Bloggers

Wednesday, March 31, 2010

Adam & Qaseh 1st Birthday Party....

Last weekend kami celebrate birthday Adam dan Qaseh pada 28.3.10 sempena tarikh lahir Qaseh ( cousin Adam )..sebenarnya birthday Adam 10 April tapi sebab tak nak wat majlis 2 kali so buat je sekali jimat tenaga dan uwang..hehehe

Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar walaupun ibu sedikit kuciwa sebab xbanyak gambar kenangan yang sempat snap. Kelam kabut dan sibuk pada hari tu menyebabkan terlupa untuk tangkap gambar banyak-banyak..

Menu pada hari tu nasi beriani yang opah Adam masak bersama kari ikan yang di pancing oleh papa, ayam madu yang setengahnya msk sendiri setengah lagi order kat Rahmath Bistro, acar dan papadom, pencuci mulut agar-agar coklat dan kuih-muih yang kebanyakannya nenek-nenek saudara Adam yang sedekah.

Tak ramai pun tetamu yang kami undang, jiran-jiran sebelah menyebelah, adik beradik opah Adam dan Qaseh, famili nenek Qaseh dan 2,3 orang kawan-kawan. Adam dan Qaseh suka sangat dapat mainan dari tetamu yang datang..Alhamdulillah murah rezeki budak-budak ni...Ok lah jom kita tengok gambar sekitar majlis hari tu..


Sebelum majlis bermula bagi diorang tido dulu puas-puas..



















Qaseh yang ketiduran dalam buaian..dia kalo tak puas tido memang tak leh nak potong kek la jawabnya mesti mengamuk..



















Untuk Adam ibu tempah kek span coklat gambar Mickey & Miniey mouse tempah kat kedai kek Seksyen 13, Shah Alam..ibu lupa lak nama kedai..huhu



















Untuk Qaseh plak mama nya tempah kek moist coklat kat kedai kek di Subang Perdana















Sebenarnya majlis harijadi ni ibu dan mak ngah yang sibuk nak buat Adam ngan Qaseh bukan tahu ape pun ..haha















Masa untuk potong kek..
















Adam sibuk tengok kamera ibu plak sibuk potong kek Adam..birthday sape sebenarnya..huhu



















Qaseh potong kek ngan mak ngah aka mama dia la..




















Antara tetamu yang hadir


Ni keluarga nenek Qaseh..













Ni adik beradik opah Adam dan Qaseh











































Ni kawan baik ibu Aunty Nieda bersama Uncle Nizam tapi takde dalam gambar dan si comel Humaira















Terima kasih banyak-banyak dari kami sekeluarga kepada yang sudi hadir pada hari tersebut..


Hadiah-hadiah yang Adam dan Qaseh dapat..thanks sume..

Basikal color pink hadiah dari nenek dan mak long qaseh

































Basikal ni plak opah & atuk beli untuk Adam tapi atuk suruh tukar lain sebab tayar dia kecil

























































Adam yang mucuk..















Ibu sentiasa mendoakan kesejahteraan dan keselamatan Adam setiap saat dan ketika. Semoga membesar menjadi anak yang soleh dan berjaya dunia akhirat..love you sooo much dear..

Terima kasih kerana sudi singgah sini

Tuesday, February 23, 2010

Pergi tak kembali..

Tanggal 19 Feb yang lalu jam 7.30pg..aku terpana seketika tatkala menerima sms dari adikku di kampung yang berbunyi.."Mok xdop doh"..(bahasa kelate) maksudnya nenek ku meninggal dunia meninggalkan kami semua menyahut panggilan Ilahi..kalo tidak silap saya umur arwah 80++..

Sebenarnya kami baru balik dari kampung 2 hari sebelum arwah nenek menghembuskan nafasnya yang terakhir. Arwah nenek saya sakit tua dah lama juga, alhamdullilah dia pergi hari Jumaat, semoga arwah terkecuali dari siksaan kubur..Amin.

