Bloggers

Thursday, December 29, 2011

Menu Semalam : Ikan 3 rasa

Semalam masak ikan yang En hubby bawa balik dari Burma hari tu..ada lagi sikit saki baki ikan dalam freezer tu, jadi la ikan 3 rasa. Ikan 3 rasa yang paling sedap saya pernah makan kat Restoran Amy Seafood di Sri Kembangan. En hubby dan geng memancing pun dah jadikan restoran tu restoran pebret diorang. Setiap kali balik trip memancing mesti akan bawa ikan untuk dimasak dan makan ramai ramai kat situ. Lagi satu menu dia yang sedap adalah ikan stim limau..memang terbaik woookkkkkk wikkkk wukkkk..

Sape sape yang suka jalan jalan cari makan boleh la cuba makan kat restoran tu nanti. Ok la saya bukan nak promote restoran tu tapi sebab memang sedap so saya share la kat sini..sharing is caring kan.. :)
Ikan 3 rasa yang saya masak tak la setanding restoran tu tapi boleh la En hubby bagi markah 7/10, sekali sekala kena la tukar menu. Orang kat rumah ni pun jemu juga kalu asyik goreng kunyit dan masak kari je.. Kat bawah ni saya share resepi..

Bahan :
1 ekor ikan  ( apa apa ikan pun boleh jangan guna ikan bilis sudeh )
2 ulas bawang putih di tumbuk
1 inci halia di mayang
1 serai di ketuk..tak nak letak pun takpe
7-8 tangkai cili kering di blender
2-3 sudu  besar sos cili
2-3 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos tiram
Sedikit sos ikan
Garam dan gula
Sedikit air untuk tambah kuah bergantung la nak buat kuah banyak mana
5 tangkai cili padi di potong kecil
2 biji perahan limau
Kalau suka sayur potong dadu bawang besar, carrot dan timun, sengkuang pun boleh.
Daun sup untuk hiasan.

Cara :
  1. Goreng ikan terlebih dahulu dan ketepikan
  2. Dalam kuali lain tumis bawang, halia, serai dan cili kering sampai naik bau.
  3. Masukkan sedikit air dan biar sampai mendidih
  4. Masukkan semua sos dan biar mendidih lagi
  5. Perasakan dengan garam dan gula.
  6. Masukkan air perahan limau dan cili padi
  7. Kalau suka sayur boleh la masukkan sayur yang dipotong dadu tadi..
  8. Dah masak kuah, tuang atas ikan yang dah digoreng tadi.
  9. Makan dengan nasi panas panas..yummy
 
Ikan 3 rasa saya.. dah selamat masuk perut

Terima kasih kerana sudi singgah sini

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...