Bloggers

Monday, October 24, 2011

Homemade Chocolate

Sabtu lepas buat coklat ngan MIL untuk sepupu En hubby, Aina yang bertunang semalam..MIL nak bagi 1 dulang untuk Aina tapi tak tahu nak bagi ape. Saya pun teringat la ada 1 bar dark chocolate compound yang belum buka, saya bagi cadangan buat coklat je lah takde la membazir coklat tu sebab dah nak expired bulan Dec ni. So kitorang beli lagi 1 bar white chocolate compound ngan badam yang telah dicincang keje nak senang je ..

Petang tu bertungkus lumus lah saya ngan MIL buat..almaklumlah ni adalah kali kedua saya buat coklat, terkial-kial jugak la lambat cepatnya..Daripada 2 bar chocolate compound boleh menghasilkan agak banyak jugak coklat mengikut bentuk acuan yang kita suka, boleh la bahagi sikit sorang kat sedara mara semalam..En hubby kata sedap jugak, kalo letak lagi banyak badam atau kacang-kacang lain lagi sedap..

InsyaAllah kalau ada masa boleh buat lagi lain kali..Tak susah pun buat coklat ni yang penting rajin mencuba, MIL pun cakap senang..

Sebahagian daripada coklat...hasil keseluruhan dapat la 2 tupperware aiskrim tu
 Susunan mengikut citarasa MIL saya..ada yang sememeh rupa coklat tu :)
Kotak yang cantik pemberian NIDA sebab saya pinjam mould dia untuk buat coklat ni..
 Coklat saya kat atas dulang  :)

Terima kasih kerana sudi singgah sini

2 comments:

  1. chayok chayok..cantik dah coklat tu. pasni rajin update yer

    ReplyDelete
  2. Hahaha..boleh la nida percubaan kedua. Itu la, nk update selalu dengan si kenit ni hari ni compose, esok masuk gambar lusa baru boleh publish..;)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...