Bloggers

Tuesday, February 28, 2012

Tetiba nak makan cendol

Tengahari Sabtu pergi pejabat pos, dah settle urusan semua so nak balik la. Tetiba tekak rasa nak makan cendol pulak, perut pun tengah lapar sebab lum lunch. Teringat ada satu gerai cendol kat Glenmarie, so kami pun terjah.. Orang tak ramai masa tu dan mood anak-anak pun baik, jadi kami makan sekali kat situ. Plan asal nak tapau je..

Ni la gerai dia, berhadapan dengan Glenmarie Gardens yang tengah dibina

Adam yang tak menyabar, abang tu baru je letak kat meja dia terus hirup cendol tu..dia ni memang peminat cendol

Bagi saya cendol dia kurang lemak sikit hari tu..

Saya makan mee rebus ni, boleh tahan tapi kuah dio lain sikit, biasa orang letak rempah sup atau air rebusan tulang dalam kuah mee rebus tapi brader ni letak rempah kari sebab kuah dia rasa kari sikit... tak tau la pulak kalo dia tersilap letak rempah kari ke ape..kekeke

Laksa En hubby yang makan, sedap jugak. Tapi still tak leh celen laksa brader yg meniaga kat seberang jalan Tesco extra Shah Alam tu. Sekarang tak tau dia meniaga kat mana, saya suka sangat 100x laksa brader tu..sedih dah tak dapat makan.. :(

Suka dapat makan cendol

Saya tapau rojak dia..boleh tahan jugak la. Lupa nak amik gambar, dah nak habis makan baru ingat..kikiki

P/s : Semuanya berharga RM15 termasuk 2 bungkus rojak yang ditapau..


Terima kasih kerana sudi singgah sini

2 comments:

  1. salam..

    terima kasih follow blog saya :). adam dan aqil comel :)

    ReplyDelete
  2. adehhhhh meleleh lak air liur nak makan rojak + cendol...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...