Bloggers

Thursday, October 25, 2012

Jom balik kampung

Masa entry ni di published saya sedang dalam perjalanan pulang ke kampung..saja buat entry auto published supaya belog ni tak la sunyi sepi kan..tak sabar sangat rasanya nak balik ke kampung jumpa ore kapung da famili tercinta yang sangat-sangat di rindui..lama dah tak balik, last balik bulan 6 masa cuti sekolah..

Rindu dengan semua yang ada di kampung terutama ma tercinta..abang - abang, kakak, adik - adik, anak-anak saudara, pakcik, makcik, jiran-jiran, ayam itik, kucing, masakan ma, jenjalan kat pasar borong, jenjalan kb mall, lokching dan macam-macam lagilah.. banyak nya benda yang saya duk fikirkan nak buat masa balik kampung ni..tapi saya tau masa mesti cemburukan saya.. kalau balik setakat 4,5 hari tu apalah yang boleh di buat pun..berborak saja dah amik masa tiap-tiap hari..banyak benda yang nak di borakkan kalo dah kumpul semua kan..hehehe..

Apa-apa pun doakan kami sekeluarga selamat sampai ke destinasi..korang balik kampung ke Aidiladha ni??
Untuk yang balik kampung tu pandulah kenderaan anda dengan berhemah..biar lambat asal selamat.. kepada jemaah-jemaaj haji..selamat menunaikan fardhu haji..semoga mendapat haji yang mabrur dan selamat kembali ke pangkuan keluarga masing-masing nanti..saya akhiri entry ni dengan ucapan Selamat Hari Raya AidilAdha..maaf zahir dan batin.. (^_^)




Terima kasih kerana sudi singgah sini

Wednesday, October 24, 2012

Perhatian kepada pengguna produk Acai beri



Sape ada makan produk acai beri ni..sila take note ye semua..Ni keratan surat khabar Metro hari ni.. Dah dua kali keluar berita pasal produk pelansing Acai beri ni.. Minggu lepas kalo tak silap paper Metro hari Jumaat 19.10.12.

MIL saya pun makan sebenarnya acai beri ni..dan dia baru je beli botol ke tiga minggu lepas.. baru je makan 2,3 biji..sayang je..sebab bila dah keluar berita ni, tak berani la dah nak makan..berani mati betul kalo teruskan makan jugak kan..

Tapi produk ni betul-betul berkesan ke? Masa MIL saya start makan tu, bulan puasa..turun jugak berat dia 2,3 kilo..sekarang dia kata macam takde turun dah..just maintain je.. Ada jugak member-member saya yang makan..diorang kata biasa la produk yang berkesan biasanya memang mengandungi bahan berbahaya..gilo ko apo..tak sanggup la den..biar la gemuk pun daripada membahayakan kesihatan..lebih baik diet secara sihat ngan excercise..rasanya itu lagi elok kot daripada makan produk yang ada bahan berbahaya kan.. tepuk dada tanya hati.. (^_^)

Terima kasih kerana sudi singgah sini

Kelebihan berpuasa pada Hari Arafah


P/S : Hari Arafah pada tahun ini iaitu 9 Zulhijjah 1433 jatuh pada esok hari bersamaan 25 Oktober 2012..

Terima kasih kerana sudi singgah sini

Tuesday, October 23, 2012

7 produk sejuk beku import ada DNA babi


Kepada peminat makanan sejuk beku tu hati-hati semasa membeli..saya selalu jugak beli jejari ketam tu..biasa beli yang brand KAMI.. kalau masuk dalam mi sup ke sedap tuh jejari ketam.. (^-^)

Terima kasih kerana sudi singgah sini

Monday, October 22, 2012

FM Tambun menjadi milik...

Seperti yang di janjikan saya akan umumkan nama pemilik - pemilik FM Tambun yang saya cari.. Kat bawah ni senarai antara yang berminat untuk jadi pemilik FM FM tu..


