Bloggers

Saturday, March 14, 2009

Akhirnya..bertemu jua

Setelah hampir 6 bulan memendam rindu, akhirnya dapat juga kami bertemu dan melepaskan kerinduan untuk ke sekian kalinya...
Kak Ju dan Bro RK, teman kami dari Singapura telah datang ke KL pada 6-8 Mac yang lalu atas beberapa urusan dan oleh kerana sudah lama tidak bersua muka, maka kami arrange satu pertemuan dengan mereka..



Malam 6hb tu kami semua makan-makan di Restoran Amy Seafood di Taman Equine, Seri Kembangan..kami bawa ikan kerapu yang di pancing oleh hubby beberapa minggu yang lalu.Oleh kerana ikan tu agak besar, jadi masih ada lagi la stok kat dalam peti sejuk kat rumah.Kami suruh restoran tu masak 3 rasa..perrgghh..marvelous...











Ni lauk pauk tambahan selain dari ikan tu..dah tinggal separuh lauk pauknya baru la teringat nak snap gambar...suka betul Kak Ju makan ikan 3 rasa, tomyam dan kerabu kat restoran tu sebab katanya cara masaknya tak sama kalau di Singapura.













Kami borak-borak sampai la jam merangkak dekat pukul 1 pagi..tu pun sbb aku peknen..kalo tak maunya kitorg lepak sampai subuh..hehehehe...macam org bujang je..banyak sangant cerita serta petua2 yang kami nak korek dari abg dan kakak berdua ni..selain dari Kak Ju dan Bro Rk ada juga beberapa orang teman kami yang lain datang malam tu..seperti biasa Kak Leen dan Abg Sham mesti lah ada..pastu 2,3 org teman mancing hubby..







Malam 7hb keesokannya pulak, kami jumpa lagi sebelum Kak Ju dan Bro RK berangkat balik ke Singapura keesokan harinya..kami jumpa kat Sunway Pyramid coz hubby dan Bro RK nak main snuker..
Sementara hubby, Bro RK dan ada 2 lg teman mancing hubby main snuker, kami lepak kat pusat bowling. Kak Leen, Abg Sham, Kak Pah dan Abg Wan menunjukkan bakat masing-masing bermain bowling..aku pun teringin sebenarnya sebab memang dah lama gile tak main bowling..rasanya sejak kawin kami tak pernah main bowling lagi..last main pun tak ingat dah bila...





Lepas habis main bowling kami jalan-jalan sekitar Sunway Pyramid tu sambil snap gambar..dan oleh kerana kebanyakan kedai kat dalam Sunway Pyramid dah tutup jadi kami keluar cari kedai atau restoran yang masih buka untuk beli minuman panas sebab malam tu sejuk sikit..kebetulan ada KFC berdekatan situ jadi kami minum kat KFC je..KFC tu 24j rasanya.





















Kak Ju juga ada bawa kek tapak kuda yang dia baked sendiri..tapi aku lupe nak snap gambo sebab sedap sangat makan kek tu..dah habis baru teringat...nanti la aku order ngan Kak Ju n snap gambar untuk tatapan korang..sedap kek tu..dia letak nutella kat dalam.
Kak Ju mungkin akan datang lagi bulan Ogos nanti..tak sabar nak jumpa Kak Ju dan Abg RK lagi..mungkin kami akan naik KL Tower plak di pertemuan seterusnya..
Terima kasih kerana sudi singgah sini

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...