Bloggers

Thursday, January 24, 2013

Petua Mendapat Anak Soleh Dan Solehah

Semua ibu bapa mesti lah nak anak-anak menjadi anak yang soleh dan solehah kan..sama jugak macam saya.. Kat bawah ni ada petua yang saya baca kat FB..petua dia senang je nak amal dan ada antaranya yang saya memang buat kat anak-anak saya..semoga dengan usaha kita dan dengan izin dari Allah anak-anak kita menjadi anak-anak yang soleh dan solehah..


  • Setiap malam bila anak dah tidur atau masa tengah tidur kan anak wiridkan Ya Latif ke ubun ubun anak kita sebanyak yang boleh atau sekurang-kurangnya 7 kali..saya biasanya baca Ya Latif 7 kali dan hembus ke ubun-ubun anak-anak saya.. tapi ada jugak time terlupa.. dulu ma saya selalu baca Ya latif kalo dia nak kejut saya ngan adik-adik g sekolah..saya masih ingat lagi..masa tu tak tau pape, ingatkan ma saya berzikir lepas solat subuh..muehehehe
  • Baca surah Al Fatihah 1 kali dan surah Alam Nasyrah 1 kali. Baca kat telinga anak dengan perlahan masa dia tengah tidur.. yang ni pun saya pernah buat sebab  pernah terbaca kalo kita amalkan surah Alam nasyrah tu kat anak-anak boleh lembutkan hati diorang..
  • Bisikkan atau bercakap secara perlahan dengan anak ketika dia tengah tidur tu dengan kata kata nasihat, pujian dan kata kata yang baik serta luahan kasih sayang terhadap anak-anak.. cara ni sangat berkesan untuk jiwa dan roh dia... sambil tu sebut nama dia sekali
  • Selalulah sapu air lebihan wuduk yang masih basah kat tangan kita tu ke muka dan ubun ubun anak
  • Amalkan doa untuk anak soleh dan solehah setiap kali lepas solat 

                          رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَجِنَا وَذُرِّيَّـتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَاماً


Tak susah kan uoollsss petua ni..yang penting kita sebagai mak ayah kena rajin la ckit, lagi pun bukan untuk orang lain untuk anak kita jugak kan..semoga bermanfaat untuk semua..Salam Maulidur Rasul

Terima kasih kerana sudi singgah sini

1 comment:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...