  1. Wak Gelas
  2. http:// onlinedotbiz.blogspot.com
  3. http://azuecollection.blogspot.com
  4. http://lizayati.blogspot.com
  5. http://www.gadisbunga.com
  6. http://miaduniaku.blogspot.com
  7. http://alizahsain.blogspot.com
  8. Mrs JemariSuri@Mama Qisha
  9. http://winwinkwinky.blogspot.com
  10. http://ihaveasweetsmile.blogspot.com
  11. http://www.mummycute.com
Hasil cabutan yang di buat oleh Adam dan Aqil semalam, so FM Tambun tu bakal menjadi milik..

cabut undi ngan kertas je..ngeh ngeh ngeh
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

5. http://www.gadisbunga.com

10. http://ihaveasweetsmile.blogspot.com

11. http://www.mummycute.com


Tahniah kepada yang bertuah..Kepada pemilik-pemilik FM Tambun di atas..sila bagi nama, alamat dan no fon korang untuk proses pengeposan FM tu..boleh komen kat sini atau emel ke nidamohd00@gmail.com 
InsyaAllah ada rezeki saya akan bagi hadiah lain plak kat korang semer di masa akan datang..bukan apa, sebagai tanda perhargaan sebab korang sudi singgah dan baca repekan saya kat belog yang tak seberapa ni..


Terima kasih kerana sudi singgah sini

Sunday, October 21, 2012

The Red Warriors menang lagi..yeayyyy !!

Alhamdulillah, akhirnya Piala Malaysia tahun ni milik pasukan Kelantan lagi.. dan sekaligus pasukan Kelantan menang treble tiga piala.. sukeeee sangat...Tahniah kepada semua pemain dan penyokong serta rakyat Kelantan..tak sia-sia penyokong-penyokong Kelantan yang datang dari jauh untuk bagi support dan tengok game nih..

Buat pasukan ATM..syabas walaupun tak dapat jadi juara, tapi tetap pulang bermaruah..mungkin rezeki tak berpihak pada pasukan ATM..cuba lagi di musim akan datang..apa-apa pun game final ni tebaik dari dua-dua pasukan..

Sambil tengok bola tadi duk baca gak komen saing-saing kat FB..ada yang suka, ada yang marah, ada yang menyumpah-nyumpah..macam-macam ragam peminat bola sepak ni..pastu ada yang siap buat video lagi khas untuk pasukan The Red Warriors..layan video kat bawah ni..



Tahniah sekali lagi untuk TRW dan ATM..jumpa lagi di musim akan datang... sep kito jange pecohh..
Gomo Kelate Gomo !! (^_^)


Terima kasih kerana sudi singgah sini

Saturday, October 20, 2012

All the best The Red Warrior

*google*

Tinggal beberapa jam je lagi pasukan The Red Warrior akan bertembung dengan team ATM untuk merebut Piala Malaysia..masa on the way ke Carrefour tadi ternampak penyokong-penyokong pasukan TRW sudah mula membanjiri kawasan Stadium Melawati..ada yang datang naik kereta, naik lori, yang naik bas ekspress pun ada..siap dengan bendera dan jersey lagi..punya lah semangat diorang ni..sanggup datang dari jauh..walaupun saya ni duduk tak jauh dari stadium tapi tak lalu la nk bersesak- sesak kat stadium kan..baik tengok kat umah je sambil makan twistiew..lagi best..tapi walau apa pun saya sudah tentulah menyokong pasukan Kelantan..hehe..mudah-mudah rezeki berpihak pada pasukan TRW..tapi kalah menang adat bertanding kan.. InsyaAllah kalau ada rezeki TRW bakal menjulang Piala Malaysia lagi sekali...gomo kelate gomo (^_^)

Terima kasih kerana sudi singgah sini

Friday, October 19, 2012

Lagi inovasi kreatif menggunakan botol

Sape suka beli freshmilk dalam botol yang besar tu..saya selalu beli yang kotak je.. lepas ni boleh recyle balik botol tu jadi penyodok mini atau bekas simpan barang macam kat bawah..

