Bloggers

Thursday, February 28, 2013

Chocolate Indulgence anyone ??


Nyaman nya rasa tekak bila dapat makan kek resepi rahsia ni.. chocolate indulgence ni memang kek peberet saya..malam tadi adik ipar saya beli sebiji kek ni sempena besday anak dia Eleesya, semalam genap la Eleesya 1 tahun..tak buat majlis pun, just potong kek je..

Ada separuh lagi dalam freezer..boleh makan puas-puas..En diet sila main jauh-jauh

Hari ni pepagi buta saya bekpes ngan kek ni..Oh ya, malam tadi saya berjaya tidak menyelongkar kabinet sebab saya makan spageti sikit yang saya masak untuk En hubby, so kenyang la sampai mata terlelap..keh keh keh.. Pagi ni saya malas nak buat bekpes..En hubby makan telur masak separuh dua biji ngan hot dog je..dia sekarang ni bekpes yang simple-simple je takmo berat-berat..senang la sikit nak sediakan bekpes untuk dia..anak-anak pulak saya bagi koko crunch ngan susu dan suap kek ni jugak sebab malam tadi diorang takmo makan kek..so hari ni pepagi dah mintak nak makan kek..layan je lah...


Ni lah besday girl yang kiut miut..Qaseh Dania Eleesya.. happy birthday ye adik..jadi anak yang baik dan solehah untuk mama ngan papa ye..ngam-ngam hari besday dia hari tu dia start berjalan.. pandai Leesya kan..cayanggg dia..


Terima kasih kerana sudi singgah sini

Wednesday, February 27, 2013

Tauhu Sumbat



Untuk minum petang merangkap dinner sekali.. 
ceewahhhh, konon diet la kan.. 
kita tengok saya boleh bertahan ke tidak sampai mata terlelap malam kang.. 
takut ada yang selongkar kabinet cari biskut ke roti ke untuk supper pulak..muehahahaha


Terima kasih kerana sudi singgah sini

Wordless Wednesday : Celebkitties


Comel kan..korang suka yang mana? 
kalo korang ada kucing boleh bagi nama anak kucing korang macam tu.. 
miaw..miaw miawww 


Terima kasih kerana sudi singgah sini

Tuesday, February 26, 2013

Menu lunch hari ni

Hai korang..dah lunch ke semua..saya baru je setel lunch dan tidokan si kenit..abang long Adam takmo tido sibuk tengok katun pulak lepas makan tadi..korang makan ape hari ni? Rumah kami hari ni mak mertua yang masak lunch..bestkan tinggal ngan mak mertua boleh makan masakan air tangan mak selalu, mak mertua pun mak jugak hokey..saya pun masak jugak tau..bukan la keje makan tido je kat rumah ni..hehehehe.. Sebenarnya kitorang masak ikut giliran..macam saya turn saya masak hari Isnin ngan Rabu..hari lain tu mak mertua gilir ngan adik ipar saya..haaa, camtu lah baru harmoni kan..muehehehe..Jom tengok ape mak mertua saya masak hari ni..

Ikan celup tepung..ni kalo dapat meratah 5 ekor pun tak perasan.. ayam goreng dua ketul tu perangat semalam punya.. budak-budak la makan ayam tu nanti

Kari ikan bawal dengan bendi.. takde bendi rs macam tak lengkap kari tu

Hati lembu goreng..dah lama tak makan sejak raya haji hari tu.. abaikan minyak yang berladung itu ..mak mertua saya kalo masak memang pakai minyak banyak.. adik ipar saya selalu bebel..tak elok kan minyak banyak..

Kacang panjang buat ulam..sambal belacan tak dok pulak hari ni..

yang ni dah selamat masuk perut..Alhamdulillah..

Ok la korang, sampai ketemu di lain entry..daaaaa



Terima kasih kerana sudi singgah sini

Monday, February 25, 2013

Kerana cinta bunga jadi mangsa


Haaaa..sape penah wat cam dalam gambar tu, baik ngaku cepat...muehehehehe
Nak tergelak bila tengok gambar tu..kesian si bunga habis dicabut kuntumnya..
Seingat saya, masa zaman budak-budak dulu saya penah wat camtu ngan bunga ros yang ma saya tanam.. Sebab bunga dia lebat sangat so saya selalu la main-main ngan bunga dia.. tapi bukan sebab bercinta sebab terpengaruh ngan movie kat tv..saje la wat konon konon u love me..u love me not..pastu bayang la sesape yang saya admire masa tu...kah kah kah..takde keje kan, membazir bunga je..masa bercinta ngan En hubby tak penah lak buat sebab selalu jumpa so tanya je sendiri tuan badan lagi senang.. (^_^)

Terima kasih kerana sudi singgah sini

Friday, February 22, 2013

Video ragut di Shell Taman Sri Muda, Shah Alam


Kejadian ragut yang dirakam CCTV di stesen minyak terbabit..pemandu kereta tu lelaki kan..jenayah sekarang ni tak kira lelaki, wanita, kanak-kanak atau baby..semuanya kena berhati-hati..kat dalam video tu nampak macam si peragut ada guna senjata..

