Bloggers

Sunday, April 1, 2012

Resepi : Roti Pita Ayam - 1st time

Baru je lepas makan roti pita ayam dua keping. Alhamdulillah kenyang, kira dinner sekali la tu.. Kenapa 1st time tajuk entry ni??? Sebab 1st time masak sendiri inti dia.. Sebelum ni kalau teringin beli je yang jual kat pasar malam tu.. Tapi tak puas makan, inti pon sikit je.. Overall untuk pertama kali saya masak ni rasa dia boleh tahan la, still boleh diperbaiki mutu masakan. Kat bawah ni saya share resepi, setelah gugel kat internet saya reka je resepi sendiri mengikut bahan yang ada kat dapur..

Bahan :
1 bungkus roti pita
3 keping daging beger ayam - ayam kat dapur takde part dada terpaksa pakai daging beger
2 ulas bawang putih
1 ulas bawang besar - dadu
sedikit timun - dadu dan buang biji
1 biji tomato - dadu
serbuk lada hitam
serbuk lada sulah
sos tomato
sos cili
serbuk ayam - untuk penambah rasa
garam dan gula secukup rasa
mayonis

Cara membuat :
  1. Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih dan bawang besar sampai kekuningan
  2. Masukkan daging beger tadi, masak sampai empuk daging beger tu
  3. Masukkan sos tomato, sos cili, lada sulah, lada hitam, garam, gula dan serbuk ayam. Agak-agak la secukup rasa semuanya
  4. Masukkan timun dan tomato. Jangan terlalu lama nanti timun lembik sangat . Saya suka timun yang rangup gitu.
  5. Sementara tu boleh panaskan sekejap roti pita dalam oven. Nak pakai kuali atas dapur pon boleh..
  6. Bila inti dah masak boleh la masuk dalam roti pita..
  7. Letak la mayonis le, sos ke ikut selera korang..dan boleh ngap.. ;)
 Saya guna roti pita yang ni

 Inti yang dah masak..kalo guna dada ayam lagi sedap.. daging beger ni ala-ala lembik dan hancur ckit tekstur dia..

 Panaskan dalam oven lebih kurang 3 minit je

Dah siap boleh la ngapppp..puas makan bila masak sendiri ;)

Terima kasih kerana sudi singgah sini

3 comments:

  1. hee..ifa pun selalu masak sendiri je utk my family..=)..skrg je dh xmsk2 nie..haha

    ReplyDelete
  2. masak sendiri boleh letak inti banyak kan.. tak macam kat kedai, inti ciput.. heheh.,,, kebab sangat sedapp.. ngee
    ~

    ReplyDelete
  3. IFA - Rasa puas kan dapat masak untuk famili..nanti kalo ada ms boleh la Ifa masak2 lagi untuk famili..hehe

    Yadz - Mmg masak sendiri boleh letak inti penuh2..tu yg best tu..hehe

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...