Loading...

Bloggers

Sunday, April 15, 2012

Aqil kena penyakit HFMD @ kaki tangan dan mulut

Alhamdulillah..Aqil dah sembuh dari penyakit HFMD @ kaki, tangan dan mulut ni..
Dia start kena Jumaat lepas, saya dah perasan ada biji-biji macam ruam timbul kat badan dia pagi Jumaat tu tapi saya tak fikir la apa-apa sebab ingatkan ruam biasa je..ye lah sekarang pun musim panas jugak, budak-budak memang senang tumbuh ruam ni..so hari Jumaat tu pun kebetulan ada kawan En hubby datang dari Singapore, kami pun keluar jenjalan jumpa kawan En Hubby tu..


Esoknya saya tengok ruam tu makin banyak dan jadi besar macam biji-biji timbul gitu, paling banyak kat bahagian lutut, lengan dan badan..saya syak chiken pox..terus ajak En Hubby bawa Aqil ke Klinik pakar kanak-kanak Meghana kat TTDI Jaya tu..berderau jugak bila doktor cakap Aqil kena virus kaki tangan dan mulut ni..sebab dulu kan pernah ada kes kematian sebab penyakit ni..Doktor tak bagi ubat untuk penyakit ni sebab katanya penyakit ni tak bahaya cuma kemungkinan besar boleh menjangkiti kanak-kanak lain kat rumah ni..risau pulak takut jangkit kat baby Dania..dia cuma bagi calamine losyen je untuk sapu kat biji-biji tu..cuma dia pesan kalau ada keluar ulser dalam mulut kena bagi makanan dan minuman yang sejuk-sejuk..kalau kanak-kanak yang kena ulser dalam mulut tu taknak makan dan minum langsung kena bawa pi hospital takut dehydrate..Alhamdulillah Aqil takde keluar ulser kat mulut atau dalam mulut, dia pun takde demam cuma selsema 2, 3 hari..selera makan pun macam biasa saja..kalau tak mesti meragam je si kenit ni..

gambar ni hari Ahad, hari ketiga dia kena penyakit tu..biji-biji makin banyak dan makin besar

Yang ni hari ke lima, macam kecut ckit biji-biji tu

hari ke lima jugak kat bahagian tangan

Hari Khamis biji-biji tu dah mulai kering dan berkuping..

Semalam kuping-kuping tu tertanggal sendiri dan Alhamdulillah tak tinggalkan kesan parut pada kulit yang mulus itu..lega sangat-sangat anak dah sembuh..setakat hari ni takde nampak menjangkiti sesiapa kat rumah ni, hopefully tak jangkit kat Adam..
 Kat bawah ni ada sedikit info pasal penyakit HFMD ni..kalau nak info lebih lanjut boleh google, yang kat bawah ni pun saya google je.. :)


Definisi dan Penyebab

HMFD ialah jangkitan melalui sejenis virus dipanggil enterovirus, atau virus yang biasa terdapat di dalam usus.


Contoh virus yang menjangkiti manusia ialah poliovirus, Coxsackie virus A dan B, echovirus dan enteroviruses 68-71.


HFMD boleh disebabkan oleh coxsackievirus A16, A5, A9, A10, B2, B5 and enterovirus 71.

Coxsackievirus A16 (Cox A16) adalah penyebab paling biasa HFMD tetapi yang paling tidak bahaya.
 

HFMD disebabkan oleh enterovirus 71 (EV71) adalah lebih merbahaya dan menyebabkan kematian. Ini adalah disebabkan oleh jangkitan selaput otak (meningitis), Jangkitan otak (encephalitis), masalah jantung (myocarditis) dan jangkitan paru-paru berair.


Cara jangkitan

HFMD mudah berjangkit. Jangkitan dapat merebak daripada manusia ke manusia melalui sentuhan melalui cairan hidung dan mulut, air liur, cecair daripada lepuh tangan dan kaki, dan najis mereka yang dijangkiti.

Seseorang pesakit paling mudah menjangkiti orang lain dalam waktu seminggu terkena jangkitan.



Gejala Penyakit


HFMD datang dengan tumbuh ruam dan lepuh di tangan dan tapak tangan (macam berair atau ruam merah), penggelangan tangan, kaki dan juga kawasan mulut.


Kebiasaannya, hampir kesemua kes mempunyai ruam di tangan, tetapi hanya 90% sahaja kes yang mempunyai ruam di dalam mulut.


Adakalanya hanya ruam di tangan sahaja yang timbul jika dijangkiti HFMD tanpa ruam2 di kawasan yang lain.


Dalam masa yang sama, pesakit boleh mendapat demam, rasa lenguh-lenguh badan, sakit kepala, jangkitan mata, sakit perut dan kadang-kadang cirit birit.


Di antara banyak virus penyebab HFMD, virus yang disebabkan oleh enterovirus 71 (EV71) adalah paling merbahaya. Demamnya adalah lebih tinggi (39 darjah ke atas) dan lebih daripada 3 hari. EV71 adalah penyebab kematian 27 orang kanak-kanak di Sarawak daripada 34 kematian pada tahun 1997.



Perkara yang perlu diberi perhatian sekiranya anak anda menghidap HFMD:-.


Demam Tinggi.

Penat dan lemah.
Tidak mahu makan dan kurang kencing.
Bernafas kencang.
Muntah-muntah.
Nampak mengantuk, pening dan cepat marah dan menangis.
Sawan


Perawatan HFMD.


HFMD biasanya tidak bahaya dan hilang sendiri. Kebanyakan kes tidak perlukan kemasukan ke hospital dan hanya perlu dirawat sebagai pesakit luar sahaja.