Takut pulak nak ke mana-mana dengan anak-anak je..semoga Allah swt selalu melindungi kami anak beranak dan jugak anda semua dari perkara yang tak diingini..



Terima kasih kerana sudi singgah sini

Ape yang sama kat diorang?

Aqil

Adam

Yang paling ketara ialah dua-dua hisap botol..
Ada tak petua untuk senang berhentikan botol..tengah nak train Adam untuk berhenti hisap botol sebab tahun ni dah masuk 4 tahun..adoiii la, punya lah susah kalo takde botol especially time nak tido mesti dia ngamuk ngamuk..sesape ada petua share lah ngan saya ek ..


Terima kasih kerana sudi singgah sini

Minum air pada waktu yang betul

Salam Jumaat yang mulia rakan-rakan blogger yang disayangi sekalian..nak share kat sini pasal waktu yang betul untuk minum air sebab nya boleh memberi kesan kepada tubuh badan kita..



Saya memang selalu minum sebelum tidur ngan lepas bangun tido, tapi sebelum mandi tak pernah amal la pulak..lepas ni boleh amalkan..semoga bermanafaat..


Terima kasih kerana sudi singgah sini

Thursday, February 21, 2013

Jom Join Bloglist JEMARI SURI 2013

Rasanya masih belum terlambat lagi untuk join segmen oleh JS ni..Sebenarnya entry ni terperam kat draft, tengah belek-belek baru perasan, saya ingatkan dah published..huhuhuhu

Jom kita memeriahkan segmen yang dianjurkan oleh JS, nanti blog korang akan tersenarai kat bloglist JS untuk tahun 2013 ni..


Syarat-syarat : 
Mestilah menjadi follower blog JS
Buat entry pasal segmen ni
Link entry di kotak komen
Nyatakan anda dari negeri mana.. JS kata senang kalo tersesat boleh cari nanti..
saya dilahirkan di Kota Bharu, Kelantan dan sekarang menetap di Shah Alam, Selangor..



Tarikh tutup segmen : 28.2.2013


Terima kasih kerana sudi singgah sini

Wednesday, February 20, 2013

Wordless Wednesday : Jatuh cinta

Dengan.....

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

Baju color biru tuh..cantik tak korang baju tu??
tapi.. adakah saya sekurus itewww  -__-


Terima kasih kerana sudi singgah sini

Tuesday, February 19, 2013

3 orang pengomen bertuah entry Cuti-Cuti Bali Part 5

Seperti yang saya bagi tau dalam entry ni, saya ada ole-ole dari Bali untuk 3 pengomen terawal kat entry tu..so mereka yang bertuah adalah ..


Kepada pengomen -pengomen yang bertuah seperti dalam gambar tu, harap anda semua boleh email nama penuh, alamat dan no tel kepada saya.. Email saya saifulnida@hotmail.com

Harap anda semua sudi menerima ole-ole dari saya walaupun tak seberapa, sebagai tanda perkenalan kita di alam maya ni..dan terima kasih kerana sudi mengomen di belog saya (^_^)

keychain

Fridge magnet


Terima kasih kerana sudi singgah sini

Lunch di Temerloh Catering

Semalam tak sempat menjenguk belog..merayap ke rumah abang kat Kem Kementah..balik dah nak dekat maghrib..satu hari tak buka lappy..update tentang abang saya..dia mungkin akan start buat kimoterapi untuk penyakit kanser dia tu dalam tengah bulan 3 ni, doakan yang terbaik untuk abang saya ye kawan-kawan, semoga dia cepat sembuh..citer pasal abang saya ada di sini dan di sini ..

Hari ni saya nak citer pasal makan-makan..Sabtu lepas masa teman En hubby sebis kete kat Seksyen 15 Shah Alam, kami sempat la makan kat Restoran Temerloh Catering..Specialty kat sini opkos la ikan darat masak lemak tempoyak..macam-macam ada menu kat sini..


Masa kami ke restoran tu jam dah pukul 3 petang, tapi orang still ramai macam waktu lunch..

