Bloggers

Tuesday, April 17, 2012

Lain-lain khasiat daun Parsley

Oleh sebab saya confuse daun parsley dengan daun sup saya google pasal daun-daun ni.. terjumpa info pasal khasiat-khasiat daun-daun ni kat blog INI . So sebenarnya daun parsley berbeza dengan daun sup. Khasiat juga berlainan. Daun Parsley juga dikenali dengan nama Pasli. Daun parsley biasanya digunakan untuk masakan Itali.. Daun Parsley adalah tumbuhan keluarga Umbelliferae lebih dikenali sebagai sayuran. Batangnya lembut serta memiliki daun yang kerinting. Pokok Parsley (Petroselinum crispum) merupakan sejenis pokok herba dwitahunan yang daunnya biasa juga digunakan sebagai rempah.

 *google* - Pokok parsley

Seperti dalam entry sebelum ni khasiat daun parsley adalah untuk mencuci buah pinggang..selain dari itu daun parsley yang kaya dengan vitamin B, C dan E serta zat galian seperti kalsium, magnesium dan klorofil ini jugak boleh diguna untuk :

1. Rambut
Daun parsley yang diramas dengan air dapat bertindak sebagai tonik bagi menjaga kesihatan rambut. Air ramasan ini juga bertindak melawaskan kencing dan menurunkan tekanan darah.

2. Pulihkan Hipotensi
Air rebusan daripada sayuran yang mengandungi pelbagai zat ini merupakan minuman terbaik untuk pesakit hipotensi iaitu penyakit tekanan darah rendah yang berpunca daripada anemia, kekurangan saraf akibat diabetes, paras gula rendah dalam darah, tiriod yang tidak aktif atau kekurangan zat makanan.

3. Parsley/ juga dapat meredakan penyakit sengal-sengal tulang, membantu pencernaan makanan dan menguatkan semula otot-otot rahim selepas melahirkan anak.


berbeza kan dengan daun parsley :)

Menurut blog yang saya jumpa tu daun sup adalah sama dengan daun saderi..dan banyak jugak khasiat-khasiat daun saderi atau daun sup ni..rasanya yang ma saya rebus akar daun sup dan minum air rebusan tu untuk ubat darah tinggi sebab ma saya memang ada penyakit darah tinggi..ok sekarang dah tak confuse dah, bukannya ape sebab daun parlsey memang jarang guna terutama fresh parsley. Kalo yang kering atau serbuk guna untuk masak spageti je..tapi rasanya kalau suruh bezakan daun-daun ni mungkin boleh terkeliru jugak kot sebab rupa lebih kurang sama :)

P/S : Baru dapat perkhabaran dari En hubby..dia dah sampai jetty Stulang laut, JB..Syukur Alhamdulillah, En hubby balik awal sehari, katanya rezeki melimpah ruah sampai tak muat tong gara-gara gempa bumi kat Acheh minggu lepas..ikan semua lari ke laut china selatan agaknya..
Barulah lega hati saya.. boleh la senyum sampai telinga :)

Terima kasih kerana sudi singgah sini

11 comments:

  1. daun parsley nie ada mcm bau lipas pada ila ekeke

    ReplyDelete
  2. hahaha..bau dia memang menyengat sikit kan..pernah makan laksa kat jusco midvalley dia letak daun parsley buat ulam..haruslah tak makan daun tu..tapi saya suka daun sup..mesti kutip dalm sup tu..(^_^)

    ReplyDelete
  3. sangat bermanfaat sekali, terimakasih untuk infonyaac

    ReplyDelete
  4. terbaik utk membersihkan garam dan toksid dari buah pinggang, terbukti setelah saya membuat scanning utk buah pinggang, diusia 61tahun fizikal dan kondisi buah pinggang saya amat baik. kpd pengidap2 diabetis yakinilah kurniaan ilahi ini, amalkan minum rebusan daun parsley sebulan sekali, InsyaAllah. . .

    ReplyDelete
  5. Daun parsley ni daun ketumbar la yer? Tgok pic mcm sama, yg slalu restaurant mskan thai letak dlm tomyam diorg kan...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...