Bloggers

Friday, October 12, 2012

Cuti cuti Ipoh dan Lost World Of Tambun

Sabtu dan Ahad lepas kami bawa Adam dan Aqil ke Ipoh dan mandi manda kat Tambun. Dah lama duk berjanji nak bawa diorang mandi kolam, weekend lepas baru berkesempatan.. Bertolak dari rumah dalam pukul 8 pagi.. Dalam perjalanan tu kami sempat singgah Tapah sebab saya teringin sangat nak try laksa fishcake yang saya pernah citer kat entry ni . Alhamdulillah kedai kak ngah tu buka dan tercapai gak hasrat di hati..

Budak yang mengantuk sebab kena kejut awal..masuk kete tak sampai setengah jam terus lentok nak tido balik, sampai la Tapah baru dia bangun..

Restoran tu terletak berdekatan dengan stesen atau terminal bas Tapah..restoran tu sebelah kiri kalo kita ngadap bertentangan dengan stesen bas ni..orang Tapah mesti cam stesen bas ni kan..

Ni gambar restoran dari seberang jalan..kat sebelah kanan tu stesen bas..takde nama pun restoran ni.. pelanggan yang makan kat situ boleh tahan ramai..

Ni dalam restoran..dia bukan lah restoran besar pun, macam medan selera kot tapi tak jugak macam medan selera sebab cuma ada dua kedai yang jual makanan dan satu kedai yang jual air..yang selera pantai timur tu tutup..sebelah selera pantai timur tu ada satu lagi restoran yang jual laksa ni..kira competitor la kot..

Ni la laksa fishcake tu..bagi saya rasa dia sedap dan secukup rasa dengan kuah yang tak terlalu pekat.. Sebenarnya kak ngah aka owner kedai ni kakak kepada member pancing En hubby..tu lah sebelum ni En hubby selalu makan situ kalo singgah Tapah..hari tu pun kitorang makan free je sebab kak ngah blanje..thanks ye kak ngah, ni saya tolong promote restoran kak ngah kat belog saya..hehehe.. mudah mudahan murah rezeki kak ngah..

Dah kenyang isi perut kami teruskan perjalanan kami menuju ke Ipoh..kami booking Hotel Impiana untuk bermalam.. kalo ikutkan saya nak balik hari je sebab bukan jauh sangat pun kan, tapi En hubby beria-ria suh booking bilik..penat katanya..ye lah dia yang drive saya membebel je kat belakang..kekeke

Bersambung...


Terima kasih kerana sudi singgah sini

1 comment:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...