Bloggers

Thursday, November 29, 2012

Resepi : Asam Pedas Daging Tetel

Lama sangat dah mengidam nak makan asam pedas tetel ni..sebelum ni pernah makan sekali tapi tak ingat tahun bila, MIL saya beli kat bazar ramadhan.. yang saya tau kat Melaka memang pemes la asam pedas tetel ni.. jangan harap la En Hubby nak bawa saya ke Melaka semata-mata nak makan asam pedas tetel je, ngengada je dia cakap nanti..cari je la kat sini..kalo ada memang dah lama saya gi bedal, masalahnya tak tau kat mana dan restoran mana ada jual..korang tau?

Oleh sebab teringin sangat saya google la resepi..terjumpa satu resepi kat My Resepi .. katanya resepi tu dari jiran dia orang Melaka..dan saya tengok ada orang yang dah cuba resepi ni bagi komen dan diorang cakap sedap..saya pun berkobar-kobar la memasak ikut resepi tu..dan memang sedap la hasil yang saya dapat..puas hati sangat dapat makan..nasib baik tak peknen, kalo tak dah meleleh air liur baby..muehehehe

Ni resepi saya yang mana saya tak ikut sebijik macam resepi kat My Resepi tu..biasa la harus menderhaka jugak..kekadang tu bukan semua bahan ada kat rumah..kalo nak ikut resepi asal boleh klik link My Resepi tu..kepada empunya resepi, terima kasih sebab anda telah bagi resepi yang best..

RESEPI ASAM PEDAS TETEL:

Bahan-bahan :
1/2kg daging tetel - saya potong nipis-nipis dan rebus dulu sampai empuk ( pakai daging biasa pun boleh )
2 senduk cili kering yang telah di blend ( senduk tu saiz sederhana )
2 biji bawang merah besar ( blend)
4-5 ulas bawang putih ( blend )
1/2 inci halia ( blend )
1 inci kunyit hidup ( blend )
1 sudu kecil lada hitam di tumbuk
1 sudu kecil ketumbar ( saya pakai serbuk )
1 sudu kecil jintan jintan putih ( saya pakai serbuk )
1 sudu kecil jintan manis ( saya pakai serbuk )
1 inci lengkuas ( di ketuk )
2 batang serai ( di ketuk )
1 sudu kecil belacan
2 sudu besar kerisik
air asam jawa secukupnya
4 helai daun limau purut
minyak untuk menumis
garam dan gula
daun kesum ( ni saya tambah sendiri )

Cara Membuat :


  1. Rebus daging dan ketepikan
  2. Tumis bahan-bahan yag telah di blender terlebih dahulu sampai garing
  3. Masukkan cili yang telah di blend dan masak sampai pecah minyak
  4. Masukkan belacan, serai, lengkuas, lada hitam, serbuk ketumbar, serbuk jintan putih dan jintan manis.
  5. Tambah air asam jawa secukup rasa..
  6. Biar kuah mendidih baru masukkan daging
  7. Jika kuah terlalu pekat masukkan sedikit lagi air asam jawa atau air rebusan daging
  8. Masukkan kerisik, garam, gula, daun limau purut dan daun kesum..biar sampai masak
  9. Bila dah masak boleh makan dengan nasi panas-panas..terangkat uollsss
Ni asam pedas tetel saya..korang cubalah..sedap tau

Terima kasih kerana sudi singgah sini

5 comments:

  1. ni mkana org melaka kan kak,,dya ari tue lalu melaka setiap warong de jual ni kak but dya x pena try lgik..bese org johor msak tetel msk lemak cmpur dgn nangka je..

    ReplyDelete
  2. nak jugak...memang nampak sedap sangat......

    ReplyDelete
  3. Tak pernah cuba lagi yus.. Ada anak kecik ni serba serbi kena pantas. Smlm sempat gak buatkn humaira karipap. Dh lama dia request

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...