Bloggers

Tuesday, June 26, 2012

Rakan-rakan blogger - Minta tolong untuk mendoakan abang saya

2 bulan sebelum ni abang saya disahkan oleh doktor kena penyakit sinus.. sebelum tu dia selalu mengalami sakit kepala, sakit gigi ( semua keseluruhan dalam mulut), hidung dan sakit sebelah muka menyebabkan dia tak boleh berada dalam suhu yang terlalu sejuk, tak boleh makan macam biasa dan tak selesa.. kalau sakit gigi sikit pun rasa tak selesa kan, bayangkan lah kalau sakit macam tu datang dalam satu masa... sinus ni ada hubungkait dengan penyakit resdung tapi peringkat yang lebih teruk. 2, 3 kali jugak dia amik suntikan untuk redakan sakit tu tapi kurang sekejap je, lepas tu sakit balik..

Dalam seminggu dua lebih kurang tumbuh bonjolan kecil kat lelangit dia..ada doktor lain pulak kata maybe tumor..semakin lama semakin membesar bonjolan tu dan semakin sakit menyebabkan dia tak boleh makan seperti orang biasa..cuma makan nasi bubur yang di blender, nestum atau sup je..

Dalam masa yang sama jugak dia disahkan oleh doktor yang merawat penyakit kanser hati yang dihidapi 3 tahun yang lalu bahawa sel kanser telah merebak ke paru-paru..saya agak terkejut jugak sebab setahu saya tiap-tiap bulan dia menjalani rawatan city scan untuk penyakit tu..

Sekarang ni abang saya buat rawatan kat Kota Kemuning..perawat kat situ suruh minum air dari buah lemuju..dipercayai buah ni boleh merawat kanser.. dalam masa yang sama dia buat rawatan juga kat hospital..

Minggu lepas dia ke hospital sebab doktor nak ambil sampel bonjolan kat lelangit untuk buat test dan buat city scan skali kat kepala.. hari ni sepatunya result sample tu keluar tapi bila pergi hospital doktor kata sample hari tu rosak dan tak boleh nak buat test, so terpaksa ambil sample lain dan tunggu keputusan minggu depan..dan yang mengejutkan hasil daripada ujian city scan doktor bagi tau kat kepala abang saya ada kanser, dah agak besar cuma belum dapat pastikan sama ada sel tu sama atau tak dengan bonjolan kat lelangit tu..

Saya hanya mampu berdoa agar Allah melindungi dan memberikan kesihatan yang baik kepada abang saya agar dia sembuh dari penyakitnya itu..saya agak rapat dengan abang dan kakak ipar saya, semoga mereka berdua terus kuat dan tabah menghadapi ujian dan dugaan yang Allah kurniakan kepada mereka sekarang ini.. untuk pengetahuan korang abang saya ada 3 orang anak yang masih kecil..yang sulung darjah satu, yang kedua 6 tahun dan yang kecik 1 tahun 3 bulan..sebaya dengan Aqil anak saya..

Harap sudilah kiranya rakan-rakan semua mendoakan kesihatan abang saya..hanya Allah yang mampu membalas jasa kalian di kemudian hari..

Abang saya bersama isteri dan anak-anak

Nama dia Humaira..beza 1 minggu je dengan Aqil

Terima kasih kerana sudi singgah sini

15 comments:

  1. Insyaallah...dengan kepakaran doktor sekarang serta doa semua,...mg abang Nida kembali sembuh...amin

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih kerana mendoakan..harap-harap begitulah..

      Delete
  2. semoga abg nida cepat sembuh..ameen..

    ReplyDelete
  3. semoga diberi kesembuhan....amin...cian kat anak2 dan isterinya...

    ReplyDelete
  4. InsyaAllah semoga abang nida d beri kesihatan yg baik olehNYA, amin...

    ReplyDelete
  5. Semoga abang nida akan sembuh seperti sediakala... adik saya juga didiagnos rectum canser pada 2010 alhamdulillah buat masa ni beliau ok, saya dapat rasa perasaan nida... sedih terus beri semangat kepada abang dan kakak ipar nida....

    ReplyDelete
  6. Terima kasih kepada yang sudi mendoakan..Insyaallah dengan IzinNya, semoga abang saya mendapat rahmat dengan doa kalian..

    ReplyDelete
  7. Berat dugaan, semoga abg yus akan sihat..kita doa byk2 yer.

    ReplyDelete
  8. semoga diberi keajaiban utk pulih seperti biasa..amin.

    ReplyDelete
  9. sy doakan abg awk cpt sembuh....

    mmg susah hati kan, bila kaum keluarga kita jd macam ni...

    byk2 sabar yer..

    ReplyDelete
  10. Alahai!...Begitu berat dugaan yg di beri oleh Allah untuk abang Nida...semoga diberi kesembuhan....amin

    ReplyDelete
  11. Insyaallah wani doakan supaya abg kak cpt sembuh..amin

    ReplyDelete
  12. insyaallah dengan izinNya...setiap penyakit ada ubatnya...dan dikejauhan ini js doakan semoga abang nida cepat sembuh dan dpt menjalani kehidupan seperti sedia kala..ameen..

    ReplyDelete
  13. salam.cuba krim lumiglow.krim ni multipurpose.saya pakai untuk sakit wanita.dan sesuai jugak untuk penyakit ketumbuhan lain ..cuba tanya dengan penjual ni boleh tak untuk penyakit abg awak tu..saya beli kat sini..https://www.facebook.com/airosya.factoryoutlet ...semoga abg awak cepat sembuh dan menemui penawar penyakit tu..amin..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...