Kat bawah ni antara lauk yang kami makan, patin masak tempoyak RM10 seketul, keli bakar yang mabeles, siput sedut masak lemak..ikan patin tu fresh tapi hari tu kuah lemak dia terlebih masam sikit, banyak sangat tempoyak kot..total semua yang kami makan hari tu termasuk air RM 32. Selain ikan darat ada jugak lauk lain macam ayam, sotong, udang, ulam-ulam, dan lain-lain.




Sebenarnya kami selalu gak makan patin masak tempoyak ni kalo singgah RNR Temerloh..ni kira cawangan dia lah kan..tapi bagi saya ngan En hubby, patin masak tempoyak kat RNR Temerloh tu lagi sedap..selain patin, baung masak tempoyak pun sodap jugak..kalo korang suka makan masak lemak tempoyak ni tak rugi korang cuba kat dua-dua tempat ni..memang menjilat jari..ada rezeki boleh cuba lagi makan kat restoran ni, nak try kerai ngan talapia pulak..

licinnnn.. Alhamdulillahh


Terima kasih kerana sudi singgah sini

Saturday, February 16, 2013

It's Saturday

google

Wahh..dah Sabtu kan hari ni..kalo hujung minggu biasanya jarang buka belog..saya baru lepas brekpes dan kemas ape yang patut..masih kemalasan lagi sebenarnya..kain baju ada sebakul tak belipat..mood masih tertinggal kat kampung..tapi tu lah walau apa pun hidup mesti diteruskan..muahahaha jangan nak poyo sangat..

Hari ni nak keluar teman En hubby sebis kete..pastu nak teman En hubby gak pegi PKNS Shah Alam, nak cari baju melayu untuk dia pakai masa jadi pengapit member dia kawin awal bulan 3 nanti..adoiii la, tak leh bayang cemana En hubby nak jadi pengapit..kekekeke..ampun ye bang..

Pastu santai-santai je la kot ngan anak-anak kat umah..tak de plan ke mana pun..rehat je lah sambil layan movie..dari semalam nak tengok citer wawa semput ngan juvana, tapi tak sempat..korang buat ape hari ni? 



Terima kasih kerana sudi singgah sini

Friday, February 15, 2013

Cerita balik kampung

Alhamdulillah kami dah selamat kembali ke Shah Alam malam semalam..jalan pun clear je..tak sesak dan jem macam masa nak balik ke kampung mgu lepas..masa nak balik tu jem giler gak..kami bertolak hari Sabtu dari Senawang sebab ada majlis bertandang sepupu En hubby yang kawin baru-baru ni..

Tema merah putih


Lebih kurang kul 3 petang baru gerak dari Senawang..kul 6 ptg masih stuck kat Karak..Jem sampai la Raub..dah nak masuk Kuala Lipis baru clear..nasib baik dah makan kenyang-kenyang kat rumah kenduri..takde la kelaparan sangat..

Ramai yang balik kampung sebab cuti panjang 

Kami benti makan pun dah pukul 9.30 kat hentian rehat Gua Musang yang baru..besar jugak hentian dia..bersih dan makanan yang dijual pun bermacam jenis..hot n roll pun ada..kami makan mee sup, laksa dan nasi ayam..semua licin..


Sampai rumah ma saya lebih kurang pukul 1.30 pagi terus zzzzz... esok pagi kena bangun awal sebab nak masak untuk majlis marhaban dan berzanji yang ma saya jemput..menu laksa dan laksam kelantan je + roti cicah kuzi ayam sebab jemputan datang start kul 3 petang, so tak masak nasi ..tak banyak gambar masa majlis sebab sibuk uruskan macam-macam..

Antara tetamu yang hadir

Dah setel kenduri kena mengemas la pulak..pinggan mangkuk, periuk belanga..kasi clear dapur yang bersepah macam kapal pecah..saya macam biasa la tukang sibuk..buat keje sikit je..muahahahaha... 

Tak sempat nak ke mana-mana pun balik kampung kali ni..banyak duduk rumah je..tapi sempat jugak pegi kenduri kawin kawan lama saya masa zaman sekolah dulu..dapat jugak jumpa kawan-kawan lama..tapi tu la tak leh nak borak lama-lama..masing-masing dah beranak pinak..dah jadi mak budak semuanya..

maap gambar tak berapa clear, amik ngan blackberry sajork..
saya kelihatan gomokksss di sebelah pengantin..

Aqil ngan Adam seronok la balik kampung ramai yang melayan..cari ibu bila nak susu je..selebihnya main je sepanjang hari..pastu ada pulak sekor anak kucing yang masih baby..suke la depe..

Aqil kemain berani lagi pengang, angkat, gendong anak kucing tu..anak kucing tu pulak yang nak lari dari dia..pantang jumpa kucing, nak kejar je..memang tak takut langsung..


