Bloggers

Thursday, January 17, 2013

Lagi menu berasaskan durian

Bila la durian dalam freezer tu nak habis..still ada baki lagi 2,3 peket..sebab orang yang kuat makan durian tengah berdiet so lambat la habis kan..nasib baik simpan dalam freezer tahan kalo tidak semua jadi tempoyak la jawabya..

Ni antara menu yang saya sempat masak menggunakan durian-durian tu..pengat @ kuah durian makan dengan pulut..saya ore kelate so memang dah terbiasa makan dengan pulut..kalo kat sini saya perati orang makan kuah durian ni dengan lempeng atau roti jala..roti gardenia pon boleh..layan je..

Yang ni pulak keli masak tempoyak.meleleh bila tengok gambar..saya memang suka makan ikan darat atau ikan air tawar masak tempoyak..kalo korang singgah RNR Temerloh jangan lepaskan peluang untuk merasa ikan darat macam patin atau baung masak tempoyak kat situ..memang mabeles..ikan pun fresh

Kalo kat Shah Alam ni En hubby saya cakap Restoran Temerloh Catering kat Seksyen 15 ada menjual masak lemak tempoyak yang power jugak..ada rezeki nanti boleh pi terjah situ..

ini pulak durian goreng..1st time try dan makan durian goreng..boleh tahan la rasa dia, masak macam nak goreng cempedak tu je..

close up sikit..yummehhh makan panas-panas..

Agak-agak nak masak ape lagi ye dengan durian-durian tu???..hmmmmmm

Terima kasih kerana sudi singgah sini

3 comments:

  1. wah mcm2 versi blh buat kan...hihi

    ReplyDelete
  2. i laki bini x mkn doyan.hopefully anak2pun x mkn doyan.hahaha apa punya statement

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...