Bloggers

Friday, March 2, 2012

Jatuh bangun adat bermain

Semalam kasi can Adam main kat playground..Kenapa kasi can, macam tak pernah bagi si Adam ni main playground lak. Bukan tak pernah tapi jarang la bawa dia ke playground padahal kat depan rumah ni je bukannya jauh, tapi sebab dia ni kalo dah dapat main takmo balik, pujuk lah cemana pun mesti akan disudahi dengan melalak, menjerit, meraung sampai satu taman boleh dengar dan terpaksa seret atau gendong balik ke rumah..kalo boleh tak nak la buat dia camtu kan. Kena tengok mood kalo nak bawa dia ke playground..bukan mood saya tapi mood dia. Kekadang tu terpaksa bodek bawa pi kedai beli eskrem ke, coklat ke baru dia nak masuk rumah..letih jugak kalo tiap hari camtu, boleh bankrup mak nak..

Dan semalam as expected perkara macam saya cerita kat atas tu berlaku tapi saya tak sempat gendong dia dah cabut lari..maka berlakulah adegan kejar mengejar kat playground..berpeluh jugak ketiak dah lama tak jogging..last last dia jatuh..tapi saya tak pulak tergerak hati nak cek ada luka ke hape, terus gendong bawa balik rumah..sampai lah time nak mandi dia melalak takmo mandi, sakit katanya..
pelik  mak..baru la nak tunjuk ada luka..ishhhh, kata anak jantan luka sikit pun takut mandi..mula la berdrama, nangis bagai..

Terpaksa la ibu balut camni sebab tak nak bagi kena air kononnya..

 Luka yang tak seberapa

Muka tahan pedih masa ibu sapu ubat..

Saya sapu aloe vera, memang cepat kering luka tapi pedih ckit laaa

Banyak kegunaan dia, dan memang berkesan terutama kalo kena air atau minyak panas, tak melepuh kulit dan cepat baik..

Itu baru sikit, kalo luka besar tak tau la cemane reaksi Adam. Dia ni memang manja sikit, sejak ada adik ni lagi la, nak perhatian dan manja lebih. Biasa la perasaan jeles dengan adik bercampur baur..kalo orang tanya sayang adik ke tak mesti dia jawab tak, tapi bila tengok adik takde depan mata sibuk mencari..tapi dari segi perbuatan boleh nampak dia sayang adik tapi malu nak cakap..:)

P/S : Ada ke abang yang tak sayang adik???

Terima kasih kerana sudi singgah sini

1 comment:

  1. orang kata tak sah kalau anak lelaki tak lebam/luka :D

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...