Bloggers

Wednesday, February 29, 2012

..Wordless Wednesday..

Ape dalam kotak ???

Anak bertuah..baik punya dia duk layan men game dalam box nih..

Terima kasih kerana sudi singgah sini

Tuesday, February 28, 2012

Tetiba nak makan cendol

Tengahari Sabtu pergi pejabat pos, dah settle urusan semua so nak balik la. Tetiba tekak rasa nak makan cendol pulak, perut pun tengah lapar sebab lum lunch. Teringat ada satu gerai cendol kat Glenmarie, so kami pun terjah.. Orang tak ramai masa tu dan mood anak-anak pun baik, jadi kami makan sekali kat situ. Plan asal nak tapau je..

Ni la gerai dia, berhadapan dengan Glenmarie Gardens yang tengah dibina

Adam yang tak menyabar, abang tu baru je letak kat meja dia terus hirup cendol tu..dia ni memang peminat cendol

Bagi saya cendol dia kurang lemak sikit hari tu..

Saya makan mee rebus ni, boleh tahan tapi kuah dio lain sikit, biasa orang letak rempah sup atau air rebusan tulang dalam kuah mee rebus tapi brader ni letak rempah kari sebab kuah dia rasa kari sikit... tak tau la pulak kalo dia tersilap letak rempah kari ke ape..kekeke

Laksa En hubby yang makan, sedap jugak. Tapi still tak leh celen laksa brader yg meniaga kat seberang jalan Tesco extra Shah Alam tu. Sekarang tak tau dia meniaga kat mana, saya suka sangat 100x laksa brader tu..sedih dah tak dapat makan.. :(

Suka dapat makan cendol

Saya tapau rojak dia..boleh tahan jugak la. Lupa nak amik gambar, dah nak habis makan baru ingat..kikiki

P/s : Semuanya berharga RM15 termasuk 2 bungkus rojak yang ditapau..


Terima kasih kerana sudi singgah sini

Monday, February 27, 2012

Bubur Lambuk Untuk Si Kenit

Hari ni saya masak bubur nasi ala ala bubur lambuk untuk Aqil sebab tumis dan letak santan cikit. Biasanya saya masak bubur tak pernah tumis, tapi semenjak dua menjak ni Aqil cam jemu makan bubur nasi, padahal dah bermacam jenis bubur ibu buat. Dari bubur ayam, ikan, ikan bilis, fishball, crab tinggal tak buat bubur sotong ngan udang je untuk Aqil..Ibu mana yang tak risau kalo si anak takmo makan, takut kelaparan pulak nanti. So ibu buat kelainan sikit dan Aqil makan banyak la jugak daripada selalu..

ResePi :

Bahan : Segenggam beras, bawang putih, halia, carrot, daging ayam, setengah suku cawan santan sederhana pekat.

Cara :
  1. Tumis bawang dan halia
  2. Masukkan beras dan air
  3. Bila beras dah kembang masukkan ayam dan sayur ( ikan pun boleh, ape ape jenis sayur pun boleh ).
  4. Apabila sayur dan ayam dah empuk baru masuk santan.
  5. Tambah secubit garam untuk perisa.
  6. Kalau ada daun sup dan bawang goreng tabur je dalam bubur tu.

 Tabur bawang goreng ckit..stok daun sup dah habis kalo letak lagi sedap rasa dia :)

Bila dah blend ckit jadi camni. Aqil lagi suka nasi bubur yang di blend, maybe dia senang nak telan..

