain dari menulis Adam suka gak prektis melukis dan mewarna..yang dia paling suka lukis tu gambar yang atas tu..kononnya karekter kartun minions yang dia minat tu..saya pun tak tau tang mana yang dia lukis sama dengan minions tu..hihihi..lagi satu dia suka tulis nama dia kat setiap kertas lukisan yang dia lukis  dah terbiasa kot kat sekolah cikgu suruh tulis nama..kalo dulu bila saya suruh dia tulis..asyik cakap tak nak, tak pandai..sekarang ni tak payah suruh..kadang tu saya yang tak larat melayan..hehehehe


Haaa..yang ni pulak dia lukis gambar muka..katanya gambar atas sekali tu muka ibu, yang bawah muka baba..sabo jelah..hahahaha
Panjang bebeno mulut ibu di lukis nya..dia dh pandai guna imaginasi dia untuk lukis apa yg dia nak..Alhamdulillah Adam membesar dengan sihat..bila tanya dia Adam tau tak nape kena pegi sekolah..dia jawab sebab nak belajar nak jadi pandai..nanti dah keje nak beli kete, rumah dan lain lain..hihihi..


Terima kasih kerana sudi singgah sini

1 comment:

  1. Alhamdulillah pandainya, aunty admire la macam ni, cantik Adam llukis mama dan baba.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...