Bloggers

Friday, November 30, 2012

Khasiat teh hijau

Korang suka minum teh hijau tak? Kebaikan teh hijau yang paling basic saya tau adalah untuk membuang toksin dalam badan..sebenarnya banyak lagi khasiat-khasiat dia untuk tubuh badan kita..
Kat Jepun sangat fofular minuman green tea ni..Antara khasiat green tea seperti senarai kat bawah ni :

  1. Mengawal paras gula dalam darah
  2. Membantu menurunkan paras kolesterol dalam badan
  3. Mencegah penyakit Kardiovascular iaitu penyakit jantung dan atreti tersumbat
  4. Menghilangkan stress dan menolong mengendurkan saraf
  5. Mencegah Osteoporosis ( penyakut rapuh tulang atau kereputan )
  6. Bagus untuk pesakit kanser kerana mempunyai antioksida yang tinggi
  7. Mengandungi vit C dan E juga flavonoid yang baik untuk kulit..boleh awet muda gitu jika diamalkan
  8. Meningkatkan sistem imuniti badan
Banyak lagi khasiat teh hijau ni..yang saya senaraikan tu yang saya baca dalam majalah Rapi..saya minum jugak kekadang time breakfast selang-selang dengan kopi..saya minum teh hijau BOH tu..ada macam-macam jenis kat pasaran..boleh pilih ikut selera korang..tapi teh hijau tak sedap kalo buat manis..pada pendapat saya la..saya lagi suka kalo rasa manis dia just ala-ala terasa je..baru nikmat minum green tea..heheh       

Terima kasih kerana sudi singgah sini

Thursday, November 29, 2012

Kart's Pizza untuk minum petang

Adam punya feveret food pizza..mat saleh la kunun kan..1st time beli kart's pizza ni sebab saya malas nak menguli..rasa dia ok la, not bad..sekotak ada dua keping pizza..harga RM belasan ringgit..lupa sudah harganya.. paling malas saya pernah buat pizza untuk Adam guna roti gardenia pastu letak hotdog ngan cheese dan sapu sos sikit..tapi Adam tak suka sangat sebab roti tu jadi keras dan garing bila bakar..pemalas kan ibu Adam..

*google*
Ni lah rupa dia, banyak jual kat pasaraya..saya beli yang chicken mushroom jugak, kalo suka cheese boleh la tambah cheese kat pizza tu sebelum bakar..topping dia selain cheese ialah hot dog, chicken floss dan ada la mushroom sikit..ala-ala terasa je..kalo buat sendiri boleh la letak banyak kan..

close up sikit la..kalo korang nak try sila lah beli kat pasaraya berdekatan..saya suka, haruslah saya beli lagi lepas ni, senang keje ibu xyah nak uli-uli main tepung .. terukkan penyakit malas saya ni..

inilah bodak yang suka makan pizza..

Terima kasih kerana sudi singgah sini

Resepi : Asam Pedas Daging Tetel

Lama sangat dah mengidam nak makan asam pedas tetel ni..sebelum ni pernah makan sekali tapi tak ingat tahun bila, MIL saya beli kat bazar ramadhan.. yang saya tau kat Melaka memang pemes la asam pedas tetel ni.. jangan harap la En Hubby nak bawa saya ke Melaka semata-mata nak makan asam pedas tetel je, ngengada je dia cakap nanti..cari je la kat sini..kalo ada memang dah lama saya gi bedal, masalahnya tak tau kat mana dan restoran mana ada jual..korang tau?

Oleh sebab teringin sangat saya google la resepi..terjumpa satu resepi kat My Resepi .. katanya resepi tu dari jiran dia orang Melaka..dan saya tengok ada orang yang dah cuba resepi ni bagi komen dan diorang cakap sedap..saya pun berkobar-kobar la memasak ikut resepi tu..dan memang sedap la hasil yang saya dapat..puas hati sangat dapat makan..nasib baik tak peknen, kalo tak dah meleleh air liur baby..muehehehe

Ni resepi saya yang mana saya tak ikut sebijik macam resepi kat My Resepi tu..biasa la harus menderhaka jugak..kekadang tu bukan semua bahan ada kat rumah..kalo nak ikut resepi asal boleh klik link My Resepi tu..kepada empunya resepi, terima kasih sebab anda telah bagi resepi yang best..

