Bloggers

Tuesday, May 14, 2013

Felt craft

Dah bermacam -macam jenis jugak produk felt craft saya dah jahit..seronok uollss..tak sangka pulak ada yang berminat dengan hasil craft saya..sekadar suke-suke je sebenarnya, kalo ada yang nak menempah saya terima dengan senang hati..cuma kalo nak tempah banyak kena bagi tau awal-awal la, kang tak terjahit pulak saya..hihihi

Kat bawah ni antara yang telah saya jahit sebelum ni, salah satu sebab belog ni menyepi ialah saya sibuk explore dunia felt ni lah..macam -macam benda menarik boleh buat dengan kain felt..hihi

3 sekawan, cube chick dan lady bug..

brooch saya jual Rm2 brooch kecik dan Rm3 brooch besar

pensel case

yang macam ni saya jual Rm7 
ukuran : 8.5 inci x 4 inci

adik ipar punya.. kalo macam ni saya jual Rm10
ukuran : 8.5 inci x 5 inci

coin bag ladybug saya jual Rm4
ukuran : 10.5cm x 10.5cm

keychain angry bird saya jual Rm3 sekor..

walaupun penat sebab jahit ngan tangan tapi sangat puas hati dan suke..suke..suke..
hari ni ada tempahan beg make up pulak..Alhamdulillah rejeki anak-anak..kalo ada yang berminat boleh la email ke saifulnida@hotmail.com.. harga boleh bincang kalo nak order dalam kuantiti yang banyak.. (^_^)


Terima kasih kerana sudi singgah sini

Monday, May 13, 2013

Resepi : Ayam bakar sedap

Resepi ayam bakar ni saya amik kat belog Intan Berlian..sedap uollss ayam bakar ni..resepi simple je..perap dan bakar..lepas tu dah boleh makan..tak rugi mencuba..makan macam tu pun sedap, makan dengan nasi pun sedap..saya masak dua minggu lepas, tapi tak sempat nak update kat belog..try lah uollsss..

Resepi dia : 
  • ayam ikut suke korang lah nak banyak mana, di potong
  • bawang putih dan bawang besar di blend bersama 1 sudu kecil gula, 1 1/2 sudu kecil garam dan kiub pati ayam
  • tumbuk 1 sudu kecil lada hitam
  • bahan yang diblend di campur dengan sos BBQ dan sos blackpepper serta lada hitam yang ditumbuk di gaul bersama ayam dan perap..saya perap semalaman
  • bungkus ayan dengan aluminium foil dan bakar selama 50minit ke 1 jam dengan suhu 180 
  • Dah masak dan boleh makan..

ni lah rupe ayam bakar saya yang dah masak...


Terima kasih kerana sudi singgah sini

Membela

Lamanya belog ni tak berupdate..lama jugak tak berblokwalking kat belog korang semua..banyak benda yang berlaku baru-baru ni menyebabkan belog sedikti terabai, 2 kematian keluarga terdekat, kenduri arwah, sibuk menjahit felt, berkempen sempena pilihanraya..oppsss..hihihihi..kadang-kadang tu baru nak menaip anak minta di layan..layan je lah..

Hari ni nak citer pasal membela..bukan bela hantu raya ke hape tapi bela ikan la pulok sekarang ni..dari seekor ikan laga dah jadi berekor-ekor ikan dalam akuarium tu..akuarium pun dah upgrade jadi besar ckit, siap berhias batu dan pokok plastik..comei la pulok..boleh buat terapi mata..

Anak- anak yang nak bela ikan sebenornye tapi tu lah ibu ngan baba pulak over excited..En hubby tak yah citer la dia memang pantang dengar pasal ikan..maka membela lah kami..harap-harap panjang umur la ikan-ikan ni semua..kikikiki..

terapi mata saya...hihihihihi

Terima kasih kerana sudi singgah sini

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...