Bloggers

Tuesday, June 12, 2012

Gara-gara air kotak adik jadi mangsa

 mulut bengkak sebelah, hari ni dah surut dah

Ni kejadian petang semalam. Adam yang marah bila dia nampak si adik tengah menyedut air kotak kegemaran dia lalu terus datang merampas air kotak tersebut dan menolak adik menyebabkan adik jatuh tersembam muka dan pecah bibir..barangkali terkacip dengan gigi..menangis la si adik kesakitan dek perbuatan abang..

Adam ni pun memang dah lama saya perati perangai dia.. sangat kemut @ kedekut tang barang-barang dia terutama mainan..bukan setakat dengan orang lain dia tak boleh share dengan adik sendiri pun dia berkira.. Tapi kalau  barang adik selamba je dia buat macam barang sendiri..ye la aku kan abang.. Bila ditanya tak sayang adik ke? Jawabnya sayang tapi tak boleh bagi adik main.. Alahai la anak, bila la kamu boleh beralah sikit dengan adik sendiri..

 Tertidur lepas dapat pengajaran dengan rotan keramat

Sejak adik berumur setahun lebih ni dan dah pandai nak main serta bergurau senda, si abang makin agresif sikit dengan adik, tak macam masa adik masih bayi, dia buat tak tau je..cara bermain pun kadang-kadang sedikit kasar..mungkin dia fikir adik dah boleh main macam dia yang berumur 3 tahun..

Kerap kali jugak saya dan En hubby terangkan kat dia jangan berkasar dengan adik, tapi macam tukul dengan pahat sekali ketuk sekali jalan..bila dia lupa dan leka dia buat balik.. saya pun tak boleh terlalu leka kalau biarkan diorang bermain sama-sama takut insiden-insiden macam ni berlaku.. sejak tu la saya mula menggunakan khidmat rotan keramat ni..bukan rotan betul pun sebenarnya ranting pokok yang saya kutip kat taman depan rumah.. 
 ni la dia rotan keramat tu..hihi

Tujuan menggunakan rotan keramat tu bukanlah untuk mendera anak tapi sekadar bagi pengajaran kalau dia buat perangai yang keterlaluan..sebab kadang tu kalau saya marah atau cakap je dah tak makan saman sangat dah... dia pun dah lali agaknya..tapi sejak guna rotan ni dia beringat sikit..kadang tu saya eksen je macam nak rotan..saya tunjuk je rotan terus dia cakap tak nak atau tak jadi buat benda-benda yang tak sepatutnya dia buat..kadang-kadang nak tergelak jugak tengok karenah anak-anak ni, macam-macam pe'el dan ragam.. makin hari makin mencabar bagi saya dalam menjaga, mendidik dan membesarkan anak-anak..macam mana la agaknya ma dan arwah ayah saya dulu membesarkan dan menjaga 10 orang adik beradik saya yang masing-masing mempunyai karenah sendiri.. :)

Terima kasih kerana sudi singgah sini

6 comments:

  1. Alahai adam...bila tgk dia tertidur rasa kesian plak..sayang adik, jgn buli adik

    ReplyDelete
  2. dulu umah js pun ada rotan ni...tp tak pernah guna pun...just takut2 kan anak2 je...hihi

    ReplyDelete
  3. tgk dia tidur gitu, belas tgk... sayang dear, main dgn adik elok2 yer, xmau buli2 adik yer sayang...

    ReplyDelete
  4. laa..kesian dia erkk.. msti pedih tu..

    ReplyDelete
  5. alahai..cian adik..abang2...kena ajar beralah gak nie..

    ReplyDelete
  6. safiyyah pun macam tu juga. tak nak berkongsi. mungkin sebab sebelum ni dia sorang-sorang je..tak perlu berkongsi dengan sesiapa. jadi tak reti la agaknya nak berkongsi tapi sekarang alhamdulillah dah banyak mengalah dengan adik dia. dah pandai sikit dah kongsi barang dengan shakir

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...