Baru makan 2,3 suap dah sibuk minum air :)

Auuummm...yummyyy :)

 Senyum meleret bila dah kenyang

Lepas tu ape lagi, jom lakukan aktiviti wajib setiap hari :)

Bye bye ibu, Aqil dah kat atas ni ;)


P/s : Semua ibu pasti akan lakukan dan masak ape saja untuk si anak asalkan anak tu tak kelaparan.. teringat kat masakan ma saya kat kampung.. :(


Terima kasih kerana sudi singgah sini

Saturday, February 25, 2012

A Thousand Years

Saya suka lagu ni nyanyian Christina Peri..bukan sebab lagu ni OST cite Twilight tu tapi lagu ni memang best bagi saya..tambahan suara penyanyi pun sedap. Dengar banyak kali pun tak bosan..so saya nak abadikan kat belog ni...jom layan



Heart beats fast
Colors and promises
How to be brave
How can I love when I'm afraid to fall
But watching you stand alone
All of my doubt suddenly goes away somehow

One step closer

[Chorus:]
I have died everyday waiting for you
Darling don't be afraid I have loved you
For a thousand years
I'll love you for a thousand more

Time stands still
Beauty in all she is
I will be brave
I will not let anything take away
What's standing in front of me
Every breath
Every hour has come to this

One step closer

[Chorus:]
I have died everyday waiting for you
Darling don't be afraid I have loved you
For a thousand years
I'll love you for a thousand more

And all along I believed I would find you
Time has brought your heart to me
I have loved you for a thousand years
I'll love you for a thousand more

One step closer
One step closer

[Chorus:]
I have died everyday waiting for you
Darling don't be afraid I have loved you
For a thousand years
I'll love you for a thousand more

And all along I believed I would find you
Time has brought your heart to me
I have loved you for a thousand years
I'll love you for a thousand more


P/s : Dedicated this song to all the person that i love...i will love you for a thousand more :)

Terima kasih kerana sudi singgah sini

Friday, February 24, 2012

Resepi : Ketupat sotong untuk suami tercinta

Dah lama En hubby request nak makan, petang tadi baru terlaksana..Dia pernah makan masa duduk rumah sewa dulu, housemate dia orang Terengganu yang masak..sedap katanya. So saya pun tanya resepi kat ma saya..ye la sebab ketupat sotong ni asal dari negeri pantai timur kan..tapi saya memang tak tahu dan tak pernah masak..Makan pun rasanya dah lama sangat kot sebab saya tak ingat rasa dia cemana. Rupa-rupanya Terengganu punya ketupat sotong tak sama ngan Kelate punya stail. Kalo Kelate punya stail warna coklat gitu sebab letak gula merah. Terengganu punya stail warna putih sebab tak letak gula merah. En hubby nak yang Terengganu punya stail..

Godek-godek majalah Rasa tahun lepas sekali ada daaaa resepi..senang dan simple je..jom tengok resepi..

Bahan-bahan : 
  • 5 ekor sotong bersaiz besar
  • 1 cawan beras pulut
  • 1 cawan santan pekat
  • 2 cawan air ( guna cawan yang sama untuk sukat santan )
  • 2 ulas bawang merah
  • 1 inci halia
  • 1 sudu besar halba
  • garam
  • 1 sudu teh gula
  • lidi atau pencungkil gigi


Cara membuat:
  1.  Rendam beras pulut dengan sedikit santan terlebih dahulu selama setengah jam
  2. Kupas kulit sotong sampai bersih dan cuci bersih ( kalo malas tak payah kupas pun takpe, cuma nanti kuah dia akan jadi pink sikit )
  3. Sumbat beras pulut ke dalam sotong lebih kurang 1/2 badan sotong sebab nanti pulut tu kembang. Jangan terlebih sumbat.
  4. Cucuk kepala sotong dengan lidi atau pencungkil gigi yang belum diguna
  5. Susun kat dalam periuk
  6. Tabur bawang merah, halia dan halba kat atas sotong tadi. 
  7. Masukkan santan dan air
  8. Masak atas api sederhana..kacau perlahan sekali sekala.
  9. Kalau ada lebihan beras pulut tabur dalam kuah bila sotong dah separuh masak atau kelihatan mengembang. Kalo taknak pun takpe. Saya suka sebab kuah dia jadi likat sikit.
  10. Bila kuah dah kelihatan pekat, barulah masukkan garam dan gula. Jangan masukkan garam terlalu awal nanti kuah akan jadi terlebih masin.
  11. Masak lebih kurang 30minit ke 45 minit..atau boleh cucuk sotong dengan garfu untuk pastikan pulut dah betul-betul masak.
  Susun dan campak je semua bahan dalam periuk

Sotong saya tengah berenang dalam lautan santan ;)
Ni la hasilnya..