Perawatan simptomatik diperlukan oleh kebanyakan pesakit HFMD. Ini bermaksud menurunkan demam, mengurangkan kesakitan seperti sakit kepala dan sakit badan, Meningkat hidrasi pesakit dan perlukan rehat yang secukupnya.


Gel kebas boleh diberikan untuk mengurangkan kesakitan ulser mulut.


ANTIBIOTIK tidak perlu digunakan di dalam kebanyakan kes.


Pesakit perlu diasingkan daripada kanak2 yang lain.



Bilakah pesakit perlu dimasukkan ke Hospital?


1. Apabila pesakit tidak boleh makan dan minum dan perlu dimasukkan air melalui salur darah.


2. Kelihatan lemah dan teruk, kelihatan toksik.


3. Jika demam tidak berkurang dan tinggi (38 dan 39 darjah sentiasa) lebih daripada 4 hari.


4. Bila doktor menjangka terdapat jangkitan kepada kawasan otak menyebabkan kanak-kanak meracau, serangan sawan, kepenatan melampau, tidak peka terhadap persekitaran.


5. Bila terdapat masalah jantung seperti gangguan bunyi jantung, tekanan darah rendah.


Masih TIADA vaksinasi untuk penyakit ini pada waktu ini. (artikal ini ditulis pada 2008).



Elakkan Jangkitan!


Adalah penting untuk anda membasuh tangan dengan menggunakan sabun setiap kali anda menukar lampin anak-anak yang terkena HFMD.


Anda juga boleh menggunakan air dan sabun (ada yang cadangkan menggunakan Clorox) untuk membersihkan lantai, mainan, pakaian dan lampin yang terkena najis atau air liur mereka.


Jangan bawa anak anda ke tempat terbuka seperti kolam renang atau kompleks membeli belah.


Sekolah dan nurseri juga perlu dielakkan untuk mengelakkan jangkitan merebak.


Jangan Panik!


Sekiranya anak anda terkena jangkitan, usah panik. Kebanyak HFMD tidak merbahaya dan pulih sendiri. Apatah lagi sekiranya anak-anak anda tiada demam, selera makan adalah biasa dan nampak ceria sahaja walaupun terdapat ruam di mulut dan tangan.


Dapatkan nasihat doktor di klinik yang berhampiran dan elakkan jangkitan kepada anak-anak yang lain.


Wallahu A'lam.


Ditulis oleh Dr Azwan untuk http://www.drazwan.blogspot.com


P/S : Saya terbaca kat Berita Harian Online semalam ada 49 kes baru HFMD di Sarawak dan kes terkumpul sekrang ni 4728 kes..musim penyakit berjangkit sekarang ni.. :(


Terima kasih kerana sudi singgah sini

12 comments:

  1. alhamdullilah..dh sihat..syukur..

    ReplyDelete
  2. betullah musim...cuaca pun tak tentu. org tua pun senang kene penyakit, budak2 lagi la kan.

    tapi syukurlah aqil dah sembuh. :)

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah. safiyyah pun pernah kena. alhamdulillah cepat juga safiyyah sembuh dan tak berjangkit pada shakir

    ReplyDelete
  4. thanks la sharing gambar2 tue..ila tak penah tgok..mcm tue rupanya..ok ila akan beware jugak kalau anak2 ada tumbuh bijik2 mcm tue

    ReplyDelete
  5. Alhmdlh da sembuh...

    masa Amsyar kena, doc sarankan makan aiskirm yg da cair skit kalau dia xmau mkn.... Alhmdlh berkesan pada Amsyar..

    ReplyDelete
  6. oohhh..mcm tu ke rupanya penyakit nya..tak pernah tgk sebelum ne.. kena pastikan rumha bersih dari habuk ye..

    ReplyDelete
  7. salam sis!
    tapi x kesan parut kan?ok la tue..
    jgn nakal2 aqil..hee

    ReplyDelete
  8. Alhmdulillah dh sembuh (^_^)

    ReplyDelete
  9. Tiefazatie : lega kalo anak2 dan sihat dari sakit..takde kesan parut dalam, parut nipis je atas kulit, tak perasan pun parut2 tu..

    GB : mmg cuaca tak menentu skrg ni, senang nak dapat penyakit..kena extra careful..

    Nadiah : risaukan penyakit berjangkit camni..:)

    Ila : Sharing is caring..sekarang musim penyakit HFMD ni, mmg kena beware kalau ada anak kecik

    Lia : Aqil ni nasib baik takde keluar ulser..kalo tak tak tau la

    Sweety : Yup memang kena selalu pastikan bersih dari habuk kalau ada budak-budak..

    Suha : Alhamdulillah :)

    ReplyDelete
  10. Assalam, tq for sharing..anak saya yg berumur 6 thn baru dijangkiti penyakit HFMD..

    ReplyDelete
  11. assalamualaikum...ank sy yg br berumur 4tahun pon br di jangkiti HFMD,td sy hanta ke klinik,doctor kata demam xterok,cma ulser dlm mulut yg bnyak,kt tapak tgn pon ada bintik2 merah,kaki dye pon ade...tp doctor kata xde pape,sy risau sb ank sy xmkn,xnk mnum susu,xnk mkn pape,mnangi,mracau bile tido,mnangis dan xaktif mcm biasa..sy pon risau takot bjangkit kat adik dye yg berumur 1tahu 10bln..cmne cara sy elakkn jangkitan? dan mcm mana cr nk sembuhkan pnyakit ank sy tu eh? td doctor just bg ubat jer,n nasihat bwak ke klinik balik kalo demam ber terusan..

    ReplyDelete
  12. goggle pasal penyakit nie..then jumpa blog u..nway thanks for sharing..:-)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...