Maghrib semalam saya dikejutkan dengan satu sms dari adik ipar saya di kampung tentang bapanya yang telah kembali mengadap Yang Maha Esa. Arwah telah menghembuskan nafas terakhir pada pukul 7 ptg semalam di Hospital Kota Bharu..
Arwah Pakcik Mat Nor dah 3,4 hari masuk hospital sebab dia dah tak tahan menahan sakit kat rumah, dan perut juga semakin membuncit..menurut adik ipar saya, arwah abahnya ada penyakit barah hati, dan doktor sahkan hati dia dah tak function dah..doc cuma tebuk sikit kat perut dia untuk buang air dalam perut..
Kepada Ira, adik ipar ku dan juga adik beradik Ira yang lain..tabah dan redhalah dengan pemergian abah..setiap yang hidup pasti akan mati..sudah sampai masanya abah mengadap Ilahi..doakan semoga rohnya ditempatkan dikalangan mereka yang beriman..
Al Fatihah..
Gambar sehari sebelum arwah meninggal bersama adik ipar adik saya..( sy copy gambar dr fb dia )
Kepada Ira, adik ipar ku dan juga adik beradik Ira yang lain..tabah dan redhalah dengan pemergian abah..setiap yang hidup pasti akan mati..sudah sampai masanya abah mengadap Ilahi..doakan semoga rohnya ditempatkan dikalangan mereka yang beriman..
Al Fatihah..
ye selalu fikirkan benda ini, tetapi selalu juga lupa..
ReplyDeletesama kes, kelmarin kawan abah meninggal lepas asar kat pasaraya Tesco. Baru je jumpa.. tup2 dia dah xde.
Mati.. sesiapa sahaja akan merasai mati, cuma tak tahu bila kan?
mg arwah tenang disana
ReplyDeleteAl-Fatihah buat arwah..moga di tempat kan di kalangan orang2 yg beriman..amin! :)
ReplyDelete