    Terima kasih kerana sudi singgah sini

    Pesanan dari ayah kepada Allahyarham Adik Faris Nur Daniel buat semua ibu bapa...

    Buat kawan-kawan semua.... Antara perkara yang kita boleh jadikan pengajaran dari kisah Allahyarham Faris Nur Daniel...
    1. Bila anak merengek bangun malam, janganlah marah dia. Jangan merungut kenapalah kena bangun malammmmm.. mengantuk.. etc... That might be the last night that he/she does that.
    2. Bila anak mintak mainan atau sesuatu yang kita mampu, kita cubalah berikan. That might be the last time that he/she ask for something.
    3. Bila anak nak susu, berikan dgn penuh kasih sayang... That might be the last day that he/she drinks it. Sama ada susu ibu atau susu formula, dua dua sama je. Pemberian dari ibu/ayah kpd anak.
    4. Bila anak buas dan nakal, sabarlah. That might be the last day that we can see him/her being active.
    5. Bila suapkan anak makan, suaplah dgn penuh kasih sayang... That might be the last food that he/she eats.

    Boottom line is... Hargailah masa anda bersama anak-anak.. Kita tak tahu bila kita atau dia yang akan 'pergi 'dulu..

    P/s : Copy & paste dari laman facebook kawan saya. Salam takziah kepada keluarga arwah adik Faris..semoga dia tenang di sana. Al- fatihah..

    *TEARS* ;(

    Terima kasih kerana sudi singgah sini

    Wednesday, February 22, 2012

    ..Wordless Wednesday..





    P/S : Macam ni la kanak-kanak zaman IT, main game angry bird. Itu belum lagi dapat Ipad dan segala macam tab ape bagai. Zaman kanak-kanak saya main congkak, guli, dekcok dan lain-lain yang mungkin ada sesetengah kanak-kanak zaman sekarang tak tau pun permainan tu.. :)

    Terima kasih kerana sudi singgah sini

    Monday, February 20, 2012

    Minum susu Amnum Materna menyebabkan cirit birit dan sembelit ???

    *google*

    Ada tak sape sape pernah mengalami situasi ni? Sebenarnya situasi tu berlaku kat adik ipar saya kat kampung. Dia preggy 4 bulan sekarang ni. Dia tanya saya pernah minum susu anmum tak? Saya cakap pernah la dan selalu minum sampai sekarang tapi Anmum Lacta sebab breastfeed Aqil..tapi, tak pernah pulak saya cirit birit atau sembelit.

    Katanya mula mula dia minum susu anmum yang putih tu setiap malam, tapi pukul 3 pagi mesti bangun cari toilet sebab sakit perut dan cherry berry..so dia tukar yang perasa coklat. Baru 2 kali minum sembelit la pulak..sebelum dia cuba susu anmum ni dia pernah minum susu Dumil mama kalo tak silap, pun cherry berry jugak. Dah buntu dan takut nak cuba susu lain katanya..dan dia takut jugak kalau kalau boleh effect kat baby..blh effect baby ke???

    Sebelum preggy dia tak pernah la pulak ada masalah kalo minum susu..kesian dia. Bila pergi check up dan tanya nurse..katanya nurse pun jawab tak tahu...saya suggest kat dia suh minum susu biasa je kalo dah semua susu untuk ibu mengandung tak sesuai dengan perut dia..yang penting minum susu.

    p/s : Saya memang suka susu anmum berbanding yang lain sebab tak manis sangat :)

    Terima kasih kerana sudi singgah sini

    Saturday, February 18, 2012

    Taman Botani, Taman Putra Perdana dan Nandos

    Alkisah Ahad lepas boring duk rumah, so decide bawa anak anak jenjalan. Kami ke Putrajaya, dah lama tak ke sana. Last pergi Putrajaya masa bersalin Aqil tapi bukan pergi jenjalan. Oleh kerana gerak dari rumah dah pukul 3ptg so kami hanya sempat pergi Taman Botani dan Taman Putra Perdana. Layan gambar je lah..