Saya pulak kalo balik kampung memang tak sah kalo tak jejak pasar borong Wakaf Che Yeh tu..walaupun tak memborong sangat tapi mesti jejak jugak..paling utama kena beli ialah makanan la..muahahahaha..beli je semua yang takde jual kat sini..sebenarnya bukan la takde jual tapi sesetengah makanan tu rasa dia tak sama..banyak songeh kan..yang WAJIB saya beli opkos la lokcing..muehehehehe..sini pun ada jugak orang jual tapi sos dia tu lain..saya lagi suka sos yang jual kat kampung..haisshhh..bila lah agaknya dapat makan lokcing ni lagi..lambat lagi kot baru boleh balik kampung..huhuhuhu  -__-

Pebret saya ngan En hubby..beli sampai Rm10, jenuh pokcik tu nak bakar..

rindu sudah ngan budak chubby ni..balik lagi sekali mesti dia dah boleh berdiri nak belajar jalan..

Selimut ni sempat rembat kat pasar borong..best tau korang selimut ni..sejuk dan lembut sebab kain dia macam baldu gitu..macam-macam corak dan saiz ada jual..


Terima kasih kerana sudi singgah sini

Friday, February 8, 2013

Cuti Cuti Bali Part 5

Lepas bersiap-siap kat pantai tu kami terus bertolak ke restoran untuk makan tengahari..sepatutnya kami ada lawatan ke temple sebelum lunch tapi kami skip..dan sepatutnya tengahari tu kami lunch kat kawasan padi bertingkat..tapi sebab kesuntukan masa kami skip jugak..lupe nama restoran yang kami lunch hari tu..suasana dia macam ala kampung sebab duduk bersila kat pondok, cuma panas sebab cuaca memang panas + takde kipas..harap angin semulajadi je..

masakan dia biasa-biasa je.. appetizer sup jagung, lauk dia ayam goreng, ikan sweet sour, tauhu masak hitam, sayur campur..pencuci mulut buah-buahan.

Lepas dah isi perut dan buat ape yang patut..kami bergerak ke Taman Ayun temple..Taman Ayun ni merupakan temple diraja.. so temple ni hanya akan dibuka bila kerabat diraja datang untuk upacara sembahyang..

pintu masuk utama

pintu masuk ke tempat sembahyang

kami tengok dan amik gambar dari luar je..


kolam dekat dengan pintu masuk..sempat Si Adam pegi tengok fish kat situ sebelum keluar..

Kemudian kami ke Monkey Temple di Alas Kedaton..tak jauh sangat la dari Taman Ayun ni..kat situ banyak giler monyet..dah nama pun monkey temple..jumpa kawan baru la kat situ..
pintu masuk utamz..yang baju biru tu pengiring kami..hehe

king monkey katanya

hok aloh..tengah cari kutu anok dio..

memang bersepah.sepah monyet sepanjang jalan..kena hati-hati kalo bawa beg plastik, diorang akan rampas sebab ingat makanan..

kawan baru nama dia Randy..muahahaha

Pura ni namanya Pura Dalem.. tak buka jugak masa kami datang..ada upacara baru buka..

pintu masuk ke dalam pura

boleh amik gambar kat sini sambil pegang kelawar atau ular sawa..dan siap diframe dalam masa beberapa minit..saya amik la sekeping cuma Rp60 000

berangan jadi dewi kelawar jap..kah kah kah..tengok kelawar yang saya pegang tu siap pakai rantai mutiara ko..kelawar kat sini jinak..

Sekitar kawasan temple tu banyak gerai-gerai yang menjual pakaian dan kraftangan..sebenarnya penjual tu adalah pengiring kepada pelawat yang datang..so lepas dia bawa kami melawat kawasan, dia bawa kami ke gerai dia pulak untuk tengok-tengok kalo ada yang berkenan untuk di beli..sekiranya ada yang kami beli, hasil jualan di kira sebagai tips diorang lah..kesian jugak, pengiring kami tu dah 3 hari gerai dia tak laku sebab takde iring pelawat..agaknya diorang kena gilir-gilir kot..memang tak ramai pun pengunjung masa kami kat situ..

sambil tunggu MIL saya shopping..ternampak benda alah dalam gambar tu..lucah sikit so terpaksa blur kan gambar..sebenarnya tu pembuka botol hokey tapi di ukir seperti kemaluan lelaki..hohohohoho..ada ke orang beli agaknya..