Kreatif tak..kalo saya mesti tak terfikir pon nak potong dan jadikan penyodok macam tu..

kreatif kan ^_^



Terima kasih kerana sudi singgah sini

Sape nak FM Tambun ????

Okeyhhh..seperti yang dijanjikan saya mencari pemilik-pemilik kepada fridge magnet yang saya beli masa g jenjalan kat Tambun dan Ipoh baru-baru ni.. So sesape nak FM tu sila tinggalkan komen dan link belog korang kat petak komen di entry ni..dan korang mestilah follower belog saya..hihihihi

Pemilik-pemilik FM tu akan di pilih berdasarkan oleh cabutan undi yang akan di cabut oleh Adam dan Aqil..Sebab kan FM tu ada tiga so ada tiga pemilik yang saya cari..so sapekah yang bertuah ittew..tungguuu.. 


Pencarian pemilik FM ni akan berakhir pada hari Jumaat bersamaan 19.10.12 pukul 6 petang.. Keputusannya akan diumumkan InsyaAllah Isnin depan..harap maklum..

Terima kasih kerana sudi singgah sini

15 Tips untuk murah rezeki oleh Ustzh Siti Nor Bahyah


Salam Jumaat semua..lambat sikit bersiaran hari ni..saya nak kongsi tips dari Ustzh Siti Nor Bahyah..
Semoga bermanfaat untuk kita semua dan bertambah murah rezeki untuk terus beribadat kepada Allah swt..
Aminnnn

Terima kasih kerana sudi singgah sini

Thursday, October 18, 2012

KL Burger Bakar Di Bukit Jelutong

Sape dah try KL beger bakar ni..hehehe...saya baru berkesempatan Jumaat lepas..sebenarnya dari bulan lepas dah tau KL beger bakar ada buka cawangan kat Bukit Jelutong..masa tu kebetulan gi beli barang kat My Mydin, ternampak gerai diorang kat sebelah kedai stationary apa tah namanya..tapi tak buka masa tu sebab siang kan..so tengok diorang ada letak no fon untuk order..

Jumaat lepas dah plan awal-awal la nak try beger tu sebab malam tu nak g beli barang kat Mydin kan, so dalam kul 6 petang camtu saya try call untuk order..lega sebab diorang pick up menandakan diorang dah buka kedai lah kan..bukan apa sebab saya tak tau diorang start pukul berapa..saya janji nak amik kul 9 mlm.. tepat seperti yang diorang janjikan pukul 9 diorang sms bagi tau beger dah siap..saya masa tu memang dah on the way nak g amik lah..

Nih berger yang saya order..nama dia KL Gangster, harga RM 7 tapi sebab saya tambah cheese so kena tambah RM1..rasa dia boleh tahan la..daging pun tebal..nama yang paling tak leh tahan tu..nasib baik lepas makan tak jadi gangster..hihihi..

Lagi satu saya order nama dia KL Menjerit..tapi gambar sudah rosak daaa..ni lah yang selalu menjadi kemarahan saya kalo amik gambar ngan henset..tetiba gambar tu takleh tengok, bengang tau..hurmmm...back to citer pasal beger..yang ni dia ada letak udang sekor dan telur..harga dia RM9 + RM 1 sebab letak cheese..bagi saya, saya lagi suka rasa daging beger KL Gangster berbanding dengan KL Menjerit..tak tau lah tekak korang kan..untuk tau korang kena cubalah..En hubby pulak kata biasa je, takde yang special pun..dia kata tak rasa macam makan beger, sebab macam lain ckit katanya..habis rasa macam makan ape b..makan nasi ????? En hubby ni memang tak berapa minat kalo beger-beger ni..so tak leh mintak pendapat sangat dari dia, jangan marah ye b...muehehehe

Selain dari Bukit Jelutong ada banyak lagi cawangan yang diorang dah buka sekitar KL dan Selangor ni..Kalo korang nak tengok senarai cawangan dan menu yang ada boleh klik sini . Sesape yang tinggal berdekatan dengan Bukit Jelutong kalo nak order awal boleh call no ni 0137555181
So tak payah la nak tunggu diorang masak dan beratur lama-lama kan untuk beli beger..