     Mula mula ingat nak nek beskal sebab ada 2 beskal yang ada carrier utk budak kecik tapi Adam tak sporting hari tu terpaksa la mak jalan kaki..penat hokey!

    Canopy walk   


    Suka la si kenit dapat tengok air pancut  

    Restoran seafood..  




    Saya tunggu kat bawah ni je, tak larat nak jalan ke kete..semput  

    Lepas tu kami singgah Taman Putra Perdana. Ingat nak bagi Adam main playground tapi ramai sangat la pulak budak budak. Adam ni kalo ramai sangat budak dia jadi pemalu..pelik mak  




    Cantik pemandangan dari atas ni

    Sebelum balik kami singgah makan Nandos kat IOI mall. En Hubby nak belanja sebab saya tak pernah makan nandos, series tak pernah makan..tapi setelah makan saya rasa saya lagi suka Kenny Rogers kot..lagi yummeh..

    Not so brave untuk saya.. 

    Untuk En Hubby  

    Untuk Adam..tapi ibu ngan papa yang kena habiskan 


    Thanks papa sebab bawa kami jenjalan dan makan makan..len kali bawa lagi ye..kita g mandi manda kat Wetland plak. Love u more everyday..mmmuuuaaaaacccchhhhh!!!

    Terima kasih kerana sudi singgah sini

    Saturday, February 11, 2012

    Selamat pengantin baru Rafidah dan Razif

    Pergi kenduri Fida kat Sabak Bernam hari Ahad lepas. Fida ni housemate dan ofismate saya masa keje kat Besi dulu. Sekarang dia dah jadi cikgu kat salah sebuah sekolah kat Sabak Bernam. Dapat suami pun cikgu jugak.. Selamat pengantin baru, semoga kekal ke akhir hayat. Moh kita tengok gambar pengantin.

    pengantin malu malu

    kami bersama pengantin

    adik bermata bulat ni tak lepas lepas keropok udang dari genggaman..sebab nak bagi dia duk diam bagi dia pegang kopok udang yg mmg dihidangkan kat meja, sekali takmo lepas.. sedap sangat ke dik..

    along pulak takmo makan nasi sebab nak makan cendol je..kebetulan ada menu cendol, mmg pebret 
    dia takyah bagi la makanan lain..

    Terima kasih kerana sudi singgah sini

    Saturday, February 4, 2012

    Sunway Lagoon

     3 orang yang excited

     here we come

    kalo suh bergambar dengan maskot jangan harap ler..takotttttt

    terminator

    senyum..ala tomei tomei

     bole rehat rehat kat sini

     kalau malas nak jalan boleh naik buggy ni, RM20 untuk sepanjang hari. Tapi bukan semua tempat dia bawa, takde orang naik pun saya tengok..huhu

     laaa..tido rupanya ingatkan lemas :p


     cam takut takut, dah dapat main air tak hengat donia



     tido lagi dak tecik ni



     puas main air main pasir lak

    Cuti CNY sempat bawa anak anak mandi lolam kat Sunway Lagoon. Suka la Adam dan Aqil dapat main air sampai kecut semua. Ramai juga pengunjung tapi tak la crowded, kebanyakannya pelancong. Tiket untuk dewasa dengan mykad berharga RM75 untuk semua park. Adam ngan Aqil tak payah bayar sebab bawah 90cm. Ada 5 park semuanya iaitu water park, amusement park, wildlife park, extreme park, dan scream park. Tapi sayang tak sempat nak main semua sebab penat dah nak jalan. Kalo g berdua je ngan En hubby baru leh masuk semua park. Tapi yang penting anak anak hepi ibu ngan papa pun hepi..lain kali kita pergi lagi..

    Terima kasih kerana sudi singgah sini

    LinkWithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...