RESEPI ASAM PEDAS TETEL:

Bahan-bahan :
1/2kg daging tetel - saya potong nipis-nipis dan rebus dulu sampai empuk ( pakai daging biasa pun boleh )
2 senduk cili kering yang telah di blend ( senduk tu saiz sederhana )
2 biji bawang merah besar ( blend)
4-5 ulas bawang putih ( blend )
1/2 inci halia ( blend )
1 inci kunyit hidup ( blend )
1 sudu kecil lada hitam di tumbuk
1 sudu kecil ketumbar ( saya pakai serbuk )
1 sudu kecil jintan jintan putih ( saya pakai serbuk )
1 sudu kecil jintan manis ( saya pakai serbuk )
1 inci lengkuas ( di ketuk )
2 batang serai ( di ketuk )
1 sudu kecil belacan
2 sudu besar kerisik
air asam jawa secukupnya
4 helai daun limau purut
minyak untuk menumis
garam dan gula
daun kesum ( ni saya tambah sendiri )

Cara Membuat :


  1. Rebus daging dan ketepikan
  2. Tumis bahan-bahan yag telah di blender terlebih dahulu sampai garing
  3. Masukkan cili yang telah di blend dan masak sampai pecah minyak
  4. Masukkan belacan, serai, lengkuas, lada hitam, serbuk ketumbar, serbuk jintan putih dan jintan manis.
  5. Tambah air asam jawa secukup rasa..
  6. Biar kuah mendidih baru masukkan daging
  7. Jika kuah terlalu pekat masukkan sedikit lagi air asam jawa atau air rebusan daging
  8. Masukkan kerisik, garam, gula, daun limau purut dan daun kesum..biar sampai masak
  9. Bila dah masak boleh makan dengan nasi panas-panas..terangkat uollsss
Ni asam pedas tetel saya..korang cubalah..sedap tau

Terima kasih kerana sudi singgah sini

Wednesday, November 28, 2012

Eh..aku dah 3 rakaat ke 4 rakaat???????

Anda pernah?  Saya pernah alami situasi macam ni waktu solat..berikut cara-cara yang boleh kita buat untuk mengatasi masalah ni semasa solat.. semoga bermanfaat..



Terima kasih kerana sudi singgah sini

Tuesday, November 27, 2012

1st time menang contest

Walaupun cuma hadiah saguhati je tapi saya sangat bersyukur dan tak sangka saya dapat hadiah saguhati tu.. Dah lama kot hantar borang contest ni, tak silap bulan June..saya pun dah lupa dah..tup-tup semalam ada lori city link depan rumah hantar sekotak barangan Maggi..baru la saya ingat saya join contest tu..terus buka website Nestle nak cek nama saya..memang ada nama saya cuma diorang salah eja nama ayah saya..walau apa pun hadiah dah selamat saya terima..Terima kasih Nestle dan Maggi..

Peraduan ni sempena Hari Gawai..hadiah utama dia set periuk memasak..nama saya kedua last kat list sebelah kanan tu..nama ayah saya bertukar jadi Ahmad lak..

sekotak barangan Maggi

barangan Maggi yang ada dalam kotak tu...boleh buat stok barang dapur, yang best dapat buku resepi dari Maggi

close up ckit..semua pernah guna kecuali perencah nasi goreng, seasoning ngan stok ayam pekat tu..

buku resepi..semua resepi dia ada menggunakan produk Maggi..boleh la cuba nanti..

Saya join contest yang senang-senang je sekadar isi masa lapang..kadang-kadang tu pergi pasaraya ternampak ada borang peraduan saya amik je..kalo POP dah ada kat rumah saya hantar, kalo takde saya simpan saje borang tu buat bungkus nasi lemak..kalo yang nak lengkapkan slogan tu memang tak la..tak reti saya nak reka-reka slogan..hehehe

Terima kasih kerana sudi singgah sini

Wednesday, November 21, 2012

Resepi Laksam Kelantan

Assalamualaikum semua..sihat ker? Lamanya tak bersiaran..mood malas menaip melanda..jadi silent reader je untuk seketika.. bukan apa..kadang-kadang tu baru je nak taip Adam dah mintak nak buka you tube..terpaksa lah ibu mengalah..kalo tak nanti macam-macam aksi dia buat..ponin den...

