Bloggers

Tuesday, July 31, 2012

Join GA Jemari Suri


Rakan-rakan blogger jom join GA by Jemari Suri ni..hadiah dia cukup menarik..Sape-sape berminat nak join klik sini

Tarikh tutup GA ni seperti yang tertera kat banner di atas..lambat lagi tarikh tutup tu...selamat bergiveaway ..

Terima kasih kerana sudi singgah sini

Tuesday, July 24, 2012

5 orang satu alat muzik

Korang mesti pernah tengok video-video kat bawah ni kat you tube kan? 5 orang main satu alat muzik..saya sangat suka tengok video-video tu terutama lagu what makes you beautiful..sangat awesome dan sangat menarik bagi saya..kreatif betul diorang ni menggunakan alat muzik tu..jom kita layan jap video-video tu (^_____^)

P/S : Best tak korang rasa diorang ni main alat muzik tu..saya rasa diorang kreatif dan best..hihi

Terima kasih kerana sudi singgah sini

Friday, July 20, 2012

Kesilapan kerap muslim dalam bulan Ramadhan

Salam hari Jumaat semua.. saya nak kongsi sesuatu dengan korang semua..semoga ianya bermanfaat sempena Ramadhan yang akan tiba nanti..



Terima kasih kerana sudi singgah sini

Thursday, July 19, 2012

I'm back

Dah bersawang bagai blog ni, dekat 2 minggu tak menjenguk blog dan jugak blogwalking blog korang-korang semua..kebizian melanda diri beberapa hari lepas..hihi

Sebenarnya bukan la bizi ape pun, sibuk pergi shopping barang-barang untuk ramadhan dan jugak keperluan raya terutama untuk anak-anak..Alhamdulillah semuanya dah setel..Sejak ada anak ni saya dan Encik Hubby memang akan setelkan semua baju raya anak-anak terutamanya sebelum puasa, so tak perlu la nak bersesak-sesak dan bawa anak shopping bulan puasa nnati..  Ye lah, kadang-kadang tu time si anak buat perangai cantik jenuh jugak nak melayan, mula la mak nak temper je kan..hihi

Yang paling saya lega sebab dapat beli jugak kasut untuk Adam..punya la cerewet anak teruna saya yang sorang ni..semua kasut yang saya pilih dia tak berkenan..last-last Sabtu lepas kami ke Plaza Alam Sentral then terjumpa kasut ada gambar angry bird..terus berkenan dan dia suka..susah sejak dah besar dan pandai memilih ni, kalo tersilap beli memang dia takmo pakai..

Ni la dia kasut angry bird tu, kat gambar angry bird yang bulat tu kalo jalan akan keluar lampu..lagi la dia suka..hihi

Saya jugak sebenarnya tengah sibuk menjahit manik sekarang ni..bukan amik tempahan pun just jahit baju sendiri je..rasa cam rajin ckit tahun  ni nak jahit manik..saya memang minat jahit manik sebenarnya tapi belum ada kesempatan nak amik kelas untuk mantapkan lagi skill yang ada..cewahh..setakat jahit simple-simple kat baju sendiri tu boleh la..hihi

Korang camne, dah setel ke persiapan untuk Ramadhan dan raya nanti? Lusa Insyaallah kita semua akan berpuasa..semoga kita semua di beri keafiatan untuk menjalani ibadah puasa pada tahun ni..dan semoga kita semua beroleh keberkatan dan rahmat sempena bulan yang mulia ini.. Saya di sini ingin mengambil kesempatan untuk memohon maaf sekiranya ada tersilap atau terkasar bahasa sepanjang berblogging..dan selamat menjalani ibadah puasa buat semua blogger.. (^____^)

Terima kasih kerana sudi singgah sini

Monday, July 9, 2012

Aqil termakan gel silica

Semalam saya tengah vacum kapet kat bilik, Aqil saya letak atas katil..nak di jadikan cerita dia duk merengek nak main kotak kasut dia yang saya baru beli 2,3 hari lepas..konon kasut raya la tu..saya pun tanpa usul periksa tentang kotak kasut tu terus bagi kat dia..memang saya lupa pasal gel silica kat dalam kotak tu..saya pulak sebab asyik dan kusyuk sangat memvakum sampai tak terjeling langsung ke arah si anak..

Bila da siap vacum baru la saya mendapatkan si anak bila terdengar dia macam terbatuk-batuk..sekali tengok dah bertabur gel silica tu atas katil..saya masa tu dah panik dah, tak tau nak gambar perasaan dan muka saya masa tu camne, dah la En hubby takde kat rumah..cepat-cepat saya korek mulut dia tapi takde ape-ape..bila saya kutip gel silica tu ada rasa basah kat mende alah tu, sah-sah la dia dah hisap benda tu kan..terus la gelabah beruk saya masa tu..

Lepas tu terus saya suap air masak kat dia..sebab takut dia dah hisap atau makan benda alah tu..still tak puas hati saya terus breastfeed dia sekenyang-kenyangnya sampai Aqil cakap dah dan turun dari riba saya..agaknya dia pun pelik kot tengok saya panik semacam..

