Bloggers

Friday, April 13, 2012

Angel hair carbonara cendawan + agar-agar pandan santan tanpa telur

Menu untuk minum petang..Adam request nak makan spageti tapi sebab kat rumah ada angel hair je so jadi la..rupa macam spageti jugak cuma dia halussssss..tapi lepas makan angel hair saya jatuh cinta pulak sebab bagi selera saya angel hair lagi sedap kot dari spageti..rebus pun sekejap je sebab dia halusssssss...

 Nahhh! Angel hair dengan sos yang creamylicious.siap bertambah makan nie..haruslah tak dinner dah malam nih..;)

Agar-agar pandan santan tanpa telur tu saya dah lama teringin nak makan..kenapa tak bubuh telur..sebab MIL saya tak suka agar-agar yang letak telur..so takleh la nak ikut tekak saya sorang je kan..saya tak kisah, letak telur saya bedal tak letak telur pun saya sebat..hehehe..memang peberet kitorang kat rumah ni agar-agar ni..kalau balik kampung pun mesti buat jugak agar-agar ni sebab peberet famili saya kat kampung jugak..tapi saya buat tak berapa lemak sebab tak cukup santan, terpaksa la lebihkan air..takpelah kurang ckit kolestrol kan..kan..kan..:)


En hubby tak dapek la makan semua ni sebab dia sekarang kat Tanjung Pinang, Indonesia..
memenuhi hajat untuk memancing kat sana setelah beberapa bulan sibuk bekerja..
Hati saya tak tenang sebenarnya teringat kat En hubby.. kat Acheh kan gempa sana sini, dia pulak pergi memancing, walaupun lokasi agak jauh dari Kepulauan Sumatera tapi hati saya tetap risau..kejadian gempa tu mungkin boleh menyebabkan tsunami..walaupun amaran tsunami dah ditarik balik tapi saya tetap tak senang hati sebab dia berada kat tengah laut tu selama 5 hari 4 malam.. macam-macam kemungkinan boleh berlaku..saya cuba sibukkan diri buat macam-macam agar tak fikir sangat tapi tetap tak boleh, selagi tak dapat call dari En hubby yang menyatakan dia dah selamat sampai darat selagi tu lah saya macam ni..Semoga Allah SWT melindungi En hubby dan rakan-rakan walau di mana lokasi mereka saat ni.. :(

Terima kasih kerana sudi singgah sini

5 comments:

  1. rajinnya u masak...i rindu nk meroti tapi keadaan sekarang tgh alah tak mampu nk buat.tunggu alah berakhir, skrg dh makin kurang..
    insyaallah husband u selamat.. bykler ikan bawa blk nnti

    ReplyDelete
  2. Pernah buat carbonara, but ended up with nausea, lol. Tak boleh nak berapa terima dengan kuahnya.

    ReplyDelete
  3. suka sesangat agar-agar tu :) semoga semua selamat..insyaAllah

    ReplyDelete
  4. Camna resipi agar2 tu? Nak try sbb xda telur.. Leh la saya mkn.. Salam kenal jugak :)

    ReplyDelete
  5. Nieda : Takpe nieda..skrg rehat dulu dah sihat nanti boleh masak-masak lagi..

    Nisa : yup sesetengah orang tak suka kan carbonara..

    Syaznie : mmg fevret agar2 tu..Insyaallah

    Liza : Insyaallah nanti saya share resepi agar-agar tu

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...