Aktiviti memancing ni pada 2 minggu lepas..sesaje bawa anak anak mancing. Sebenarnya En hubby yang terlebih excited nak mancing bukan anak anak mahupun saya..tapi sebab Adam suka tengok ikan so layan je la bawa dua hero ni skali. Ni first time bawa diorang mancing..
Kolam yang kami pergi tu terletak di Rawang, Natural Exotic Fish Fishing Pond nama kolam tu. Ikan ikan kat situ memang exotic dan kebanyakannya susah nak jumpa kat Malaysia. Bayaran dia RM100 per 1 batang joran untuk 4 jam. Umpan boleh beli sendiri atau beli kat kaunter masuk. Ada 3 kolam kat situ di mana ikan ikan dalam setiap kolam berlainan spesis.
Kami gerak dari rumah lepas subuh lebih kurang pukul 6.30, angkut je si kenit yang masih dibuai mimpi..singgah beli sarapan ape bagai so kami sampai kat kolam lebih kurang 7.30 pagi. Dah ada orang mancing masa tu..
Acara memancing bermula, kita pasang umpan dulu. En hubby guna umpan cacing dan cengkerik. Nat test umpan baru. Biasa dia guna umpan anak ikan hidup kalau datang kolam ni.

Sinar pagi yang mendamaikan
Adam sibuk meninjau sekitar kolam
Adik kat dalam stroller je le, kalo dah boleh jalan sure tak duduk diam dak kecik ni
Sekitar kolam, kat tengah tu bukan rumah tapi restoran
Bersih je sekitar kolam ni
Acara memancing bermula, kita pasang umpan dulu. En hubby guna umpan cacing dan cengkerik. Nat test umpan baru. Biasa dia guna umpan anak ikan hidup kalau datang kolam ni.
Jom kita tengok sapa yang kena
Red tail cat fish..Adam duk perati je dari belakang
Adam ralit bermain anak ikan yang akan dijadikan umpan
Mati la ikan tu anak oi sebelum dia jadi umpan duk bawa ke hulu ke hilir
Mangsa seterusnya ikan jelawat, goreng pon sodap ikan ni
Seterusnya keli gergasi, berat lebih kurang 16kg. Tengok pun dah takut, kalo disuruh makan belum tentu saya makan sebab besar sangat
Ni Adang punya pish ( dia memang sebut nama dia Adang).. ada sesetengah huruf dia tak boleh sebut dengan betul yang paling ketara huruf L, R, M terutama kalo huruf huruf tu kat belakang sekali perkataan tu. Contohnya botol akan jadi boton, ball akan jadi bon, Adam akan jadi Adang..
Adik dah ketiduran bertemankan air kotak
Ikan terbesar yang En hubby dapat hari tu dan merupakan rekod terberat sepanjang 3 kali memancing kat kolam ni. Ikan patin gergasi atau plabuk 25 kg, kalau buat patin masak tempoyak agak agak selera ke nak makan???
Tokey kolam tanya '' U ada masuk jackpot x? Kalo u ada masuk boleh menang ikan terberat RM1000.'' Terkejut saya dengar hadiah lumayan juga, tapi En hubby tak masuk jackpot, memancing sekadar suka suka je kat kolam ni.
Setelah 4 jam memancing kami pun berkemas untuk pulang, anak anak pun dah tunjuk perangai masing masing sebab dah bosan dan mengantuk. Dalam kete dua dua hero pengsan sebab penat memancing..
No comments:
Post a Comment