Bloggers

Sunday, September 13, 2009

Adam 1st Solid Food

Dah 3 kali ibu try bagi Adam solid food dengan rasa yang berlainan..Alhamdulilah ketiga-tiga jenis bubur nasi yang ibu masak Adam tak tolak kecuali bubur nasi yang disimpan dalam peti sejuk dan dipanaskan..Adam tak brapa nak makan sangat,dia lagi suka yang panas-panas gitu..Sebenarnya sejak puasa ni ibu dah bagi Adam makan kurma,so why not ibu bagi je Adam solid food..kenyang sikit kan sayang..sesetengah baby akan ada masalah untuk poo poo kalo dah start solid food, alhamdulillah Adam tak de masalah..dia still poo poo macam biasa.

1st day makan solid food muka berkerut-kerut. Ibu masak bubur nasi + buah kurma 3 biji + EBM sikit. Adam makan walaupun mula2 muka berkerut.



Hari kedua plak ibu masak bubur nasi + ½ biji kentang. Adam suka, dan dia makan lebih sikit drp bubur nasi + kurma. Kentang lagi sodap ye sayang..hehehe..ibu pun suka kentang, mungkin sebab tu Adam pun loike it..





Dan kelmarin ibu masak bubur nasi + carrot and he like it as well as bubur nasi + kentang.





Good boy manja ibu ni..ibu risau kalo Adam memilih makanan..Pada mulanya ibu nak tunggu sampai umur Adam 6 bulan baru nak start for solid food..tapi setelah mendapat penerangan dari nurse kat klinik desa yang ibu selalu bawa Adam check up tu..so ibu decide untuk start solid food when you are 5 month old. Ibu kesian tgk Adam slalu meleleh air luir kalo tgk org mkn, dan Adam suka masukkan apa saja yang dia pegang ke dalam mulut..itu salah satu tanda that you are ready for your solid food.Tapi kena tengok juga la kalo anak kita tolak mungkin dia belum bersedia.Atau ada allergy or sembelit then kena stop la dulu bagi solid food.

Mengikut kata nurse tu, kalo dulu sejak dari umur 4 bulan dah boleh bagi makanan pejal..polisi penyusuan susu ibu sekarang selama 6 bulan, diorg ni just nak lanjutkan penyusuan susu ibu sepenuhnya sekurang-kurangnya selama 6 bulan and that is why diorg sarankan start bagi makanan pejal pada umur 6 bulan. Sebab katanya kalo dah start bagi makan anak-anak akan kurang menyusu.

Tapi tak semestinya kan..Adam walaupun dah makan dia still bgn untuk menyusu sekurang2nya 3kali pada waktu malam.. Ibu akan cuba untuk BF Adam selagi Adam nak minum susu ibu dan selagi ada kurniaan rezeki dari Allah .Susu tak kiralah formula atau susu ibu adalah makan utama bagi bayi..makanan pejal hanyalah sebagai pelengkap sahaja.

Bila ibu suap makan tangan dia pun sebok nak masuk mulut..haishh..

Terima kasih kerana sudi singgah sini

1 comment:

  1. Baru ja tgh pikir nak bg solid food kat Azfar bln ni.. Will try dgn kurma jer lah dulu...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...