Bloggers

Sunday, September 13, 2009

Shoppink for Hari Raya

Last weekend kami ke Midvalley shoppink baju raya untuk Adam..oleh kerana Adam yang tak berapa nak baring dalam stroller dan jam pun dah hampir nak ke petang kami hanya sempat ke Mothercare, Metrojaya dan Jusco je..rambang mata gak ibu dengan baju-baju baby yang comel-comel belaka..nasib baik Adam boy,kalo gegirl agaknya brapa pasang la ibu akan rembat for hari raya nanti…hehehe..

Ibu dan papa just bought 4 pasang baju dan seluar utk Adam..bila balik rumah and kumpul skali ngan baju-baju yang atuk, opah dll bagi dah jadi 9pasang baju raya Adam termasuklah 1 pasang baju melayu..wah beraya sakan busyuk ibu ni ye..takpe la raya setahun skali..

Ni la antara koleksi baju raya Adam..

Sepasang baju melayu..kicik je baju ni, cute sangat..


Ni shirts and pants, papa bought for you


Yang ni pemberian atuk dan opah..


Kemeja ni mak ngah yang bagi


Dan yang ni plak kawan ibu dari Spore yang bagi..


Dalam pada duk shopping baju raya Adam ibu sempat gak rembat sepasang kasut..asalnya tak nak beli kasut sebab ibu dah beli masa Jcard day hari tu tapi sebab papa nak belikan jugak dan kebetulan ada kerosakan sikit pada kasut tu jadi ibu rembat je la..

Simple je tapi selesa di kaki ku…


Persiapan raya tahun ni ala kadar je.. Warna tema kami untuk tahun ni gold kecoklatan..ibu just beli kain ela kat Nagoya je..Alhamdulillah opah Adam diberi kesihatan dan dia gagahkan jugak untuk menjahit baju raya ibu dan baju-baju raya mak ngah dan maksu..nak harapkan ibu , stakat jahit butang dan cangkuk kain je boleh la..:p

Untuk perkakasan dah perhiasan rumah takde ape la sangat sebab I’m still staying with my MIL..tapi memandangkan my MIL pun baru je pindah rumah ni since Nov last year, takde la banyak yang nak di tukar pun..Kuih muih dan biskut raya belum buat lagi..hajat dihati nak jugak buat..tapi tak tau lah memandangkan si kenit yang sekarang ni yang dah pandai nak berkepit je..haisshhh..susah ibu nak wat keje, kena tunggu Adam tido baru aman nak wat keje.

Ibu nak ucapkan terima kasih banyak-banyak kat papa memandangkan papa sorang terpaksa keluar belanja sampai rabak poket untuk raya tahun ni kerana ibu dah tak kerja lagi..tahun lepas blh la ibu support ckit2..kesian papa sampai persiapan utuk diri sendiri pun cincai boncai je..huhu…tapi takpe la yang penting kita sekeluarga dapat beraya bersama..tahun lepas berdua je..tahun ni bertiga..ibu excited sgt..tahun depan ber…??hehehe..
Terima kasih kerana sudi singgah sini

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...