Bloggers

Friday, August 21, 2009

Salam Ramadhan

Sempena bulan Ramadhan yang akan bermula esok hari, saya ingin mengucapkan Selamat Berpuasa kepada seluruh umat Islam di dunia..semoga Ramadhan tahun ni membawa seribu keberkatan buat kita semua…apa agaknya juadah untuk bersahur malam nanti ya? Saya pun duk terfikir-fikir nak masak apa..my MIL pun pening juadah untuk bersahur dan berbuka sepanjang Ramadhan ni..mesti la kena tukar-tukar resipi, tak la bosan kan.

Alhamdulillah kami sekeluarga dah sihat dari demam dan selsema yang menyerang kami sekeluarga sejak 3 minggu yang lepas. Masing-masing tinggal batuk je sekarang. Adam pun dah sihat dah. Mula-mula my BIL yang kena, dia jangkit ngan member kat tempat dia tuisyen. Teruk gak dia demam sampai ke Hosp Sg Buloh cek darah, ingatkan kena H1N1 sebab suhu badan dia 39.7 °C tak turun-turun selama 2 hari, sampaikan doc klinik yang my MIL bw dia checkup mula2 tu bagi ubat kat montot pun still sama gak..Esoknya doc tu masukkan air 1 botol then dia suh g check kat hosp.

Bila g spital tu punya la lama q untuk check up H1N1 tu..ramai sangat orang..Alhamdulillah adik ipar saya demam biasa je. 4 hari dia tak ke sekolah..lepas dia sihat sikit my SIL yang darjah 6 tu plak yang kena demam n selsema. Lepas tu si kenit 2 orang tu si Adam dan Qaseh mula tunjukkan tanda-tanda selsema..then my hubby and my MIL. 2 hari jugak hubby MC. Saya plak jangkit dari hubby..pastu adik ipar n husben dia..Cuma bapa mertua je yang tak kena demam or selsema..risau jugak takut H1N1..

Mengikut kata mak mertua bukan kami 1 famili je yang demam 1 rumah..ada 2,3 jiran kami pun sama jugak demam n selsema semua 1 rumah..musim kan sekarang ni. Kat taman Alam Budiman ni cuma ada 1 klinik je yang baru buka,Poliklinik An –Nisa..Rezeki murah la doc tu bulan ni sebab ramai yang demam n selsema..Famili saya je pun dekat 6,7 kali jugak la ulang alik ke klinik tu amik ubat. Saya bersyukur sangat-sangat kami sekeluarga dah semakin sihat.

To all famili and friends..Selamat Bersahur, berpuasa dan berbuka puasa dan saya juga ingin memohon maaf jika ada berbuat kesalahan sama ada sengaja atau tidak sengaja..semoga kita semua dapat menjalani ibadah puasa dengan kusyuk dirahmati dan diberkati Allah S.W.T..Insyaallah
Terima kasih kerana sudi singgah sini

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...