Kemudian Pak Arya bawa kami ke Tanah Lot Temple..kat Tanah Lot ni ada 2 pura yang terletak di atas batu besar..pura kat situ merupakan tempat pemujaan dewa-dewa penjaga laut..itu kepercayaan diorang lah..kita nggak usah percaya.. Tanah Lot ni adalah destinasi WAJIB kalo ke Bali..ramai sangat pelancong datang sini

Selain tengok pemandangan yang cantik kami jugak akan dinner kat sini

sepanjang jalan banyak dijual lukisan dan kraftangan

macam-macam ado

salah satu pura kat Tanah Lot

zoom sikit

Pemandangan memang cantik kat Tanah Lot ni, ombak kuat menghakis dan membentuk tebing tu.. kami bersyukur sebab diberi peluang melihat dan menikmati keindahan bumi ciptaan Nya

bergambar kenangan..kat belakang kami tu pura atas bongkah batu..masa ni air surut..kalo air pasang tak leh jenjalan ke pura tu..

dah hampir nak terbenam matahari..saya memang suka sunset..

Lepas dah penat jenjalan kami ke Restoran Seafood Melasti untuk having dinner..best betul dinner kat tepi laut, dengan deruan ombak dan matahari hampir terbenam..ala-ala romantik dinner la bak kata En hubby, pedulikan diorang yang lain tu buat-buat tak kenal je katanya..muehehehe

ni la dinner kami..pembuka selera sup jagung, nasi putih, sayur kangkung dan lauk dalam pinggan tu..ada sotong dua cucuk, udang, kepah, dan ikan kerapu..saya terpaksa makan dua pinggan set lauk yang sama sebab Aqil dah tido masa tu..sambal belacan dia sedap uollsss..hohohoho

amboi..masing-masing makan tak pandang kiri kanan..hehehe

sambil makan sempat jugak snap sang matahari melabuhkan tirai..

Dah settle makan pak Arya terus hantar kami balik ke resort..Esoknya kami checkout lebih kurang pukul 11 pagi..sebab kami dah janji dengan Pak Arya untuk bawa kami shopping sebelum ke airport..tak habis-habis shopping kan..kami mintak Pak Arya bawa ke tempat yang jual barang-barang duty free atau branded..kata Pak Arya duty free kat sana agak mahal jugak, so dia bawa kami ke gedung Bali Brasco yang menjual barang barang macam kat Bandung..walaupun bukan 100% original tapi masih berkualiti..kira gred AAA la..bak kata pekerja kat Bali Brasco tu kalo 100% ori, takde untung la diorang..kekekeke

Hari last ni memang tak banyak gambar sebabnya badan saya sakit-sakit + saya selsema, berhingus dan mata berair, memang takde mood nak camwhoring.. Adam pun demam start malam last tu, maybe kami dinner kat tepi laut dua hari berturut turut so masuk angin kot budak-budak ni..bukan Adam je demam, Qaseh ngan Elesya pun demam..berdukung je lah Adam ngan En hubby, siap muntah-muntah dalam van Pak Arya...

Tapi kami shopping sakan jugak kat sini..rugilah kan bukan selalu dapat peluang camni..entah bila boleh datang lagi..

Oleh sebab kami shopping juta-juta rupiah so kami dapat voucher diskaun untuk spa dan reflexology kat Mango Spa sebelah Bali Brasco ni..saya dapat pakej spa untuk dua jam..MIL dapat satu jam..yang lelain sambung shopping kat situ..En hubby nak reflexology pun payah sebab terpaksa jaga Adam yang tak sihat..thanks ye En hubby sebab tolong jaga anak hari tu..tercapai jugak hasrat saya nak berspa..pakej spa urut 1 jam, scrub satu badan dan mandi bunga ros..lepas diskaun cuma perlu bayar Rp65 000...muehehehe..

Lunch hari tu kami makan nasi padang..tapi takde gambar pun..huhuhuhu..setel semua urusan dalam kul 5 petang camtu kami bertolak ke airport.
Bergambar sebelum boarding..flight kami pukul 7.45malam..babai Bali, trip yang seronok dan best..In Shaa Allah ada rezeki kami datang lagi..terima kasih jugak kepada Pak Arya dan Bayu Bali Tours..Pak Arya sangat friendly dan kami berpuas hati dengan servis yang diberikan..Kami selamat sampai LCCT pukul 11 malam..penat giler kot..

Oh ya..kepada 3 pengomen terawal kat entry ni..saya ada sesuatu untuk korang..ole-ole dari Bali..tu pun kalo ada yang sudi komen di blog saya yang tak seberapa ni..muehehehe

Sekian cerita cuti-cuti Bali..maaf sebab entry ni panjang bebenor..


Terima kasih kerana sudi singgah sini

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...