Ok, back to topik asal..sebenarnya dah lama duk teringin nak makan laksam..biasa kalo beli tu tak puas makan, pastu belum tentu memenuhi selera..so saya cuba buat sendiri..dulu-dulu pernah la buat masa kat kampung dengan di pantau ma saya, tapi dah berkurun kot tak buat..resepi pun terpaksa calling-calling ma untuk ingat balik..takut tersilap kang lain pulok jadinya..tapi senang je sebenarnya, cuma kalo penyakit M je yang menjadikan susah.. Jom tengok resepi

BAHAN - BAHAN : 

Untuk laksam.:
3 cawan tepung beras ( saya guna mug..saiz yang sama jugak untuk sukat air )
1/2 cawan gandum
4 cawan air suam ( saya kukus dulu sekali then tengok texture laksam tu kalo rasa macam keras tambah air sikit dalam tepung, kalo terlembik lak ie terlebih air tambah la tepung.. )

Untuk Kuah : 
10-15 ekor Ikan kembung atau sardin direbus dan ibuang tulang ( untuk 7-8 orang makan )
1/2kg santan pekat
1 inci halia
4 ulas bawang putih
3 labu bawang merah..kalo guna bawang kecil dalam 7-8 biji
1 sudu kecil lada hitam di tumbuk ( serbuk lada hitam pun boleh )
Asam keping
Garam dan gula ( boleh juga guna gula merah )

Ulam :  semua di potong halus
Timun
Kacang panjang
Taugeh
Daun kesom


CARA MEMBUAT : 

Untuk Laksam 
  1. Gaul semua tepung bersama air hingga sebati.
  2. Panaskan air dalam pengukus.
  3. Sapukan sedikit minyak pada tudung periuk supaya tidak melekat semasa menggulung
  4. Sendukkan sedikit adunan dan tuang atas tudung periuk..jangan terlalu nipis dan jangan terlalu tebal
  5. Kukus sampai masak ( sekejap je tak sampai seminit pon )
  6. Bila dah masak jangan terus gulung, biar sejuk sebentar baru digulung..baru lah laksam nampak licin dan cantik
  7. Ulang proses sampai semua adunan  tepung habis ( seeloknya guna beberapa tudung periuk untuk mempercepatkan proses memasak )
  bancuhan tepung

Laksam yang dah siap dikukus..saiz tak sama sebab saya guna dua tudung periuk yang tak sama saiz


Cara membuat kuah :
  1. Kisar isi ikan yang telah dibuang tulang bersama santan, halia, bawang merah, bawang putih dan lada hitam
  2. Masukan ke dalam periuk dan masukkan 2 asam keping
  3. Tambah garam dan gula secukup rasa..
  4. Jika kuah terlalu pekat boleh tambah air atau air rebusan ikan jika belum di buang..tapi jangan terlalu cair
  5. Masak sampai mendidih.
Ni rupa kuah laksam saya..

Untuk sambal yang dimakan bersama laksam : 
3 biji Cili merah di tumbuk bersama sedikit belacan dan garam dan perahkan sedikit limau

Bila dah siap semua boleh lah dihidang dan menjamu selera..laksam ni feveret semua orang kat rumah ni..anak-anak pun suka..berbaloi kalau masak..

ni la rupa laksam saya..jemput makan semua..

Terima kasih kerana sudi singgah sini

Friday, November 9, 2012

Doa Merangsang Keluarga dan Diri menjaga Solat

Salam Jumaat semua..moga semuanya sihat-sihat dan ceria-ceria sebab esok dah weekend.. Lately ni tak menyempat nak update belog..asik keluar je..servis kete la, beli barang la..macam-macam benda nak buat..
Hari ni saya nak kongsi doa untuk merangsang diri sendiri dan keluarga dalam menjaga solat..semoga bermanfaat..



Terima kasih kerana sudi singgah sini

Friday, November 2, 2012

Kembali bersiaran..

Secara langsung dari Alam Budiman, Shah Alam..setelah seminggu lebih kot belog ni menyepi..bukan ape balik dari kampung lepas raya haji tu mood untuk mengapdet blog tertinggal kat kampung..muehehehe..biasa la tak puas balik kampung 4,5 hari..hanya yang berjauhan dengan famili dan dapat jumpa sekali sekala je memahami apa yang saya rasakan..ecehhh.. Namun apa lah yang boleh saya lakukan pon.. redha lah dengan seadanya..banyak tanggungjawab yang harus dilaksanakan.. hidup mesti diteruskan..emm..macam takde kena mengena je..

