Bloggers

Thursday, July 18, 2013

Rakan blogger tolong doakan ma saya cepat sembuh

Subuh tadi saya terima call dari anak buah di kampung, katanya ma saya tak sedarkan diri. Abang saya kejut ma saya lebih kurang pukul 4.30 pagi untuk bangun sahur tapi dia dah tak sedar masa tu.

So terus bawa ma ke Hospital Kota Bharu bahagian emergency. Doktor bagi oksigen untuk bantuan pernafasan. Hasil ujian x ray dan scan, doktor kata ada jangkitan kuman pada paru paru ma dan darah beku kat kepala.

Mulanya doktor kata mungkin kena operate tapi bila diorang cek betul betul darah beku tu berada di luar tengkorak, so buat masa sekarang ni doktor kata tak perlu untuk operate. Doktor akan masukkan ubat je .

Pukul 1 tadi ma saya dah dipindahkan ke wad tapi masih lagi belum sedar. Kepada rakan rakan blogger yang membaca entry ni mohon mendoakan yang terbaik untuk ma saya dan doakan semoga dia cepat sembuh..

Ya Allah, kau ampunilah segala dosa dosa ibuku..ringankan lah beban dan kesakitan yang di alaminya, permudahkanlah segala urusan dan berikanlah kesembuhan daripada sakit yang dihidapinya.. Aminnn


Terima kasih kerana sudi singgah sini

5 comments:

  1. InsyaAllah, semoga d permudahkanNYA utk sembuh, amin...

    ReplyDelete
  2. semoga ma awak cepat sembuh. amin

    ReplyDelete
  3. semuga ma nida, cepat sembuh ..
    take care dear ..akak doakan ya ..:)

    ReplyDelete
  4. macam mana keadaan ma awak hari ni?
    saya doakan moga cepat sembuh dan mudahkan segala urusan
    rawatan..sabar ea

    ReplyDelete
  5. Ya Allah..moga Ma Nida cepat sembuh ya..banyakkan doa di bulan Mulia ini.insyaAllah DIA maha mendengar...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...