Arwah nenek rapat dengan keluarga saya sebab rumah kami hanya bersebelahan. Sejak dia tak larat mak saya dan mak su saya lah yang banyak menjaga pakai dan minumnya seharian.Kami sekaluarga mendoakan semoga roh arwah nenek ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh..Amin..Al-fatihah.
Terima kasih kerana sudi singgah sini

Selamat Pengantin Baru Ema dan Mat

15 feb 2010...Ni adalah wedding kedua yang kami attend masa kat kampung. Ema ni kawan saya masa belajar kat politeknik..satu bilik dan satu rumah sewa, kami jugak close dengan famili masing-masing. Berkenalan dengan suaminya masa kerja kat KL..Saya cuma sempat snap beberapa keping gambar je sbb masa tu pengantin lelaki baru sampai dan kami plak dah nak balik..Jadilah untuk wat kenangan..



Tema putih dan pink color...















Ema dan Mat..















Tengah berdebar menunggu rombongan hubbynya sampai..


















Dari kiri Syatilla, pengantin, saya dan Adam

Terima kasih kerana sudi singgah sini

Monday, February 22, 2010

Selamat Pengantin Baru Diniey dan Ammar

14 Feb yang lalu kami sekeluarga pergi kenduri kawan saya Noor Dini dan suaminya. Diniey ni kawan saya masa sekolah menengah dari form 1 sampai form 3. Menurut sumber dia kenal husband dia masa belajar kat UITM Perak..orang Kedah kalau tak silap..bak kata pepatah asam di darat, ikan di laut dalam kuali bertemu jua..ceewahh..bermadah-madah plak daku hari ni, syok sendiri..hahaha..tapi best g kenduri sebab dapat jumpa dan bergelak ketawa ngan oldest frens yang dah sekian lama tak jumpa..Jom kita layan gambar...


Ni la pengantin baru













Berlatar belakang kan pelamin warna merah dan putih, mungkin sempena hari valentine kot..

















Dari kiri Norhana, Zuria aka my cousin, pengantin, daku dan Adam, Adda














Ni la my oldest fren, ada yang dari sekolah rendah lagi kami kenal..














Dari kiri Yante, daku dan Adam, azmalina, daya, wana
Depam dari kiri rozianti, norhana, zuria aka my cousin, adda













Adam bersama aunty2 aka aweks2 ( bcoz dorang tak kawen lagi, yang pegang Adam tu bakal..)

Terima kasih kerana sudi singgah sini

Sunday, February 14, 2010

10 month old Adam

Alhamdulillah hari demi hari berlalu Adam dah pun berumur 10 bulan..semoga Adam diberi kesihatan dan keberkatan setiap hari.Ibu dan papa sentiasa mendoakan kesejahteraan kita sekeluarga. Alhamdulillah kita semua dah selamat sampai kampung ibu kat Kota Bharu ni setelah menempuh jem dan sebagainya..So milestone Adam untuk 10 bulan ni seperti di bawah..

1. Alhamdulillah dia tak takut ngan orang..ibu risau gak kot dia nak berkepit ngan ibu je kat kampung ni tapi bila sume orang amik n gendong, dia ok je..fuhhh lega giler ibu rasa.Good boy Adam..janji ada orang layan dia main he will be okay..

2. Dia sangat takut bunyi yang kuat..contoh macam vacum. Kalo dengar je bunyi ape-ape yang kuat mesti dia akan nangis sampai meleleh air mata..

3. Dah expert minum guna training cup & straw..biasanya dia minum air buah or air masak la guna cup tu..cute je tgk..hehe

4. Makan macam-macam..dia suka mi, bihun, kuey tiaw goreng tapi ibu goreng tak letak cili..kalo nampak orang lain makan dia mula la cakap nnnananana...mungkin nak la kot maksudnya..

5. Suka makan buah-buahan macam anggur, tembikai, manga, jambu, kiwi tapi durian tak suka..ikut papa dia la ni tak suka makan durian..

