Bloggers

Tuesday, February 19, 2013

Lunch di Temerloh Catering

Semalam tak sempat menjenguk belog..merayap ke rumah abang kat Kem Kementah..balik dah nak dekat maghrib..satu hari tak buka lappy..update tentang abang saya..dia mungkin akan start buat kimoterapi untuk penyakit kanser dia tu dalam tengah bulan 3 ni, doakan yang terbaik untuk abang saya ye kawan-kawan, semoga dia cepat sembuh..citer pasal abang saya ada di sini dan di sini ..

Hari ni saya nak citer pasal makan-makan..Sabtu lepas masa teman En hubby sebis kete kat Seksyen 15 Shah Alam, kami sempat la makan kat Restoran Temerloh Catering..Specialty kat sini opkos la ikan darat masak lemak tempoyak..macam-macam ada menu kat sini..


Masa kami ke restoran tu jam dah pukul 3 petang, tapi orang still ramai macam waktu lunch..

Kat bawah ni antara lauk yang kami makan, patin masak tempoyak RM10 seketul, keli bakar yang mabeles, siput sedut masak lemak..ikan patin tu fresh tapi hari tu kuah lemak dia terlebih masam sikit, banyak sangat tempoyak kot..total semua yang kami makan hari tu termasuk air RM 32. Selain ikan darat ada jugak lauk lain macam ayam, sotong, udang, ulam-ulam, dan lain-lain.




Sebenarnya kami selalu gak makan patin masak tempoyak ni kalo singgah RNR Temerloh..ni kira cawangan dia lah kan..tapi bagi saya ngan En hubby, patin masak tempoyak kat RNR Temerloh tu lagi sedap..selain patin, baung masak tempoyak pun sodap jugak..kalo korang suka makan masak lemak tempoyak ni tak rugi korang cuba kat dua-dua tempat ni..memang menjilat jari..ada rezeki boleh cuba lagi makan kat restoran ni, nak try kerai ngan talapia pulak..

licinnnn.. Alhamdulillahh


Terima kasih kerana sudi singgah sini

2 comments:

  1. mula2 baca tajuk ingat akak g temerloh.. hihii

    ReplyDelete
  2. tu la ingat tadi kat temerloh gak..heheh

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...