Bloggers

Friday, April 13, 2012

Pak long kembali ke rahmatullah..

Niat nak bawa anak-anak jenjalan sempena cuti pertabalan agung hari Rabu kelmarin terpaksa dilupakan apabila pagi-pagi lagi MIL saya dikejutkan dengan panggilan telefon dari ahli keluarga pak long yang menyatakan keadaan pak long masa tu kritikal..doktor kata cuma tinggal 6-12 jam je lagi..dan dia tak bagi jaminan kalau apa-apa berlaku

Pak long ni bapa saudara sebelah En hubby iaitu abang sulung MIL saya..lepas dapat berita tu MIL saya terus bergegas ke Hospital Klang..Saya masih lagi sibuk menguruskan hal kat rumah, buat sarapan dan masak apa yang patut, karang ada pulak yang kebulur..

Sebenarnya dari minggu lepas lagi pak long kat hospital sebab ada ketumbuhan kat testis dia..sebelum ni pun dia memang ada penyakit kencing manis,boleh dikatakan peringkat teruk jugak la sebab jari kaki dia pun dah tinggal 6 je..2 jari sebelah kaki kiri dan kanan dah kena potong sebab kencing manis..memang kerap la pak long keluar masuk hospital..lepas buat operation testis minggu lepas doktor tak bagi balik sebab keadaan dia tak stabil sampai la ke subuh hari Rabu tu, keadaan dia makin kritikal..

Dalam pukul 11 lebih saya siapkan anak-anak dan suruh adik-adik ipar bersiap untuk ke hospital..kami bertolak dari rumah  lebih kurang pukul 12.45..sebaik melepasi tol RM1 yang menuju ke Klang tu FIL saya telefon En Hubby menyatakan yang pak long dah meninggal..tak sempat nak jumpa pak long buat kali terakhir..kami cuma terlewat beberapa minit..tapi tu lah ajal maut tak menunggu kita..kita hanya merancang..Pak long pergi genap umur dia 53 tahun pada 10 April (kongsi birthday dgn Adam).

Menurut kata doktor yang rawat pak long, masa pak long datang buat rawatan kat hospital tu bulan Januari lepas dia dapat kesan 3 sel kanser kat hati pak long..dalam masa yang sama pak long mengidap penyakit hepatitis A dan C dan hati pak long dah takleh berfungsi secara normal kerana ada jangkitan kuman..jangkitan kuman tu jugak telah merebak ke paru-paru yang menyebabkan dia semakin kritikal..Doktor tak boleh buat rawatan kat ICU sebab katanya boleh menyebabkan keadaan pak long bertambah teruk..So, pagi Rabu tu doktor bagi 2 pilihan kat keluarga pak long samaada untuk guna mesin hayat atau lepaskan pak long pergi..

Sangat susah dan perit untuk buat keputusan tu bagi saya.. memang hati mereka meronta-ronta  tak nak melepaskan pak long pergi kerana pak long satu-satunya suami dan ayah..tapi untuk terus melihat pak long menderita walaupun menggunakan mesin hayat pun mereka tak sanggup kerana doktor juga tak bagi jaminan yang pak long boleh sembuh jika guna mesin hayat tu..akhirnya mereka redha dengan melepaskan pak long pergi..menurut kata MIL saya, pak long menghembuskan nafas terakhirnya dengan tenang sekali disamping anak-anak dan isteri disisi..

Pak long dikebumikan di tanah perkuburan Sementa pada pukul 6.30 petang..semua urusan mandi dan kafan jenazah diuruskan oleh pihak hospital dah jenazah disembahyangkan disurau Sementa..

Semua ahli keluarga merasa kehilangan pak long..MIL saya sampai hari ni nampak murung dan banyak termenung..dia rapat dengan arwah pak long..anak-anak arwah turut menyatakan perasaan ralat sebab mereka tak sempat tunaikan  hasrat pak long untuk tengok mereka kawin sebab sorang pon anak-anak pak long belum kawin..Anak pak long 7 orang..6 perempuan dan 1 lelaki..semasa hayat dia, memang nampak sangat pak long teringin nak tengok anak-anak kawin dan timang cucu..ye lah, MIL saya pun dah 4 orang cucu, lagi pun pak long ni memang suka budak-budak..

Apakan daya Allah lebih menyayangi pak long dari kita..Redhalah dengan ketentuan Allah..kita hanya mampu merancang, Dia yang menentukan..Semoga arwah pak long dicucuri rahmat dan tenang di sana.. Al - fatihah....

Terima kasih kerana sudi singgah sini

2 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...