Bloggers

Sunday, August 30, 2009

Adam bila mengensot..

Since last week Adam start angkat montot n skrg dia dh boleh mengensot sikit.Ada sekali dua dia menyulur ke belakang..kadang-kadang dia turn 90° ketika dia menerap. Ada 2,3 kali ibu perasan Adam dah pandai baring sendiri kalau dah penat meniarap..sekarang dia dah tak menjerit kalau penat sebab nanti dia akan letak kepala dia ala-ala macam tidur sambil menerap gitu..lepas ni mesti dia akan rolling plak 1 rumah..tak sabar nak tengok Adam merangkak..hehe..seronok dapat tengok anak membesar depan mata sendiri..Love you so much son..

Jom layan gelagat Adam meniarap








Terima kasih kerana sudi singgah sini

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!

Tanggal 31..

Bulan 8..

57..

Merdeka..merdeka..

Tetaplah merdeka..

Ia pasti menjadi sejarah..

Mari kita seluruh warga Negara..

Ramai-ramai menyambut hari merdeka..MERDEKA

TO ALL MALAYSIAN..SELAMAT HARI MERDEKA YANG KE 52 TAHUN
Terima kasih kerana sudi singgah sini

Friday, August 21, 2009

Salam Ramadhan

Sempena bulan Ramadhan yang akan bermula esok hari, saya ingin mengucapkan Selamat Berpuasa kepada seluruh umat Islam di dunia..semoga Ramadhan tahun ni membawa seribu keberkatan buat kita semua…apa agaknya juadah untuk bersahur malam nanti ya? Saya pun duk terfikir-fikir nak masak apa..my MIL pun pening juadah untuk bersahur dan berbuka sepanjang Ramadhan ni..mesti la kena tukar-tukar resipi, tak la bosan kan.

Alhamdulillah kami sekeluarga dah sihat dari demam dan selsema yang menyerang kami sekeluarga sejak 3 minggu yang lepas. Masing-masing tinggal batuk je sekarang. Adam pun dah sihat dah. Mula-mula my BIL yang kena, dia jangkit ngan member kat tempat dia tuisyen. Teruk gak dia demam sampai ke Hosp Sg Buloh cek darah, ingatkan kena H1N1 sebab suhu badan dia 39.7 °C tak turun-turun selama 2 hari, sampaikan doc klinik yang my MIL bw dia checkup mula2 tu bagi ubat kat montot pun still sama gak..Esoknya doc tu masukkan air 1 botol then dia suh g check kat hosp.

Bila g spital tu punya la lama q untuk check up H1N1 tu..ramai sangat orang..Alhamdulillah adik ipar saya demam biasa je. 4 hari dia tak ke sekolah..lepas dia sihat sikit my SIL yang darjah 6 tu plak yang kena demam n selsema. Lepas tu si kenit 2 orang tu si Adam dan Qaseh mula tunjukkan tanda-tanda selsema..then my hubby and my MIL. 2 hari jugak hubby MC. Saya plak jangkit dari hubby..pastu adik ipar n husben dia..Cuma bapa mertua je yang tak kena demam or selsema..risau jugak takut H1N1..

Mengikut kata mak mertua bukan kami 1 famili je yang demam 1 rumah..ada 2,3 jiran kami pun sama jugak demam n selsema semua 1 rumah..musim kan sekarang ni. Kat taman Alam Budiman ni cuma ada 1 klinik je yang baru buka,Poliklinik An –Nisa..Rezeki murah la doc tu bulan ni sebab ramai yang demam n selsema..Famili saya je pun dekat 6,7 kali jugak la ulang alik ke klinik tu amik ubat. Saya bersyukur sangat-sangat kami sekeluarga dah semakin sihat.

To all famili and friends..Selamat Bersahur, berpuasa dan berbuka puasa dan saya juga ingin memohon maaf jika ada berbuat kesalahan sama ada sengaja atau tidak sengaja..semoga kita semua dapat menjalani ibadah puasa dengan kusyuk dirahmati dan diberkati Allah S.W.T..Insyaallah
Terima kasih kerana sudi singgah sini

Tuesday, August 11, 2009

Happy 4 months old Adam..

Semalam genap lah usia Adam 4 bulan. Sekejap masa berlalu..pagi tadi ibu bawa Adam gi klinik. Untuk 4 bulan ni takde cucuk just checkup fizikal dan timbang je. So far berat Adam dah 6.3kg..Alhamdulillah rezeki dari Allah Adam masih dapat minum susu ibu sampai hari ni walaupun on the day you were born ibu tak dapat bg susu kat Adam tapi ibu bersyukur after 3,4 hari susu ibu mula keluar sikit demi sikit sampai la hari ni...

So perkembangan Adam setakat 4 bulan ni...

- dah expert meniarap..pantang baring je terus meniarap. Tapi belum pandai nak baring balik..kalau dah kepenatan menjerit la dia..

- time mandi sekarang ibu kena sangat berhati-hati..sangat la tak duduk diam anak ibu ni, mesti nak kicking dalam air sampai baju ibu basah kuyup..notti boy..

- sekarang dah takmo main sorang-sorang..asyik nak orang temankan dia je..kalo takde orang teman mula la menjerit or buat-buat merengek cam nak nangis gitu..

- his fingers always dalam mulut dia especially jari telunjuk..dah pandai cabut puting dari mulut dia then dia akan masukkan jari dalam mulut..jari lagi best dari puting ya sayang..

- suka kalo orang angkat berdirikan dia mesti tersengih macam kerang busyuk...penat tau sayang..

- dah pandai cari suara kalau ibu panggil nama dia, dah tau nama dia kalo ibu panggil Adam mesti dia akan toleh..clever anak ibu ni..


Ibu dan papa love you so much sayang..ibu harap adam akan terus membesar dengan sihat. Ibu sangat la takut dengan penyakit H1N1 yang melanda negara kita sekarang ni..ibu ada terbaca 1 email tentang wabak ni dan stage2 yang akan di alami oleh mereka yang terkena penyakit ni..seram sejuk rasa..berdebar-debar jantung ni..ibu berdoa semoga kita sekeluarga sentiasa dalam lindungan Allah..Amin.

Terima kasih kerana sudi singgah sini

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...