Semalam dah setel kerja-kerja pengeposan FM Tambun kepada pemilik-pemiliknya..lega sangat sebab hajat dan dilunaskan..semoga FM tu semua selamat sampai kepada tuan-tuan barunya..semoga yang bertuah mendapat FM tu happy dan suka walaupun tak seberapa.. anggaplah sebagai tanda perkenalan kita di alam maya ini.. ^_^

Moh kite tengok gambo yang sempat saya snap masa raya haji hari tu..menu pagi raya tak sempat snap..sebab sedikit kalut pagi tu dengan nak hidangkan juadah, nak g masjid, uruskan budak-budak..lepas tu nak g tengok orang sembelih lembu..layan je la ye..

Ketupat palas yang memang wajib ma saya buat tiap kali hari raya..ada inti serunding 

bakal tumbang.. En hubby, abang dan adik saya masing-masing korban 1 bahagian daripada lembu ni

persediaan untuk menyembelih.. yang pakai baju kuning cair tu tukang sembelih merangkap ayah chik saya..

Bismillahirahmanirrahim.. sampai situ je gambar sembelih lembu sebab saya tukar amik 
video pulak..so takde gambar lepas sembelih..
masa tengah syok-syok rakam video, 
tanpa saya bajet dan sedari tetiba lembu tu angkat kepala dia 
dan hempas ke lantai yang penuh dengan darah..
maka terpercik la darah lembu tu kat baju yang saya pakai..
ape lagi bertempiaran la semua lari..
tu la eksyen nak duduk depan sekali..hamik kau dah terpercik darah lembu..
terus cau cincau la dari situ sebab nak sental darah lembu tu..
darah kalo dah kering jika kena pakaian susah nak tanggal kan..sampai rumah ma saya cepat-cepat saya basuh, nasib hilang kesan darah tu.. gambo pun terlupa nak snap..
korang layan video ni..kalo boleh buka la..saya tak reti nak upload video kat belog.. -_-

Dengar tak suara saya yang cakap.. ehhh..euiii..habisss bajuuuuuuuu..adoooo..habiss bajuuu... 
aaahahaha..nak tergelak pun ada bila tengok balik..gatal sangat gi duduk depan sekali..tu la padahnya..saya pun tak terfikir langsung nak tukar t-shirt ke hape sebelum pegi tu..sebelum-sebelum ni pun kalo tengok orang korban tak pernah lagi duduk depan sekali..huhuhuhu

Aqil dengan paksu nya..kusyuk tengok lembu kena sembelih, pes time dia tengok..mula-mula saya gendong dia kat depan lembu tu la..pastu dia merengek-rengek macam takut, saya pass kat adik saya kat belakang..kalo saya still gendong dia, confirm dengan Aqil sekali terpercik darah lembu..huhuhuhu

Dah setel melapah dan balik rumah acara membahagi daging kepada anak-anak yatim dan jiran-jiran pula.
sambil tu buat persediaan memasak untuk makan tengahari tu dan untuk kenduri akikah esoknya, adik saya buat akikah untuk anak dia baby Raqief Aiman..

Ada bran ke nak makan??? ni abang saya punya kerja, dia bawa balik kepala lembu sebab nak amik otak..dah macam zombi kampung pisang lak makan otak..katanya sedap di masak kerutuk..saya mungkin tak lalu kot nak try..tp kaki lembu yang dimasak sup memang sedap..mabeles lah..

Antara tetamu yang hadir masa kenduri akikah..lauk semua licin..menu gulai darat, sup tulang, kerabu perut, sambal belacan dengan mangga muda, sira labu dan ikan masin..

Keluarga mertu adik saya..besan la tu tengah berborak

orang-orang rumah..

Aqil yang suka mencium baby Aiman..naik rimas dibuatnya..saya pun suka cium baby, bau baby wangi kan..

Raqief Aiman yang semakin membulat..geram betul dengan dia..rindu nak cium dan sembang ngan si kenit ni.. Sehari sebelum saya balik sini dia demam, 
sian dia meragam je sebab dalam mulut dia ada sariawan betul ke eja tu..yang putih putih macam kerak susu tapi ada kat bibir atas bawah, lelangit dan gusi..bawa gi klinik doktor bagi ubat sapu..dua hari jugak lah baru baik demam..sian Aiman..

Emmmm..itu sajalah saya nak cerita pasal balik kampung..saya tak sempat ke mana pun..lokching pun kempunan sebab orang tak meniaga..cuti raya lah katakan..takde rezeki lah kan.. InsyaAllah lain kali jika dipanjangkan umur.. 

Terima kasih kerana sudi singgah sini

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...