Bloggers

Thursday, July 18, 2013

Rakan blogger tolong doakan ma saya cepat sembuh

Subuh tadi saya terima call dari anak buah di kampung, katanya ma saya tak sedarkan diri. Abang saya kejut ma saya lebih kurang pukul 4.30 pagi untuk bangun sahur tapi dia dah tak sedar masa tu.

So terus bawa ma ke Hospital Kota Bharu bahagian emergency. Doktor bagi oksigen untuk bantuan pernafasan. Hasil ujian x ray dan scan, doktor kata ada jangkitan kuman pada paru paru ma dan darah beku kat kepala.

Mulanya doktor kata mungkin kena operate tapi bila diorang cek betul betul darah beku tu berada di luar tengkorak, so buat masa sekarang ni doktor kata tak perlu untuk operate. Doktor akan masukkan ubat je .

Pukul 1 tadi ma saya dah dipindahkan ke wad tapi masih lagi belum sedar. Kepada rakan rakan blogger yang membaca entry ni mohon mendoakan yang terbaik untuk ma saya dan doakan semoga dia cepat sembuh..

Ya Allah, kau ampunilah segala dosa dosa ibuku..ringankan lah beban dan kesakitan yang di alaminya, permudahkanlah segala urusan dan berikanlah kesembuhan daripada sakit yang dihidapinya.. Aminnn


Terima kasih kerana sudi singgah sini

Tuesday, July 16, 2013

My new companion

Hi uolssss..sesaje try update belog ngan gadjet baru..hihi.. Sebenarnya berbelah bahagi gak nak beli mende alah ni tapi tu lah akhirnya terbeli gak..melayang duit kutu gue.. ok la atleast nampak gak la hasil duit kutu, kalo idok maunya saya duk beli benda merepek repek kan dan akhirnya tak tau ke mana duit tu habis.
Rezeki saya la kot dapat gak merasa pakai gadjet ni.. Alhamdulillah syukur nikmat..
Ni lah dia gadjet baru ku..huhuhu

Harap-harap lepas ni rajin la saya mengupdate belog sebab boleh guna hp kan..harap-harap lerrrr..


Terima kasih kerana sudi singgah sini

Friday, July 12, 2013

1 Ramadhan dia pergi untuk selamanya

Setelah 3 hari abang saya kritikal di HKL, akhirnya dia menghembuskan nafas terakhir pada 10 Julai 2013 pukul 2.30 pagi. Saya pernah citer pasal abang saya yang sakit kanser di sini dan di sini. Sebenarnya sejak abang saya admit HUKM bulan Jun lepas dan menjalani radioterapi tahap kesihatan dia semakin buruk..tak boleh makan dan minum macam biasa. Kalo makan pun kena blend nasi bubur macam baby..minum pun seteguk dua je sebab tekak perit dan pedih effect daripada radioterapi. Badan dia makin susut dan kurus sangat.. Dia jugak jadi mudah sesak nafas.

Subuh Ahad lepas dia sesak nafas dan macam sedar tak sedar camtu, SIL terus panggil ambulans bawa ke HKL. Sejak hari tu keadaan dia semakin kritikal dan lemah dan tak sedar sampai ke akhir nafas dia..Saya sempat jaga arwah abang sampai ke akhir nafas dia. Saya temankan SIL jaga abang kat HKL.

Sayu sangat rasanya ramadhan tahun ni bila kehilangan seorang lagi ahli keluarga..kami semua redha dengan ketentuan Allah. Daripada 10 orang adik beradik sekarang tinggal 8 je.. dua-dua abang saya meninggal pada bulan Ramadhan, abang saya yang terdahulu meninggal pada 3 Ramadhan tahun 2009. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh mereka.



Terima kasih kerana sudi singgah sini

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...