Bloggers

Sunday, February 1, 2009

The Beginning...part II

1 week after dapat tau yang aku pregnant, kitorang pegi checkup kat Klinik Mediviron yang berdekatan untuk pengesahan dan kitorg nak tau usia kandunganku masa tu.
Kebetulan doc yang bertugas hari tu Dr. Sharifah. Dr. Sharifah ni memang kenal dan rapat dengan my mother in law sbb klinik ni memang klinik panel tempat kerja abah.

So Dr Sharifah just tanya last date period aku n dia cek calendar pregnancy.Dr Sharifah kata dah 6 minggu usia kandunganku & dia bagi EDD 24 April 2009...kitorg tak scan sebab masih terlalu awal..Dr. Sharifah ada tekan-tekan perut aku, mayb dia nak cek kedudukan rahim kot..then dia kata rasa macam dah 2 bulan..tapi kalau dah scan boleh tau EDD yang lagi tepat lah.

Dr Sharifah just bagi Asid Folik and aku kena makan 1x sehari untuk pertumbuhan saraf baby...

Peknen dalam bulan Ramadhan ni banyak juga cabaran..and aku pun ada ponteng puasa 3 hri..memang tak larat sangat-sangat..tak lalu makan, rasa loya, pening, muntah..macam-macam rasa ada..tapi aku gagahkan jua demi buah hati dalam rahimku ini dan suami terchenta...

Aku bersyukur sangat-sangat sebab sepanjang aku peknen dalam bulan ramadhan ni aku takde la mengidam yang pelik-pelik sampai menyusahkan En Saiful dan family mertuaku..
Terima kasih kerana sudi singgah sini

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...