Setelah dua hari ma tak sedarkan diri kat hospital akhirnya dia dijemput Ilahi pada pukul 3.40 pg, 20 Julai 2013..sayu sangat hati ni nak terima kenyataan yang ma dah takde lagi..baru je lepas 10 hari arwah abang kembali ke rahmatullah kemudian arwah ma pulak mengikut. Jenazah telah selamat dikebumikan lepas zohor pada hari yang sama. Dah ketentuan Allah kami akan kehilangan 2 ahli keluarga pada Ramadhan tahun ni.. Berat rasanya dugaan yang kami terima kali ni..
Saya tak sempat menjenguk arwah ma kat hospital..Saya sampai kampung tengah malam jumaat tu dalam pukul 12 lebih memandangkan dah lewat kami decide balik rumah dulu dan pagi esoknya baru ke hospital melawat arwah ma..tapi kita hanya merancang kan..baru je terlelap dlm sejam lebih akak ipar saya kejut katanya hospital call bagi tau arwah ma tenat. Kami terus bersiap ke hospital..tapi baru je masuk kereta abang saya call bagi tau yang arwah ma dah meninggal. Nurse yang bertugas malam tu kata jantung arwah ma tiba tiba je berhenti berdegup sebelum sempat kami sampai hospital. Last saya jumpa arwah ma 1 Ramadhan masa nak kebumikan arwah abang.
Menurut doktor arwah ma kena stroke berdarah sebab ada darah beku kat kepala. Mulanya diorg nak operate tapi sb condition ma yang tak stabil diorg tak leh wat pape sampai ma sedar. Tapi Allah lagi sayangkan arwah ma. Allah mempermudahkan segala urusan dan meringankan beban kesakitan yang arwah tanggung.
Walaupun dah 4 hari berlalu saya masih teringat ingat suara arwah dan rasa macam arwah masih ada lg..rasa macam tak percaya semua ni terjadi kat famili saya..setiap kali saya teringat pasti akan mengalir air mata..saya cuba untuk kuat tapi tak boleh..selalunya kalo bosan saya akan call arwah sembang sembang dengan dia..tapi sekarang dah takde sape saya nak call..terasa satu kehilangan yang sangat besar bagi saya yang tak mungkin akan berganti. Dah takde orang nak bebel bebel kat saya, cerita macam macam, ajar saya resepi yang saya tak tau..
Saat saya menaip entry ni pun air mata mengalir lagi tanpa dapat saya sekat..tak tau macam mana nak hadapi hari hari mendatang tanpa seorang ibu..ye walaupun saya dah ada suami tapi bagi saya kehadiran seorang ibu tetap penting dalam kehidupan..dia lah idola dan guru saya sejak dari hari pertama saya lahir ke dunia..dia lah penghibur di kala duka..peneman di kala sepi, pembimbing di kala saya tak tau..sekarang semua tu dah takde.
Ya Allah kuatkan lah hati dan imanku untuk menghadapi dugaan Mu dan hari hari mendatang tanpa ma lagi..berikan lah hamba Mu ini ketabahan..kasihanilah aku Ya Allah..hanya kepada Mu aku bermohon dan meminta pertolongan.
Al fatihah untuk arwah ma dan arwah abang zamri..semoga roh mereka ditempatkan di kalangan orang orang yang beriman. Amin
Salam yus,
ReplyDeleteSemoga tabah...menangislah sahabat jika itu mampu untuk melepaskan sebak di dada. I doakan semoga semangat u cepat pulih. Kasih ibu tiada gantinya...
Salam takziah...
ReplyDeleteSedih nya
Semoga terus tabah
Berat mata memandang, berat lagi bahu yg pikul
Dugaan Allah... Moga redha menerimanya...
Takziah.. moga nida tabah.. Allah.menguji hambaNya yg kuat..
ReplyDeleteTAKZIAH...SEMOGA TABAH...
ReplyDeletesalam takziah
ReplyDeleteAssalam Nida,
ReplyDeletesalam takziah buat nida & family ya..
alahai sedihnya akak baca..redha dan sabar ya dik..
Ya Allah! berat nya dugaan...
ReplyDeleteklu sy pun tak tahu nak menghadapi hari mendatang mcm mana..
banyak kan sabar ye Nida.. salam Takziah. Moga Arwah mak & abg Nida ditempatkan dikalangan org yg beriman...amin!
Salam Takziah...semoga diberi kekuatan untuk meneruskan hari hari mendatang..percayalah bahawa masa itu akan menjadi penawar..:)
ReplyDelete