Bloggers

Thursday, October 25, 2012

Jom balik kampung

Masa entry ni di published saya sedang dalam perjalanan pulang ke kampung..saja buat entry auto published supaya belog ni tak la sunyi sepi kan..tak sabar sangat rasanya nak balik ke kampung jumpa ore kapung da famili tercinta yang sangat-sangat di rindui..lama dah tak balik, last balik bulan 6 masa cuti sekolah..

Rindu dengan semua yang ada di kampung terutama ma tercinta..abang - abang, kakak, adik - adik, anak-anak saudara, pakcik, makcik, jiran-jiran, ayam itik, kucing, masakan ma, jenjalan kat pasar borong, jenjalan kb mall, lokching dan macam-macam lagilah.. banyak nya benda yang saya duk fikirkan nak buat masa balik kampung ni..tapi saya tau masa mesti cemburukan saya.. kalau balik setakat 4,5 hari tu apalah yang boleh di buat pun..berborak saja dah amik masa tiap-tiap hari..banyak benda yang nak di borakkan kalo dah kumpul semua kan..hehehe..

Apa-apa pun doakan kami sekeluarga selamat sampai ke destinasi..korang balik kampung ke Aidiladha ni??
Untuk yang balik kampung tu pandulah kenderaan anda dengan berhemah..biar lambat asal selamat.. kepada jemaah-jemaaj haji..selamat menunaikan fardhu haji..semoga mendapat haji yang mabrur dan selamat kembali ke pangkuan keluarga masing-masing nanti..saya akhiri entry ni dengan ucapan Selamat Hari Raya AidilAdha..maaf zahir dan batin.. (^_^)




Terima kasih kerana sudi singgah sini

4 comments:

  1. salam aidiladha nida...moga selamat sampai ke destinasi..

    ReplyDelete
  2. Selamat Hari raya Aidil Adha...

    ReplyDelete
  3. selamat hari raya!!! elok2 ler. selamat balik kampung jugak :)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...