Terima kasih kerana sudi singgah sini

Wednesday, October 17, 2012

Wordless Wednesday : Model RayBan tak berbayar

Si abang

Si Adik

Korang rasa sape yang lagi berbakat..muehehehehe


Terima kasih kerana sudi singgah sini

Tuesday, October 16, 2012

Cuti-cuti Ipoh dan Lost World Of Tambun III

Hari Ahad tu sebelum bertolak ke Tambun kami breakfast dulu di coffee house hotel tu..anak-anak dah jiwa kacau pagi tu..tak nak makan sebab masing-masing dah teruja nak mandi kolam..kebetulan swimming pool pulak kat sebelah coffee house tu je, jadi saya dengan En hubby terpaksa tahan telinga la sambil makan sebab Adam asyik cakap nak mandi kolam je..adooiii la..tampo kang, baru diam seribu bahasa..

Kami makan agak banyak jugak la, sebab nanti nak berendam dan main air..pastinya perut cepat laparkan..so tak payah breakfast secara segan-segangan lah..En hubby makan nasi lemak sepinggan..saya pulak cedok mi goreng, nasi goreng ngan baked bean sekali..hehehehe



Sosej dengan hashbrown kononnya amik untuk anak-anak tapi saya terpaksa habiskan sebab diorang takmo makan.. duk hancur-hancurkan makanan tu..meja pun dah bersepah masa tu..mogok la mengkome ye..

Murtabak ala roti canai yang konon-konon Adam nak makan..tapi sepotong pon tak habis dia makan..last-last En hubby yang habiskan..

Roti ni Adam ngengada mintak..katanya nak roti ngan peanut butter..pastu langsung dia tak jamah..hangin jugak lah sebab saya ngan En hubby terpaksa makan sekeping sorang..tak nak la membazir makanan, kalo kat Palestin konfem berebut -rebut nak kan roti ni..

Yang ni saya yang teringin nak makan..tergoda pulak tengok ada bread and butter puding dengan sos vanila kat situ..not bad la rasa dia..

Lepas dah sarapan kami naik kemas beg dan bersiap untuk checkout..masa tu dah hampir pukul 10..oleh sebab ada beberapa orang tengah check out..kami santai-santai la jap sambil amik gambar..

Sampai-sampai je Adam la orang yang paling teruja..sengih je sampai telinga sambil mulut benyanyi-nyanyi ''mandi kolam..mandi kolam..'' 

Gambar Lost World Hotel dari car park..lain kali datang duduk sini lah pulak..jalan kaki je masuk theme park..

Posing dulu dengan kucing gergasi ni..

En hubby beratur untuk tiket masuk..harga tiket dewasa RM45..budak-budak lak RM38.. Adam dah lebih 90cm, so kena beli la tiket untuk dia..

Sementara papa beli tiket masuk ada sorang budak duk termenung..pikir masa depan ke dik oi..hihihi

Masuk-masuk je terus terjerit jerit si kenit..dari jauh dah nampak air..tak sabar la nak terjun dalam kolam tu..sebab kan kami datang awal, so orang tak ramai lagi dan lengang je kawasan kolam tu..

Orang tak ramai sangat lagi..bagi saya Tambun ni tak se crowded macam Sunway Lagoon..mungkin sebab Tambun ni thema park dia kecik je kan dan bukan berdekatan dengan kawasan pelancongan, so pelancong pun tak ramai..kebanyakan yang datang memang orang tempatan

Apa lagi..moh le kite mandi sampai kecut..ngeh ngeh ngeh

Takde orang pun..Adam suka la sebab dia yang konker gelongsor tu sensorang..

