Bloggers

Friday, February 24, 2012

Resepi : Ketupat sotong untuk suami tercinta

Dah lama En hubby request nak makan, petang tadi baru terlaksana..Dia pernah makan masa duduk rumah sewa dulu, housemate dia orang Terengganu yang masak..sedap katanya. So saya pun tanya resepi kat ma saya..ye la sebab ketupat sotong ni asal dari negeri pantai timur kan..tapi saya memang tak tahu dan tak pernah masak..Makan pun rasanya dah lama sangat kot sebab saya tak ingat rasa dia cemana. Rupa-rupanya Terengganu punya ketupat sotong tak sama ngan Kelate punya stail. Kalo Kelate punya stail warna coklat gitu sebab letak gula merah. Terengganu punya stail warna putih sebab tak letak gula merah. En hubby nak yang Terengganu punya stail..

Godek-godek majalah Rasa tahun lepas sekali ada daaaa resepi..senang dan simple je..jom tengok resepi..

Bahan-bahan : 
  • 5 ekor sotong bersaiz besar
  • 1 cawan beras pulut
  • 1 cawan santan pekat
  • 2 cawan air ( guna cawan yang sama untuk sukat santan )
  • 2 ulas bawang merah
  • 1 inci halia
  • 1 sudu besar halba
  • garam
  • 1 sudu teh gula
  • lidi atau pencungkil gigi


Cara membuat:
  1.  Rendam beras pulut dengan sedikit santan terlebih dahulu selama setengah jam
  2. Kupas kulit sotong sampai bersih dan cuci bersih ( kalo malas tak payah kupas pun takpe, cuma nanti kuah dia akan jadi pink sikit )
  3. Sumbat beras pulut ke dalam sotong lebih kurang 1/2 badan sotong sebab nanti pulut tu kembang. Jangan terlebih sumbat.
  4. Cucuk kepala sotong dengan lidi atau pencungkil gigi yang belum diguna
  5. Susun kat dalam periuk
  6. Tabur bawang merah, halia dan halba kat atas sotong tadi. 
  7. Masukkan santan dan air
  8. Masak atas api sederhana..kacau perlahan sekali sekala.
  9. Kalau ada lebihan beras pulut tabur dalam kuah bila sotong dah separuh masak atau kelihatan mengembang. Kalo taknak pun takpe. Saya suka sebab kuah dia jadi likat sikit.
  10. Bila kuah dah kelihatan pekat, barulah masukkan garam dan gula. Jangan masukkan garam terlalu awal nanti kuah akan jadi terlebih masin.
  11. Masak lebih kurang 30minit ke 45 minit..atau boleh cucuk sotong dengan garfu untuk pastikan pulut dah betul-betul masak.
  Susun dan campak je semua bahan dalam periuk

Sotong saya tengah berenang dalam lautan santan ;)
Ni la hasilnya..


    Terima kasih kerana sudi singgah sini

    No comments:

    Post a Comment

    LinkWithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...