Bloggers

Thursday, January 31, 2013

Cuti-cuti bali Part 3

Setelah penat tawar menawar barangan perak tu kami dibawa ke Tegenungan Waterfall..air terjun yang sangat cantik..tapi kalo nak turun ke bawah kena turun 300 anak tangga..larat ke noksss, mak tak kuasa okey dengan budak-budak lagi..so kami bergambar dari atas je..


sungguh indah ciptaan Allah.. mendamaikan 

Kemudian kami ke tempat ukiran kayu pulak..kat sini boleh tengok macam-macam jenis barang yang di ukir dari kayu, kerusi meja, set catur, binatang, orang pun ada..ada kayu kulit buaya, kayu cengal, macam-macam la saya pun dah lupa nama-nama kayu tu..

penerangan tentang jenis-jenis kayu..yang warna dia putih ckit tu kayu kulit buaya..ada bonjol-bonjol macam belakang badan buaya tu..

masa ni tukang ukir kayu takde so tak leh tengok camne dia ukir kayu tu...sangat halus dan berseni..korang nampak tak kat atas tembok belakang 2 orang wanita ni ada iguana kan..nampak macam betul kot ..kat dalam ada biawak komodo, gajah, anjing, patung ikan arowana, semua nampak real..

Set kerusi meja pun cantik..tapi harga memang juta-juta lah.. kat dalam kedai tak boleh amik gambar so takde gambar dalam kedai..malas nak amik gambar curi-curi masa tu takde mood sebab perut lapar..kah kah kah

Yang tengah-tengah tu orang ye..muehehehe.. dua-dua patung tu di ukir dari sebatang pokok takde cantum-cantum..dah ada orang book patung-patung tu..

Dari tempat ukiran kayu kami di bawa ke Kintamani untuk lunch..Kat situ boleh tengok pemandangan gunung berapi tapi sayang masa kami sampai cuaca dah tak berapa elok dan dekat nak siap makan tu hujan turun so gambar pun tak banyak snap kat situ..

lunch buffet..biasa-biasa je lauk dia

banyak kan saya melantak..kelaparan dong

amboi makan tak pandang orang sebelah..masing masing kelaparan

tepek sekeping gambar tuan tanah

kat belakang tu gunung berapi tapi berkabus sudah..sebenarnya kalo pegi seberang sana tu lagi dekat dan cantik nak amik gambar tapi sebab cuaca tak mengizinkan ape boleh buat..

ini sajork yang mak mampu snap dah habis zoom dah ni..

Dah isi perut dan buat ape yang patut kami teruskan lagi perjalanan ke tempat memproses Kopi Luwak..Kopi Luwak ni kopi taik musang tau korang..musang makan buah kopi pastu dia berak kemudian taik dia tu di cuci dan dapat biji kopi..pastu biji kopi dikupas kulit beberapa lapis tu kemudian barulah di sangai dan ditumbuk untuk menghasilkan kopi..banyak proses dia dan sudah dapat sijil halal Indonesia.

yang hitam-hitam tu biji kopi yang masih ada sisa taik musang..

yang ni bila dah dibersihkan dan dibuang kulit luar dia..

ini biji kopi yang dah dibuang kulit yang kuning tadi tu..beberapa lapis jugak la baru dapat biji kopi aslinya..yang ni la diorang akan masak dan tumbuk untuk dijadikan kopi..

Selain Kopi Luwak ada macam-macam jenis minuman lain yang diorang jual kat sini macam koko, kopi kelapa, kopi ginseng, teh serai, teh halia..semuanya boleh dikatakan sedap la..kami boleh cuba kopi dan teh tu semua secara percuma..kecuali kopi luwak kena bayar Rp 50 000 untuk secawan cinonet..

Bekas nak bancuh Kopi luwak..bukan bancuh cam biasa uollss..kat bawah bekas kaca tu sebenarnya ada api untuk dia panaskan air..so dalam bekas kaca yang bawah ada air pada mulanya, then belah atas ada serbuk kopi..bila air tu dipanaskan perlahan-lahan menjadi wap dan naik ke atas tu..pastu kopi tu bancuh sendiri kat atas tu bila dah sebati air kopi akan turun balik ke bekas yang bawah dan tinggal serbuk kopi kat bekas atas..lepas tu baru tuang dalam cawan untuk di campur gula..menarik sungguh cara nak bancuh kopi dia..pak mertua saya try kopi luwak ni..

macam-macam ada untuk di cuba..yang paling sedap dan saya rekemen kalo korang nak beli teh serai dia..buat ais pun sedap, En huuby kemain suka teh serai tu, takde rasa serai pun..saya beli paket paling besar yang boleh minum untuk 100 cawan..

hasil rembatan kat situ..adik ipar saya siap beli coklat cili..coklat tapi pedas..mahal jugak la coklat dia, nak bagi awek katanya..kesian awek makan coklat pedas..hehehehe

Lepas minum kopi macam-macam jenis kami menuju ke Kuta..untuk dinner dan tengok sunset di Jimbaran Bay..Sepatutnya dalam itenary kami melawat temple sebelum tengok sunset dan dinner tapi kami skip yang tu sebab kalo g temple kami tak kan sempat tengok sunset..

Ramai pelancong yang dinner kat sini


kat bali ni appetizer diorang adalah sup jagung..not bad la rasa dia

gambar sampai sini je sebab kamera gedabak tu dah habis betri so amik ngan hp cabuk je..maaf kalo tak berapa jelas..hehehehe

Lepas makan kami tak terus balik hotel, kami minta Pak Arya hantar kami ke Krishna untuk sambung shopping semalam yang tak puas tu..sakan la menyoping lagi..tapi saya beli baju untuk anak-anak je sebab budak-budak dah kepenatan..so saya tunggu kat luar je yang lain-lain shopping.. Setel shopping terus balik hotel ...

------------------------  Bersambung lagi daaa ------------------------

Terima kasih kerana sudi singgah sini

8 comments:

  1. Wahwah...asikkkk banget ya
    Cuti-cuti sampai ke bali

    Oleole ada nggak? =P

    ReplyDelete
  2. Best...kopi dari taik musang idakler aku nk cuba. Huhu tp mmg popular pun kopi ti

    ReplyDelete
  3. seronok pulak tengok gambar nida kt bali ni...hurmm best jugak kan...yg js tau pasal bandung je...hikhik

    ReplyDelete
  4. Best nya cuti2 Bali... mesti seronok kan?..
    ukiran kayu tu nampak unik je...:)

    ReplyDelete
  5. seronoknya cuti2 bali..nanti bole pegi sini pulak la,kalu ada rezeki insha Allah

    ReplyDelete
  6. wah bestnya akak g bali..

    *gambar2 semuanya cantik2!! :-)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...