Bloggers

Friday, January 20, 2012

Cucu baru MIL saya

Nama dia Ginger..kesayangan Acu. Dia seekor sugar glider. Baru je menjadi ahli baru dalam keluarga ni 2 minggu lepas. Dah macam zoo dah kat rumah ni, rabbit ada, iguana dan yang terbaru Ginger ni la.
Tapi seronok jugak bela binatang ni, bosan bosan boleh main main ngan diorang. Bagi saya cukup la dengan dua orang hero kesayangan saya, tu pun kadang kadang tak terlayan.

Sugar glider ni tak la susah sangat nak jaga. Dia seekor binatang yang mudah mesra. Senang nak jinakkan dia. Makanan pun simple cuma makan buah-buahan, palet dan sayur. Ada juga orang bagi makan nestum..dah macam baby pulak.

Adam suka main dengan Ginger ni. Kalo bawa Ginger keluar dari sangkar, Adam la yang paling kecoh. Ginger ni sangat aktif pada waktu malam dan lebih banyak tidur pada waktu siang. Memang habit dia macam tu kot.

 Cenonet je Ginger ni tapi kiut

 Tengah makan palet

Pandai pegang makanan dia sendiri

Saya pernah kena gigit sekali masa nak bagi dia makan, mungkin dia nak protect diri dia. Tapi tak sakit sebab gigi dia tak tajam sangat.

Terima kasih kerana sudi singgah sini

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...