Bloggers

Friday, February 8, 2013

Cuti Cuti Bali Part 4

Salam Jumaat yang mulia..hari ni nak habiskan jugak citer cuti-cuti Bali nih..esok saya nak balik kampung so haruslah jarang buka belog ni..kalo tak habiskan hari ni ofkos berkurun baru nak habis citer ni..minggu ni bz sikit..tak sempat nak update belog tiap-tiap hari..

Ok lah, sambungan citer bercuti kat Bali di hari ke 3..macam biasa lepas breakfast kat cafe resort kami bertolak ke destinasi seterusnya..hari ke 3 ni kami ke Turtle Island..sebenarnya takde dalam pakej so kami kena bayar extra la untuk ke Turtle Island. Pulau Penyu ni terletak di Tanjung Benoa dekat dengan Pantai Nusa Dua, Bali. Kat situ boleh la bermain-main dan bergambar dengan penyu..selain penyu ada jugak binatang-binatang lain..semua boleh amik gambar..berani atau tak je nak pegang..Dari pantai tu kami kena naik bot untuk ke Turtle Farm..

Adam takut ke nape tah..Aqil baru bangun tido..duduk sebelah enjin bot pun dia bantai membuta..

Amik gambar ngan penyu paling besar dulu..hihihihi

penyu-penyu ni makan rumpai laut je..awet muda la semua penyu ni sebab makan rumpai laut.. 

boleh bergambar kalo berminat..nak bawa balik tak boleh la..

boleh bagi makan dan main-main dengan pepenyu tu..

selain penyu..ada gak ular sawa..saya geli..ular tu pun dah lembik sebab penat terlalu ramai sangat peminat nak amik gambar ngan dia..

Adam langsung tak sporting hari tu..keje nak gendong je ngan En hubby..ni je gambar dua beranak ni kat turtle farm tu..

ni en. kelawar..besar ko kelawar dia, taring pun besar..bising pulak tu..

helang

ni burung ape heh..sape tau..? lupe plak nama dia..

lepas penat jenjalan amik gambar ngan binatang..layan air kelapa fresh pulak..nyaman dong..

sambil sambil tu buat fish spa

amik gambar dulu sebelum berambus dari turtle farm..Adam menyorok belakang En hubby, payah no nak amik gambar dia, konon retiss la tuh..

ada brannn ber parasailing?? Saya gayat, kompem pengsan kat atas tuh..

Kami balik semula ke pantai untuk tukar baju dan buat aktiviti lain pulak..sementara tu biras ngan adik ipar saya sempat main flying fish ngan parasailing..yang lelain semua tak berminat..harga untuk main parasailing lebih kurang Rp145 000 dan untuk flying fish pulak Rp200 000 seorang..

mula-mula naik flying fish ni..tapi sekejap je..satu round je dia pusing..ramai sangat orang beratur nak mian kot..

korang nampak tak objek terbang tu..flying yang biras ngan adik ipar saya main..garisan tu sebenarnya anak panah tapi tu lah tak clear pulak..hohohoho

view kat pantai tu..terlalu banyak bot so tak ramai orang mandi pantai..sementara menunggu biras ngan adik ipar saya beraktiviti..kami bersantai dan bersiap-siap tukar baju semua..nak g lunch dan jenjalan tempat lain pulak..oleh sebab kami amik masa yang lama kat pantai tu so kami terpaksa skip 2 tempat dalam itinerary..huhuhu

*****Bersambung***


Terima kasih kerana sudi singgah sini

1 comment:

  1. Salam. Saya akan ke Bali sept 2013. Doa saya selamat. Tq atas info anda.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...