Bloggers

Thursday, January 31, 2013

Cuti Cuti Bali Part 2

Bersambung di hari ke 2..lepas dah bersarapan kat cafe resort tu kami bertolak ke Batu Bulan untuk tengok Tarian Barong..ianya merupakan tarian khas bali yang berasal dari khazanah Pra-Hindu. Tarian tu menggambarkan pertarungan antara kebajikan dan kebatilan.

Barong..binatang berkaki 4

tarian barong ni diiringi dengan muzik gamelan

Sejam lebih jugak la tarian ni..Aqil nangis sebab takut bila keluar watak yang pakai topeng ada taring tu..

yang ni watak jahat la dalam tarian ni..

Dah habis Tarian Barong, Pak Arya bawa kami ke tempat membuat dan menjual batik..tapi harga kat sini harga agak mahal..mungkin kualiti dia elok sikit kot..




Kat dalam tempat menjual batik tu takleh amik gambar sebenarnya tapi saya curi-curi snap sambil kaber line..kekekek..ampun ya tokey batik

macam-macam ada, semua cantik cantik..baju, seluar, dress, kemeja, selendang dan lain-lain.. cuma pilih dan bayar

beg pun macam-macam jenis dan cantik cantik..rasa nak beli semua kot..

selipar batik pun ada uollsss...cantik kan..berkenan jugak tapi tak beli pun..muehehehe

Sadis sebab gambar saya tak banyak dalam trip ni sebab saya jadi camerawoman.. camerawoman lah sangat

Seterusnya Pak Arya bawa kami ke tempat membuat barang-barang silver..memang rambang mata kat sini semua cantik dan harga boleh tawar..


Harga boleh tawar sehingga 45%

tengah tawar menawar..takde untung tokey kedai hari tu sebab kitorang tawar kaw-kaw..muahahaha

ikan tu cantik kan


nih yang saya rembat kat kedai tu.. ^_^

*** Bersambung lagi ***

Terima kasih kerana sudi singgah sini

4 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...