Bloggers

Wednesday, November 13, 2013

Fish and chips dan resepi

Selamat pagi semua..hari ni saya nak citer pasal saya masak fish and chips uollsss..1st time sebenarnya, kecoh je kan saya ni orang lain pun masak fish and chips jugak..hihihi...

Sebenarnya kebetulan je, En hubby g mancing dan ada la 7,8 ekor ikan dia bawa balik..pastu katanya ikan belitung aka dorado tu sedap kalo buat fish and chips..so gigih la saya potong ikan tu dan buang kulit sebab nak amik isi dia je.

Meh tengok bahan bahan dia kat bawah ni..saya share ngan korang resepi dia..yang paling senang dan simple lah..versi saya hokeyyy...
Bahan yang diperlukan ialah isi ikan lah kan..make sure buang sisik, kulit dan tulang dia sekali..ikan yang saya guna ialah belitung aka dorado.. selain dari tu boleh gak guna jenahak dan kerapu.

Isi ikan tu diperap dengan serbuk lada sulah, blackpepper..kalo takmo pedas tak payah bubuh.. dan sedikit garam..

Kemudian amik sebijik telur dan pecahkan dan pukul ckit..untuk mencelup isi ikan tadi..

Bahan terakhir ialah tepung goreng ayam.. atau tepung serbaguna. Oleh kerana takde breadcrumbs kat rumah..makanya saya guna tepung ni je..

Kemudian celupkan isi ikan dalam telur..golek golek ckit bagi telur melekat dan meresap.. Sementara tu boleh la panaskan minyak dalam kuali..pastikan minyak banyak ye..ala ala macam deep fry la

lepastu golek pulak dalam tepung tadi..biar semua isi ikan diliputi tepung..

kemudian ulang balik golek dalam telur dan tepung..bila minyak dah betul betul panas, goreng isi ikan tu sampai masak dan garing..

nampak tak warna dia dah keperangan kan..bila dah masak angkat dan toskan minyak..

tadaaaa..dah siap, boleh dimakan dengan fries, sos dan mayo...fries tu pandai pandai la korang goreng sendiri ye..selamat mencuba


Terima kasih kerana sudi singgah sini

2 comments:

  1. sedappnya... tak perlu dah makan kt kedai...:)
    pekabar?? lama senyap...:)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...