Bila orang tak crowded, tak la risau  sangat kalau Adam main gelengsor dan lain-lain permainan sendiri..takde la nak tolak tolak atau berebutkan..


Bila dah kecut ckit, benti rehat jap..bagi deme ni makan eskrem ngan pop corn..buat alas perut je sebab pagi takmo bekpes kan..kang nak nunggu lunch kebulur pulak deme ni..huhu

Memang lengang lah Lost World of Tambun ni..udah nama pun lost world so orang tak jumpa la kot..tapi seronok gak orang tak ramai kan..kalo crowded sangat nak mandi pun tak selesa..

Tapi budak kecik ni tetap gak termenung..tak tau la apa masalah negara yang dihadapi..idak la pulak di kaborkan ke teman...

Posing dulu..peace Aqil style..letak tangan dekat telinga..huhuhu

Adam memang enjoy himself lah hari tu..semua dia nak cuba..biasa dia ni malu-nalu kucing sikit..mungkin sebab orang tak ramai dia jadi berani..

Seronok tengok dia seronok dan happy..


Lepas lunch nasi ayam, kami naik mini train yang bawa pusing-pusing sekitar tu..ada petting zoo kat dalam tu..jalan kaki pun boleh dan lagi best sebenarnya tapi sebab Aqil dah tido, so naik train je lah..

Ada dua ekor rimau yang kelaparan..duk mundar mandir je tunggu makanan..






Teropong ikan ke teropong aweks..hohohoho

Si rakun yang pemalu..perasan la tu sebab saya snap gambar dia banyak kali..bukan ape gambar jadi blur sebab rakun ni tak reti diam..

Lepas pegi petting zoo sambung mandi jap kat sini..memandangkan Aqil pun masih lagi syok membuta..manusia pun dah makin ramai masa ni..

Tengok lah tu..lena dia tido..cuaca pulak suram sebab hujan renyai-renyai..tu yang dia layan tu..

Bila Aqil dah bangun kami bergerak ke kolam hot spring pulak...best woo dah berendam air sejuk pastu berendam air panas lak..sebenarnya spa pun ada kat dalam ni..tak jauh dari kolam hot spring ni..panas tau air dia..tapi bila dah berendam syok pulak..paling panas suhu kat dalam satu gua tu sampai 45 darjah celcius..tu pun dia bagi tak lebih dari 5 minit kat dalam gua tu..boleh jadi telur setengah masak kot..

Adam pun seronok berendam kat hot spring ni..boleh kata semua kolam dia enjoy berendam lah..

Bila dah kecut semua dan Aqil pun nampak muram je menandakan dia dah penat, kami pujuk Adam untuk balik..nasib baik dia tak buat drama swasta hari tu,,mungkin sebab dia pun dah letih berendam kan..

Kami bertolak balik lebih kurang pukul 3 petang.. jelas terpancar keseronokan di muka anak-anak..memang trip ni untuk diorang pun..InsyaAllah lain kali ada masa dan rezeki kita datang lagi.. Sebelum balik singgah kedai cenderahati, beli kenang-kenangan sikit untuk di bawa balik..Aqil asyik cakap nyauu nyauu.. so papa beli la sekor anak rimau kat dia..bila dapat duk kiss kiss je rimau tu..sayang la konon..

Saya pun beli fridge magnet comel sebagai kenangan datang ke Tambun..dan ada juga yang saya niat nak bagi kat korang, rakan blogger yang tak jemu baca bebelan saya kat blog yang tak seberapa ni..Insyaallah saya akan buat satu entry untuk cari pemilik-pemilik FM yang comel-comel tu.. tungguuuu


Sekian cerita Cuti cuti Ipoh dan Lost Wolrd of Tambun

Terima kasih kerana sudi singgah sini

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...