Bloggers

Monday, April 8, 2013

Jenjalan Kemaman lagi

Bulan lepas saya ngan anak-anak mengekor En hubby lagi ke Kemaman.walaupun citer dah basi tapi nk citer gak untuk kenangan...saya duk rumah pun takde buat ape kan, boleh la jenjalan walau cuma sehari je..penat tu penat jugak, tapi sebab kesiankan En hubby yang drive sensorang kami mengekor la sambil temankan dia..kebetulan pulak saya teringin nak makan nasi dagang Terengganu, so sambil menyelam minum air le saya..

Kami bertolak petang dan sampai sebelum maghrib, kali ni kami bermalam kat Hotel Shafura..sebelum ni pun kami pernah bermalam dah kat Shafura ni..hotel dia bersih dan selesa..diuruskan oeh beberapa wanita tempatan..

Harga bilik kat sini paling mahal RM150..

ni bilik yang kami sewa, ape yang dua beradik ni duk tgk saya pun tak pasti..

sebelah depan tu ada kabinet, peti ais dan sinki..

Lepas maghrib kami keluar makan kat restoran yang berdekatan dengan Masjid Geliga..lupe dah nama restoran..

jakun jap tengok ikan

kami makan telur dadar, sotong kicap feberet anak-anak

sup belut..saya mengidam..mantap jugak sup dia

kangkung belacan pun sedap jugak..dah dua kali kami makan kat sini sebenarnya..setiap kali makan try menu yang lain kan..semuanya sedap-sedap..lepas makan kami balik hotel dan rehat..anak-anak seronok la main kejar-kejar kat bilik..masing-masing dah puas tido dalam kete..

esoknya kami sarapan kat gerai ni..berhadapan dengan Shell..tak jauh la dari Shafura

yang bestnya kat sini sebab ada bermacam-macam makanan yang kita boleh pilih untuk breakfast..dari mee, nasi sampai la ke kuih muih..rasa nak makan semua kot..

saya makan nasi berlauk daging..

En hubby makan nasi berlauk ikang..ganu kang.. anak-anak makan nasi lemak ngan telur rebus

ni pun saya makan gak..cuma kuah dia cair ckit..sebenarnya teringin nak makan nasi impit ngan satay, laksam dan pulut ikan kering, tapi segan mak nak makan banyak sebab orang ramai plak tetiba..lg pn perut dah kenyang..

Oleh kerana segan, saya menapau nasi dagang ganu ni bawa balik makan kat bilik..keh keh keh
Lepas sarapan En hubby pegi setelkan keje dia kat KSB..kami melepak je la kat bilik...anak-anak tengok citer katun, ibu kemas ape yang patut sebab kul 12 nak checkout.

Sebelum balik snap gambar pintu masukShafura..keje snap gambar je lah..En hubby pun naik pening dengan karenah bini dia..sebelum balik singgah pasor ikang jap sebab nak beli beras nasi dagang..kami tak benti makan tengahari pun sebab kenyang lagi bekpes dah makan banyak, kami cuma benti kat RNR Genting Sempah untuk isi perut dan buat ape yang patut.

saya minum laicikang je kat situ..lama dah nak minum laicikang..sejuk tekak..

anak-anak makan nasi ayam tapi tak habis pun, En hubby yang habiskan

En hubby makan yong tau fu..teringin kot sebab dah lama tak makan, tapi kurang sedap sebab dia tak letak sos yang hitam tu..tapi habis jugak..

Macam ni lah kalo mengekor En hubby g mana-mana..keje makan je..penat jugak sebenarnya sebab satu hari je kan, tapi saya saje nak temankan dia takde la dia sensorang drive pergi balik ke Kemaman..


Terima kasih kerana sudi singgah sini

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...