Kemudian saya cepat-cepat google pasal gel silica ni, menurut sumber en google, gel silica ni menyerap
moisture dan tidak terlalu memudaratkan, paling-paling teruk pun dia akan rasa dehydrate..fuh lega sangat masa tu, muka gelabah beruk pun beransur reda..tapi still jugak risau kalau-kalau terjadi apa-apa nanti..so far Alhamdulillah takde jadi pape kat budak kenit tu, dia pun aktif , ceria dan makan serta menyusu macam biasa..

Nasib baik bila sms kat En hubby dia tak marah sebab kecuaian saya tu..dia suruh monitor je kalau-kalau si Aqil ada sakit perut ke ape..lega mak..adoiii la anak..macam-macam la kamu ini..

P/S : Agak-agak camne ek muka mak-mak tengah gelabah..saya pun tak tau muka saya camne masa tu..hihihi

Terima kasih kerana sudi singgah sini

Wednesday, July 4, 2012

Mari Menghidupkan Malam Nisfu Syaaban - 4 Julai 2012

Sebaik masuk waktu maghrib pada malam ini, maka masuklah 15 Syaaban iaitu bersamaan dengan malam Nisfu Syaaban. Kita disunat  menghidupkan malam ini seperti dilakukan oleh Rasulullah SAW dengan beristighfar, berzikir dan membaca Al Quran terutama surah Yasin kerana malam tersebut adalah malam yang amat mustajab dan penuh rahmat.

Sabda Rasulullah SAW: “Apabila tiba pada malam Nisfu Syaaban maka berjagalah kamu pada malamnya (melakukan ibadat) dan berpuasa pada siangnya kerana sesungguhnya Allah turun (merahmati hamba-hamba-Nya) pada waktu itu mulai terbenamnya matahari ke langit dunia. Allah SWT berfirman: “Siapa yang memohon keampunan maka aku akan mengampunkannya, siapa yang meminta rezeki, maka aku akan kurniakan kepadanya rezeki, siapa yang ditimpa bala aku akan melepaskannya. Adakah daripada kalangan mereka begini dan adakah daripada kalangan mereka begini (berturutan pertanyaan daripada Allah) sehingga terbit fajar?”     (Hadis Riwayat Ibnu Majah)

Antara amalan pada malam Nisfu Syaaban :

1. Setelah selesai solat Maghrib atau Isyak, bacalah Surah Yasin 3 kali dengan tertib dan setiap satunya diniatkan memohon:
  • Dipanjangkan umur dalam keadaan sihat untuk mentaati Allah.
  • Ditetapkan iman sehingga ke akhir hayat dan dijauhkan dari bala bencana.
  • Diluaskan rezeki yang halal dan diberkati. 
2. Pada malam Nisfu Syaaban digalak memperbanyakkan beristighfar (memohon ampun) dan taubat dari segala dosa-dosa besar dan kecil serta mohon diampunkan Allah dosa-dosa ibu bapa dan keluarga kita. Membaca zikrullah dan berselawat ke atas nabi serta membaca Al-Quran

3. Solat-Solat Sunat:
  • Solat Sunat Mutlaq
  • Solat Sunat Isyraq
  • Solat Sunat Dhuha
  • Solat Sunat Rawatib
  • Solat Sunat Awwabin
  • Solat Sunat Tahajud
  • Solat Sunat Tasbih
  • Solat Sunat Taubat
  • Solat Sunat Hajat
  • Solat Sunat Witir.
Nabi SAW bersabda: “Lakukanlah amalan setakat yang kamu terdaya. Sesungguhnya Allah tidak jemu sehinggalah kamu semua jemu.” Apa yang disukai oleh Rasulullah SAW adalah solat (sunat) yang sentiasa dibuat sekalipun sedikit dan Baginda SAW apabila mendirikan solat, maka Baginda SAW sentiasa berterusan di dalam berbuat demikian.” (Diriwayatkan oleh imam Bukhari r.a. dan imam Muslim r.a.)

 - SUMBER : GOOGLE -
P/S : Semoga kita sama-sama memanfaatkan malam penuh keberkatan ini dan sama-sama beroleh rahmat dan keredhaan dariNya..InsyaAllah..Salam sayang dan selamat beramal :)

Terima kasih kerana sudi singgah sini

Tuesday, July 3, 2012

Ke Laut


Haaa..ape yang ke laut??? Mood berblogging 4,5 hari ni ke laut..setiap kali buka blog dan nak taip entry tetiba jadi blur, tak tau nak taip ape, malas pastu terus klik pangkah dan shutdown lappy...

Entah la, banyak benda yang saya fikirkan semenjak dua menjak ni..ecehhh..
Saya perlukan ketenangan... Rasa nak g satu tempat yang mendamaikan je, any suggestion?

Saya mohon maaf pada kengkawan blogger semua sebab 3, 4 hari ni tak terjah blog korang..kadang-kadang tu saya terjah tapi jadi silent reader je..Mood tolong lah datang balik kepada daku.. huhuh *________*

Terima kasih kerana sudi singgah sini

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...