6. Selalu main bawah meja..dah banyak kali jgk dia nak cuba panjat meja tapi belum berjaya..bahaya tau sayang..

7. Kalo naik kereta sekarang ni tak reti diam dah..dia suka sangat nak duduk ngan papa dia sebab nak pegang stering kereta..

8. Suka main buai n gelongsor kat taman depan rumah opah..kalo pegi sekejap mengamuk la tak puas main..kalau dah dapat kaki mmg selalu ke taman la jawabnya..


Jom kita tgk gambar si kenit plak..


Suka sangat main bawh meja ni..dah jadi port dia plak..













Tengah makan wafer munchy's













Nak pakai cekak rambut ke cik abang oi..














Bergaya tak saya..hehe
















Saya suka main bawah meja ni dan berdiri meniti kat meja ni..besh..



















Tengok saya dah pandai bawa kete..














Adam macam mana papa nak bawa kete ni..huhu
















Bersama ibu kat Genting Sempah..

Terima kasih kerana sudi singgah sini

Thursday, February 4, 2010

Mandi manda bersama Adam dan Qaseh

Mandi kolam dengan maksu














mak su tumpang mandi sekali yea..














Dah dapat main air takmo masuk rumah..














Ni la aktiviti Adam dan sepupunya Qaseh kalo hari tak hujan dan diorang tak tido. Tapi bukan selalu, kadang-kadang 2 minggu skali mandi kolam..bukan main suka diorang ni main air sampai kecut sume jari. Yang kat bawah ni plak gambar masa g Cherating Krismas yang lalu..diorang naik baby boat. Yang tak tahan si Adam la kayuh kaki macam berenang je..



Adam mandi ngan papa.ni sebab dia takmo duduk dalam baby boat dah..bila pegang dia macam neniarap kat atas air tu kaki mula la kayuh macam tengah berenang




Ibu bergambar bersama makngah, opah, Qaseh dan Adam dalam kolam..




Adam dan Qaseh mandi kat kolam orang dewasa..kalo kolam kanak-kanak air cetek..letak diorang dalam baby boat kaki boleh cecah lantai kolam



Adam dan Qaseh dalam baby boat sambil diperhatikan oleh opah




Adam naik baby boat..baby boat ni di jual dengan harga RM13..ok la sebab dia punya getah tebal..
Terima kasih kerana sudi singgah sini

Sunday, January 10, 2010

Adam 9 month

Lagi 3 bulan Adam akan genap 1 tahun. Sekarang ni sangat lah lasak, tak reti diam n notti jugak.
Ibu dan semua orang kat rumah ni tak larat nak kejar..huhu

Milestone 9 bulan

1. Malas merangkak..lagi suka menyulur je sbb laju kalo nak ke fevret spot dia

2. Suka panjat tangga then turun blk..seriau tgk dia turun sbb dia guna tangan. Tapi tak pernah jatuh tangga lg.

3. Pantang pintu terbuka dia akan keluar..kena slalu perhatkan dia.

4. Suka main air..lagi-lagi kalo mandi kolam,sampai kecut sume jari pn takpe.

5. Skrg dah pandai nak ngikut kalo sape-sape nal kuar especially time papa nak g keje.

6. Suka berdokong ngan pap smpi lenguh2 tangan..huhu

7. Makan byk jgk..dia suka mkn bskt kraker cap ping pong n roti gardenia,tapi tak suka di cicah air..

8. Suka berdiri kat tv bench dan meja kat ruang tamu.

9. Tidur pun dah kurang sekarang ni..sibuk nak main.

10.Tak suka duk dalam stroller lama-lama..papa la yang kena gendong..hihi

Ok la..ibu dah penat taip..gambar ada masa ibu upload sbb ni ibu guna blackberry papa..gambar latest xde dalam ni..
Ibu & papa love u so much..Adam .mucuk masyam ibu & papa.
Terima kasih kerana sudi singgah sini

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...