Bloggers

Sunday, February 14, 2010

10 month old Adam

Alhamdulillah hari demi hari berlalu Adam dah pun berumur 10 bulan..semoga Adam diberi kesihatan dan keberkatan setiap hari.Ibu dan papa sentiasa mendoakan kesejahteraan kita sekeluarga. Alhamdulillah kita semua dah selamat sampai kampung ibu kat Kota Bharu ni setelah menempuh jem dan sebagainya..So milestone Adam untuk 10 bulan ni seperti di bawah..

1. Alhamdulillah dia tak takut ngan orang..ibu risau gak kot dia nak berkepit ngan ibu je kat kampung ni tapi bila sume orang amik n gendong, dia ok je..fuhhh lega giler ibu rasa.Good boy Adam..janji ada orang layan dia main he will be okay..

2. Dia sangat takut bunyi yang kuat..contoh macam vacum. Kalo dengar je bunyi ape-ape yang kuat mesti dia akan nangis sampai meleleh air mata..

3. Dah expert minum guna training cup & straw..biasanya dia minum air buah or air masak la guna cup tu..cute je tgk..hehe

4. Makan macam-macam..dia suka mi, bihun, kuey tiaw goreng tapi ibu goreng tak letak cili..kalo nampak orang lain makan dia mula la cakap nnnananana...mungkin nak la kot maksudnya..

5. Suka makan buah-buahan macam anggur, tembikai, manga, jambu, kiwi tapi durian tak suka..ikut papa dia la ni tak suka makan durian..

6. Selalu main bawah meja..dah banyak kali jgk dia nak cuba panjat meja tapi belum berjaya..bahaya tau sayang..

7. Kalo naik kereta sekarang ni tak reti diam dah..dia suka sangat nak duduk ngan papa dia sebab nak pegang stering kereta..

8. Suka main buai n gelongsor kat taman depan rumah opah..kalo pegi sekejap mengamuk la tak puas main..kalau dah dapat kaki mmg selalu ke taman la jawabnya..


Jom kita tgk gambar si kenit plak..


Suka sangat main bawh meja ni..dah jadi port dia plak..













Tengah makan wafer munchy's













Nak pakai cekak rambut ke cik abang oi..














Bergaya tak saya..hehe
















Saya suka main bawah meja ni dan berdiri meniti kat meja ni..besh..



















Tengok saya dah pandai bawa kete..














Adam macam mana papa nak bawa kete ni..huhu
















Bersama ibu kat Genting Sempah..

Terima kasih kerana sudi singgah sini

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...