Bloggers

Friday, January 18, 2013

Update tentang abang saya

Sebelum ni saya pernah cerita kat uolls kan pasal abang saya kat entry ni yang pada mulanya kena penyakit sinus pastu doktor sahkan dia ada kanser kat otak..dah banyak tempat jugak la dia berubat untuk sembuhkan penyakit dia..nak dijadikan cerita masa dia bercuti kat kampung (cuti sekolah bulan Dec lalu) dia pegi satu klinik kat area kampung tu la, pastu doktor tu advise suruh jumpa seseorang..katanya dia nampak abang saya ni macam pelik..penyakit bercampur katanya..so doktor tu bagi no fon orang yang dia suruh jumpa tu dan dia suruh call hari tu jugak..

Abang saya ni susah sikit nak percaya perkara-perkara sihir ni..walaupun sebelum ni dah 3,4 orang cakap dia terkena buatan orang..malam tu pun kakak ipar saya yang mendesak untuk call dan jumpa orang tu..malam tu jugak orang tu suruh pegi jumpa dia..saya membahasakan orang tu sebab saya lupa nama dia..huhuhuhu

Menurut pengubat tu, abang saya terkena santau..dan orang yang menyantau tu kerja navy jugak, pangkat yang sama macam abang saya cuma dia tua sedikit..dan ada seseorang yang rapat dengan abang saya yang dengki dan santau abang saya..maknanya ada dua orang yang santau..memang abang saya dah termakan terminum la santau diorang ni dan yang paling tak tahan pengubat tu jugak cakap abang saya ni ada saka..tak tau la pulak sejarah keluarga saya ni ada saka..mungkin kepunyaan nenek moyang kami..huhuhuhu

So masa berubat tu dia dah keluarkan la santau dan saka tu semua..abang saya kata masa orang tu ubatkan dia, dia dapat rasa jari-jari sebelah kiri kebas semacam..sebelum ni memang anggota badan sebelah kiri dia lemah ckit..nak angkat botol mineral 1.5 pn tak larat..menurut pengubat tu kalo mengikut cara dia mengubat, penyakit abang saya ni dah semakin berkurang..ie sel kanser..sejauh mana kebenaran dia kami pun tak pasti lagi..

Sebenarnya sebelum abang saya balik kampung doktor ada buat ujian darah, dan result dia menunjukkan sel kanser semakin bertambah dan doktor advise abang saya kena buat kimoterapi..hanya tu je jalan yang ada untuk kurangkan sel kanser..sebab sebelum ni abang saya cuma makan ubat yang effect dia seakan buat kimo tapi takde kesan..so doktor advise stop je ubat tu.. sekarang ni doktor cuma tunggu keputusan dan tarikh dari abang saya untuk buat kimo tu..

Kalo tengok dari segi luaran abang saya seperti semakin sihat sebab takde dah gejala pening, sakit kepala dan muntah yang abang saya alami dulu. Dari segi dalaman kami tak tau la..kami sekeluarga sangat berharap abang saya semakin sembuh dan boleh bekerja semula untuk keluarga dan anak-anak dia..saya harap korang semua sudilah mendoakan kesihatan abang saya agar dia semakin sembuh dan tak perlu jalani kimoterapi..abang saya akan buat blood test pada 31hb ni..harap-harap semunya ok nanti..

Gambar terbaru abang saya yang saya ambil dari fb dia..semakin pulih dan semakin sihat.. In Shaa Allah

ni masa raya tahun lepas..still bengkak kat pipi..bengkak tu surut bila dia pegi berubat kat Kuala Selangor dalam bulan september..pengubat tu buat operate batin..katanya kelongsong gigi yang abang saya cabut sebelum dia start sakit tertinggal dalam gusi..sebab tu gusi membengkak..

ni masa tengah sakit dlm bulan Ogos..tak boleh makan cuma boleh minum guna straw.. cecair macam sup atau jus yang dikisar dan ditapis.
Semoga abang saya terus kuat melawan penyakit dia dan menghadapi segala cubaan dan dugaan.. walau apa pun yang berlaku..kami sekeluarga dan ahli keluarga yang lain akan terus berdoa dan membantu sedaya kami demi untuk melihat abang yie sembuh seperti sebelum ni..

Terima kasih kerana sudi singgah sini

1 comment:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...