Bloggers

Thursday, October 27, 2011

Perth Trip Checklist

Esok kami sekeluarga akan ke Perth..Alhamdulillah murah rezeki abah aka FIL saya sebab bawa kami semua jalan-jalan jauh kali ni.. abah ni memang suka jalan-jalan.. pantang ada cuti sikit mana nak lekat kat rumah. Abah bagi kami semua 2 pilihan sama ada nak gi Perth atau Bali.. kitorang semua pun ape lagi pilih Perth la kan..hehe

 *google*

Kitorang amik pakej 5H4M dengan Dato' Burn including transport, homestay, makan dan minum, travel guide dan lain-lain. Semua persiapan haruslah ada checklist takut ada barang yang tertinggal nanti.. ye la kalo penting mau taknya nak kena beli kat sana dengan harga yang mahal.. tak berbaloi, lebih baik bawa siap-siap dari sini kan..

  1. Pasport dan visa dah siap.
  2. Duit RM**** dah pun siap-siap ditukar kepada AUD.. kitorang dapat rate AUD3.22, agak mahal jugak AUD sekarang ni, cek rate kat BNM pun AUD paling mahal sekarang. Sedikit duit RM pun kena bawa jugak, mana la tau shopping tak hengat ke nanti..hehe
  3. Pakaian yang sedikit tebal untuk anak-anak dah pun siap letak tepi.. dapat info dari mr google dan juga travel agent kami suhu kat sana sekarang ni sedikit sejuk di mana siang paling panas pun hanya mencecah 25 darjah celcius manakala malam mencecah 10 darjah celcius. Sekarang kat sana musim luruh..ala ala macam Cameron je suhu dia, tapi takut anak-anak kesejukan sebelah malam bawa je la kan untuk diorang.
  4. Makanan dan kudap-kudapan macam biskut, roti, maggi, dan lain-lain. Tapi bukan semua makanan boleh bawa masuk sana. Mana yang berasaskan cengkih macam kari semua tu tak boleh so maggi kari tak boleh la, yang berasakan telur, ayam dan daging pun tak boleh..pastu milo, kopi, teh, nescafe semua pun tak boleh.
  5. Stoller untuk Aqil..agak lenguh ye nak dukung bodak bam bam ni sekarang..:)
  6. Kamera cabuk mesti kena bawa..kalo ada DSLR lagi cun amik gambo..kena masuk dalam list bajet untuk tahun depan nih..;)
  7. Travel Universal Adaptor yang ni memang tak boleh tertinggal dah banyak kali En Hubby pesan..kalo ada disediakan kat homestay ok la kan kalo takde nak kena beli plak kat sana untuk cas henpon ngan kamera..
  8. Segala macam charger pun tak boleh tertinggal jugak, nati ngepek tok laki ambo
  9. Ubat-ubatan especially ubat selsema Adam. Dia memang senang selsema dan meleleh hingus kalo sejuk-sejuk..Menurun aku la tu incase kalo tetiba selsema tak yah nak g klinik.
  10. Senarai kiriman ole-ole..hehe
Rasanya tu je la kot..kalo ada lagi kita tambah lagi checklist tu..semoga kami semua selamat pergi dan balik. Hopefully anak-anak semua behave la perangai masing-masing kat sana..senang keje mak nanti.. So bermula esok tuan blog ni akan bercuti la ye..jumpa lagi minggu depan -___-

    Terima kasih kerana sudi singgah sini

    No comments:

    Post a Comment

    LinkWithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...