Bloggers

Monday, October 1, 2012

Khasiat minyak zaitun

Terbaca ni kat majalah rapi bulan berapa entah..rasa nak share pulak kat sini..sharring is caring kan..kat rumah ni FIL saya memang amalkan minyak zaitun dalam masakan dia..bukan dia masak lah tapi semua makanan untuk dia kena masak guna minyak zaitun sebab sebelum ni dia ada masalah jantung..dia guna virgin olive oil sejak tu..kami-kami guna minyak biasa je ler, bangkrupsi kalo semua nak makan olive oil..huhu

Terdapat 3 jenis minyak zaitun : 

1. Extra virgin Olive oil
Merupakan minyak zaitun paling murni dengan kadar keasidan 0.5-1 peratus. Warnanya kehijau-hijauan dan sesuai dijadikan sos salad

2. Virgin Olive Oil
Kandungan asidnya sekitar 4 peratus. Ia berwarna hijau kekuningan. Biasa digunakan sebagai campuran masakan atau hidangan tumisan.

3. Olive oil
Minyak zaitun jenis ini mengandungi tahap keasidan melebihi 4 peratus. Berwarna kekuningan dan biasa diguna sebagai pengganti minyak untuk menggoreng dalam masakan itali

Penyembuh Pelbagai Penyakit


Jeruk zaitun mungkin hanya terkenal di Eropah dan Timur Tengah sahaja, tetapi hasil minyak daripada buah zaitun terkenal di seluruh dunia. Di Itali, minyak zaitun digunakan secara meluas dalam pasta, piza dan aneka masakan lain.

Namun bukan hanya untuk masak-memasak sahaja menyebabkan buah purba ni begitu digemari. Sejak berzaman ramai yang percaya bahawa buah ini merupakan ubat kepada pelbagai jenis penyakit.

Sejauh manakah khasiat sebenar minyak zaitun? Hasil kajian yang dijalankan oleh Ketua Jabatan Epideminologi, Universiti Harvard, Dr. Dimitnios Tnichopoulos menunjukkan bahawa penggunaan minyak zaitun dalam jumlah yang besar dapat menurunkan risiko kanser payudara sehingga 50 peratus.


Semoga ianya bermanfaat untuk kita semua..lepas ni boleh la amalkan olive oil..pada pengalaman saya, saya pernah amalkan sapu minyak zaitun pada perut sewaktu awal pregnant smpi dekat bersalin, dan Alhamdulillah kurang strech mark yang timbul..bukan takde ye tapi tak nampak sangat la..guna yang brand Safi jer.. -__-

Terima kasih kerana sudi singgah sini

3 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...